Nuffnang

Sunday, September 29, 2013

Meal Shakes untuk anak yang susah makan.

Salam semua.



Hari ni fa nak ber entri pasal Mealshakes. Fa dapat banyak order untuk Meal Shakes ni walaupun tak sekerap ESP tapi dalam 2 minggu sekali fa akan re-stock Meal Shakes ni.

Mesti susah hati kan bila anak susah nak makan. Lebih-lebih lagi yang asik memilih dan makan makanan tertentu je. Lagi susah hati makanan yang dia pilih tu makanan yang tak berkhasiat. Kebanyakkan customer fa beli untuk anak mereka yang susah nak makan. Dorang cakap lepas bagi Meal Shakes ni Alhamdullilah anak dorang berselera nak makan & jadi lebih bertenaga.

Testimoni dari kawan fa yang puas hati dengan Meal shakes Shaklee.


Meal Shakes ni bukan untuk kanak-kanak je tau, tapi boleh diambil oleh mereka yang ingin naikkan berat badan, Ibu mengandung dan menyusu. Boleh baca entri lepas (Klik) untuk mengetahui mengenai kelebihan Meal Shakes Shaklee ni.
 
Siapa yang memerlukan Mealshakes Shaklee? ~Anak yang kerap demam
~Anak yang kurang selera makan

~Anak yang obesiti
~Anak yang ada asthma
~Anak yang kerap sembelit
~Ibu Hamil & Menyusu
~Mereka yang ingin tambahkan berat badan
 
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays). 

Friday, September 27, 2013

Pengedar Shaklee : Re-stock lagi!

Salam Semua.

Hari ni Jumaat, so macam biasa Re-Stock Day!!

Macam biasa fa akan pergi ke branch Wangsa Maju untuk ambil stock-stock fa. Selalu fa jarang pergi waktu-waktu nak closing ni, tapi sebab permintaan tinggi, fa kena jugak pergi.

Seramai-ramai manusia yang datang untuk re-stock supplement meraka. Sampai keluar orang tunggu. No yang fa dapat no 310 (time fa ambil tu tengah no 230!) ok maknanya lagi berapa jam kene tunggu?

Tapi Alhamdullilah ada sorang makcik ni datang sapa fa. Dia bagi fa no giliran dia. Macam tak percaya je dalam sekalian makhluk yang ada tu fa yang dia pilih. Rezeki Allah bagi kan. No yang makcik tu bagi 298. ok la.. awal sikit dari no yang sebelum tu.

Tapi lagi best time-time tengah nak dekat-dekat no naik, ada sorang lagi tegur fa, tanya no giliran fa berapa sebab dia nak minta tolong belikan 1 canister ESP & no giliran dia 340 (kalau fa yang no 298 tu hampir 2 jam tunggu..no akak ni sampai pukul berapa agaknya?) Mula-mula dia suruh fa guna je ID fa belikan untuk dia.. tapi fa tak sampai hati, yelah tu kan belian dia, kenapa fa perlu ambil pula? Jadi fa pon tolong belikan.

Orang tolong fa.. fa tolong orang balik. Semoga masing-masing di murahkan rezeki. Amin.

Fa sampai Shaklee time tu pukul 6PM hampir 2 jam fa tunggu. Nasib fa datang dengan kawan fa si rina. Dia la duk teman fa sepanjang dekat Shaklee. Sayang ko Rina!!

Walaupun fa beli tak banyak macam orang lain, tapi fa teruja sangat tengok dan sama-sama dengan yang lain re-stock untuk penutup bulan September ni.

Nampak nya dah ramai orang yang tahu akan kebaikkan Shaklee ni. Semakin ramai yang dah join biz dengan Shaklee. Alhamdullilah. Rezeki Allah beri.

Jadi sesiapa yang nak join ber biz dengan fa atau ingin dapatkan supplement-supplement Shaklee, boleh PM fa di 012 3841916 dengan segera ye.. :) Semestinya fa akan beri harga penjimatan yang sangat berbaloi-baloi.

Hasil tangkapan hari ini.

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Wednesday, September 25, 2013

My Precious : Amalan Terbaik Untuk Mama Hamil

Si Precious 27 Minggu- Alhamdullilah.

Lately ni fa kerap moody! Semakin si precious membesar dalam perut ni, semakin letih fa rasa.. semakin moody & emosi sangat-sangat terganggu. Walau macam mana pon fa cuba control, still ada je yang akan buat fa nangis la, nak marah la macam-macam. Jadi ayat-ayat Quran, dan zikir-zikir yang fa cuba amalkan untuk mengawal emosi tak stabil fa ni.

Mama selalu pesan, jaga bahasa, jaga tingkah laku..kawal emosi tu ingat Allah..budak dalam perut tu dengar je apa awak cakap. Kalau lah betul setiap tingkah laku mamy ni akan effect dekat dia, kesiaaaaannn la Si Precious mamy. :( Mamy bukan sengaja tau. Mamy Promise mamy akan kawal sehabis baik! Inshaallah.




 1. Didikan Di Alam Rahim
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.

Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.

2. Jaga Tingkah Laku Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang
buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

3. Beribadah Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.

4. Komunikasi Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.

5. Membaca Al-Quran

Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.

Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Ayatul Kursi
3. Surah Yaasin
4. Surah Yusuf
5. Surah Maryam
6. Surah Luqman

Ibu Sihat, Anak Cerdas Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya :
Telur – Kaya protein.
Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3
Kekacang – Tinggi serat dan protein.
Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.
Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.
Yogurt – Sumber kalsium.
Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.

*Sumber Pa&Ma

Sunday, September 22, 2013

Surah-surah wajib diamal oleh ibu hamil

Salam Maghrib semua.

Jom kita amalkan surah-surah ni sepanjang hamil. Fa mengaku fa lambat sikit nak start baca surah-surah ni.. dah nak masuk 7 bulan baru hegeh-hegeh nak baca. Sian Si Precious mamy.

Ok la antara surah-surah yang boleh diamalkan sepanjang hamil:

Surah Al-Fatihah ~Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingtan.

Surah Yusuf
 ~Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

 Surah Yaasin
~Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Luqman
~Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Maryam
~Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat.

 Surah At-Taubah
~Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
 
Surah Hujurat
~Untuk memperbanyakkan susu ibu, dan anak bersifat berhati-hati.
 
Surah An-Nahl Ayat-78 
~Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Fa bukan la perfect sangat time baca surah-surah ni, apa yang fa buat, simpan surah-surah ni dalam mp3 hp, setiap kali nak baca fa akan mainkan dan ikut je. Kalau tak ada masa atau dekat office, fa pasang dan dengar dan baca dalam hati. Kalau malam setiap kali nak tidur atau time-time rehat-rehat tu, fa letak earphone dekat perut bagi si precious dengar.

Fa akan lagi gigih membaca surah-surah amalan ni setiap hari untuk si precious. Inshaallah

My Precious - Idea Bilik baby!

Salam Semua.

Hari ni en.suami buat surprise pasang aircond dekat bilik! Dia cakap ni untuk si precious tak ada la dia panas nanti. Untuk si precious sekali untuk mummy dia la kan kan kan.. hihihih.

En.Suami semangat bila cerita pasal bilik baby. Actually takde pon bilik baby tu, bilik kami tu la yang nak di ubah suai agar mesra baby (cam iklan lak)

Memang macam-macam idea yang datang bila fikir pasal decoration bilik nanti. Tak sabarnya nak start deco. Tapi sebab en.suami kata nak cat bilik tu dulu, jadi bukan la sekarang untuk mendeko- deko. haissss.

Memandangkan bilik kami tu kecil, so ruang nak deco pon terhad. En.Suami cakap janji boleh letak Cot baby, dengan almari dia dah. Tak payah over sangat. huhuhu. (ni 1st time ada baby of coz la over exited sket) En.Suami kata nanti fa pantang dekat kampung dia akan settle kan semua. Tapi sebab fa kurang yakin sikit, so fa pon cari la idea-idea dekat google supaya en.suami dapat memenuhi impian fa.

Bilik kami tu fa nak warna yang pastel & menenagkan. Mula-mula en.suami nak buat warna merah (WTH!!) fa bantah 100%. Ade ke merah dipilihnya? Fa cakap fa nak warna natural, warna tenang-tenang supaya fa more relax. So warna yang dalam kepala fa ni warna macam ni:


 



Kesimpulannya fa pilih warna kelabu untuk bilik kami nanti. Hope la en.suami dapat memenuhi permintaan fa.. hihihi. Mesti tenang je dalam bilik tu nanti.
 
Ok lah fa nak rest & solat. Jumpa lagi dekat entri akan datang :)

Saturday, September 21, 2013

Ibu Engkaulah Ratu Hatiku- Happy Birthday Mama!

Ibu....Ibu....
Engkaulah Ratu Hatiku...
Bila ku Berduka...
Engkau hiburkan selalu....

Ingat tak lagu tu? Setiap kali dengar mesti rasa rindu dekat mama. Yup mama sentiasa ada dengan fa kalau fa perlukan seseorang. Mama la tempat fa mengadu. Dari kecik fa memang rapat dengan mama. Sampai la dah kahwin ni pon fa still cari mama kalau nak mintak nasihat atau sekadar berborak-borak.

Hari ni Birthday Mama. So fa & en.suami pakat nak balik Melaka bawak mama & adik-adik keluar makan. Sebab siang tadi fa sibuk dengan barang-barang si precious, fa tak sempat makan, so En.Suami ajak makan Seafood dekat Umai Melaka. Fa tak sempat la nak bergambar sebab masing-masing dah kelaparan.. makanan sampai je semua serbu! hihihi

Sangat best makan ramai-ramai. Hilang Stress semua. Tengok mama happy fa lagi happy. Alhamdullilah rezeki mama & adik-adik dan tercapai jugak niat fa nak belanja mereka.


Dear mama.
Semoga Allah panjangkan umur mama,
Semoga Allah Murahkan Rezeki mama,
Semoga Allah memberikan kesihatan pada mama,
Semoga Allah jauhkan mama dari kesakitan & penyakit & kejahatan syaitan manusia.
Amin.
Along sentiasa doakan mama & sayang mama sangat-sangat!!!

Kasih Ibu Membawa ke Syurga I love U so Much Mama

Kesihatan Mama tanggungjawab saya!

Salam Semua.

Alhamdullilah semenjak fa join shaklee ni, fa dah boleh supply mama dengan Supplement Shaklee setiap bulan. Rasa satu tanggugjawab sebagai anak untuk menjaga kesihatan mama. Syukur sangat & rasa happy bila tengok mama semakin sihat.

Mama seorang ibu tunggal yang berhati waja, seorang yang kuat semangat. Mama la semangat fa, mama la contoh terbaik untuk fa. Tak lama lagi fa pulak akan jadi mama. Hope fa sekuat mama melayan kerenah anak-anak nanti. Insyaallah.

Setiap bulan, selain bagi mama duit belanja, fa mesti bagi mama Supplement Shaklee. Setiap bulan fa akan tanya vitamin mama ada lagi tak. Setiap bulan fa akan pastikan stock  supplement mama cukup. Dulu mama pastikan fa sihat, sekarang giliran fa pulak pastikan mama sentiasa sihat!

Mama amalkan pengambilan Omega, Ostematrix dan Advance Joint Health (AJHT) Alhamdullilah semenjak mama makan semua ni, dia semakin cergas, kaki & lutut pon kurang sakit. Insyaallah nanti fa nak start bagi mama Vivik pulak. :)

Jadi tak salah kan kalau kita berbelanja sedikit untuk kesihatan orang yang kita sayang? Jadikan ini satu tanggungjawab untuk kita. Insyaallah.


Supplement wajib untuk mama.
Jom baca tentang kehebatan Set Sakit Sendi (KLIK) ni dekat entry fa yang lepas :)

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

My Precious : Prepare & Packing beg hospital Si Precious




Selalu fa tangguh-tangguh nak basuh baju si precious ni. Patutnya fa dah packing baju dia masuk beg dan ketepikan. Tapi sebab fa cuma ada weekend je & macam-macam pulak program hari sabtu ahad jadi fa asik tangguh.

Hari ni petang karang nak balik kampung celebrate birthday mama, so hari ni fa tak payah masak jadi fa decide nak basuh baju-baju Si Precious packing siap-siap masuk dalam beg.

Memang la awal lagi kalau nak fikir, tapi atas nasihat mereka yang dah ada pengalaman, beg tu kena prepare cepat-cepat by that time fa masuk 7 Bulan, beg dah tersedia so if anything happen, fa dah prepare kan? tak ada la kelam kabut. Fa tak minta Si Precious lahir awal, tapi fa ni memang jenis yang tak suka last minit. :)

Ok baju si precious dah siap basuh, dah siap lipat masuk beg boleh ketepikan. Lepas ni barang-barang hospital fa pulak yang kena prepare. Fa punya nanti-nanti la.. Kalau tak sempat en.suami boleh tolong packing kan.. hihihihi

Ok untuk sesiapa yang tak tahu list barang baby nak bawa pergi hospital, Fa share kat bawah ni:

Si Precious List:
1) Diapers (10) - Kawan fa cakap bawa lebih sebab baby baru lahir banyak yak.
2) Baju (4 pasang) - 2 lengan panjang, 2 lengan pendek, 1 overall 
3) Stokin/sarung tangan (4)
4) Tuala mandi (1)
5) Napkin (2) - Nak jadikan bedung atau lap2 ape yang patut nanti.
6) Selimut/Bedung (1)
7) Barut (4)
8) Baby Wipes (2)
9) Minyak telon
10) Peralatan mandi.
11) Bantal
12) Towel Muka (2)
13) cotton bud & cotton ball
14) Nappy cream - yang ni tak sure la kene bawak or not. tapi fa bawa je.

Ni je kot rasanya. Tapi fa memang kena siap-siapkan yang lain-lain jugak letak tepi nanti senang en.suami ambil sebab lepas keluar hospital je fa terus balik kampung pantang dekat sana.

Bila tengok barang-barang si precious dah packing, lega hati ni. Eh tapi lambat lagi nak bersalin. 
Lepas ni fa share list barang fa pulak eh. Hope Allah mudahkan segalanya. Amin.

Friday, September 20, 2013

Menjana Pendapatan dengan Menjadi Ahli Shaklee

Kehidupan sekarang ni memang memerlukan perbelanjaan yang besar. Lebih-lebih lagi kita yang dah berkeluarga dan mempunyai anak atau dari golongan yang berpendapatan rendah. Menjalankan perniagaan adalah sangat dituntut oleh Islam selain dari jalan yang terbaik untuk menjana pendapatan lebih. Jika anda bekerja, tidak mustahil kan dengan cara ini dapat  pulangan lebih besar dari pendapatan kerja tetap. Buat suri rumah tangga sepenuh masa, inilah peluang menjana pendapatan dari rumah dan tidak mustahil pendapatan meniaga boleh melebihi gaji suami anda.

Jom jadi sebahagian dari ahli keluarga kami dalam perniagaan Shaklee.
 
Kepada yang berminat menjadi ahli, anda boleh menikmati manfaat bukan sahaja dari kebaikkan vitamin-vitamin Shaklee tetapi juga menikmati harga ahli & bonus setiap bulan! Best kan???
 
Caranya sangat mudah... Sila lihat di bawah ye :)
 
Bagaimana nak mendaftar sebagai Ahli @ Pengedar Shaklee ?
Anda boleh mendaftar dengan registration fee sebanyak RM 65 atau membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke mana-mana cawangan Shaklee dan mendaftar dengan menggunakan ID saya 949399 sebagai sponsor/upline.

Yuran Keahlian Shaklee
Pendaftaran ialah RM 65 (sekiranya pergi sendiri ke cawangan untuk pendaftaran & ambil member kit) dan tambahan RM10 (RM65 + RM10 = RM75) untuk pos member kit sekiranya anda mahu member kit dipos kepada anda atau dihantar melalui saya.


Tidak perlu maintain point dalam Shaklee.
Sekiranya untuk makan sendiri, tidak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara mara, tidak perlu risau nak maintain-maintain atau minimum purchase.

Tak wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian.
Benar, tidak perlu maintain point atau wajib membuat pembelian.

Apa kelebihan menjadi Ahli Shaklee?
  • Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.
  • Setiap belian anda akan dapat point dan point yang terkumpul akan dibayar dalam bentuk cash sebagai  bonus untuk anda. Best kan? Beli dan dapat bonus cash! Siapa nak bagi?
  • Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus tanpa perlu downline!
  • Jika serius untuk biz, ada kelas tertutup yang disediakan yang sangat family & baby Friendly (boleh bawa baby & suami join sekali) 
  • Boleh mendapat akses kepada group FB tertutup yang dikhaskan untuk ahli sahaja.
  • Dalam group tersebut, akan diberikan tunjuk ajar bagaimana untuk memulakan perniagaan, kaedah marketing online, rahsia untuk berjaya dalam biz online dan cara-cara pengambilan supplement dengan betul dan macam-macam lagi.
  • Tidak memerlukan modal yang besar hanya yuran pendaftaran keahlian serendah RM65 sahaja untuk seumur hidup.
  • Shaklee menawarkan Cash Bonus setiap bulan, Car Bonus dan Convention (local dan International-Umrah bagi muslim)
JOM SERTAI KAMI MENJANA PENDAPATAN DENGAN HANYA BERKONGSI KEBAIKAN PRODUK SHAKLEE.
 
JIKA ANDA HANYA INGIN MENJADI AHLI UNTUK TUJUAN PENGGUNAAN PRODUK SENDIRI ANDA JUGA DIJEMPUT UNTUK MENDAFTAR AHLI.
 
Hubungi saya SEGERA!
 
Farah Nur Zahirah
ID Shaklee : 949399
012-3841916

PENGEDAR di SRI PETALING, SG.BESI, BUKIT JALIL, KLCC - Re-Stock Re-Stock Re-Stock!

Salam Semua,

Hari Jumaat ialah Hari WAJIB fa untuk Re-Stock segala Vitamin-vitamin Shaklee yang dah out of stock! Sebab setiap hari jumaat, fa balik awal pukul 5.

Dulu fa sekadar beli kalau ada customer yang order. Tapi Alhamdullilah sekarang fa dah boleh simpan stock sikit-sikit, jadi kalau customer nak cepat-cepat fa dah ada ready stock!


Seronok sangat bila ada customer call nak COD, fa boleh cepat-cepat pergi hantar, bila customer call nak mintak pos, cepat-cepat fa boleh packing dan kurier. Jadi fa tak perlu risau fa. Memang satu kepuasan!!

Jadi sesiapa yang nak kan Vitamin-vitamin Shaklee ni dengan segera, segera-segeralah PM fa yek!
Untuk yang ingin dapatkan secara COD, boleh Call fa di 012-3841916 untuk buat temujanji. Fa adalah pengedar di kawasan Sri Petaling, Sg Besi, Bukit Jalil dan KLCC (Weekdays).
Untuk yang berada diluar kawasan, dont worry fa pon boleh pos dekat u olls. :)

Ok time for packing barang-barang customer untuk kurier esok hari :)
Salam & Good Night.

Pendapatan Lebih? Tidak Mustahil dengan Shaklee!

Salam Semua.

Testimoni sebenar kenapa fa Join Shaklee?

Siapa sangka dulu fa pernah belajar Architecture. Lagi sikit je nak jadi arkitek. Tak tahulah kenapa fa tak boleh nak teruskan lepas grad fa tak langsung further study. Tapi sebab time tu fresh graduate ni susah nak dapat kerja, Fa amek keputusan jadi Cikgu tadika sementara nak mengisi masa lapang & cari duit extra untuk bantu family. Fa suka sangat dengan budak-budak lagi best kalau boleh buat art & craft memang benda yang fa suka pon kan. Tapi sebab fa rasa kepenatan jadi cikgu tadika tu tak mancapai tahap kepuasan fa yang fa nak. Mama pon bising suruh fa cari kerja lain yang lebih setaraf dengan qualification yang fa ada.

Sebab tu fa berhenti jadi cikgu tadika dan fa buat bisness online jual tudung, jual baju, ambil upah buat hantaran & bunga telur. Tapi fa stop sebab tak dapat bagi full komitmen bila fa dapat kerja jadi Admin Assistant.

Bila fa pregnant, fa dah mula fikir nak cari pendapatan sampingan sebab nak ada anak bukan satu benda yang mudah kan. Banyak duit nak pakai, banyak benda nak fikir. Jadi jalan yang fa pilih........
JOIN SHAKLEE!!

Alhamdullilah lepas fa join Shaklee, banyak kebaikan yang fa dapat. Fa tak pernah terfikir akan sampai ke tahap macam ni. Bonus 1st fa RM78.90 yang fa dapat dari Shaklee semakin lama semakin banyak! Sekarang Bonus fa setiap bulan lebih dari gaji fa! Bonus setiap 15hb boleh la fa topup-topup perbelanjaan kan. Tak ada la rasa sesak sangat :)

Fa boleh beli barang Si Precious tanpa sentuh duit gaji!
Fa boleh Supply Vitamin & Supplemen untuk mama setiap bulan!
Fa boleh berzakat setiap bulan.
Fa boleh buat saving & bantu sikit-sikit perbelanjaan rumah.
Fa boleh bayar hutang-hutang yang ada.
Fa boleh topup duit saving untuk lahirkan Si Precious di Columbia Hospital.

Banyak lagi manfaat yang fa dapat dari join Shaklee ni. Semuanya dengan izin Allah, Alhamdullilah.
Sebab tu fa tak rasa takut untuk jadi WAHM satu hari nanti. :) Pendapatan 5 angka insyaallah dalam gengaman!

# Anda suri rumah sepenuh masa?
# Anda ada masalah kewangan?
# Kos Perbelanjaan Rumah semakin Tinggi?
# Penat bekerja makan gaji & Gaji tidak mencukupi?
# Ingin Menjana Pendapatan Sampingan?

JOM FOKUS MENJANA INCOME LEBIH! JOM JOIN FA! JOM JOIN SHAKLEE! Hanya dengan berkongsi tentang kebaikkan Vitamin-vitamin Shaklee.

Berminat?
Call Fa di 012-3841916 untuk mengetahui lebih detail tentang ini.
Saya Pengedar Sah Shaklee ID: 949399

I LOVE SHAKLEE!

Thursday, September 19, 2013

My Precious : Petua betulkan kedudukan Breech Pregnancy/ Kehamilan Sonsang

Salam semua,

Bila hati dah risau, mana boleh tido kan, so fa google google google petua nak betulkan kedudukan baby sonsang. Hope berguna & boleh diguna pakai - Insyaallah.

Ini diantara petua yang fa dapat dari blogger-blogger :

1) Time sujud tu sujud lama-lama sikit. Ni yang fa amalkan selalu. Masa sujud akhir tu fa sujud lama sikit. Dalam sujud tu fa doa semoga Si Precious lembut hati & berpusing pada kedudukan normal.

2) Kalau bukan waktu solat, buat posisi seakan-seakan sujud (Tilt position) untuk 5 minit kemudian rebahkan badan kesebelah kanan atau kiri mengikut kedudukan badan baby. Baring dalam 20-30
minit.

Tilt position
3) Ambil segelas air baca surah Al-Insyirah (Alam Nashroh) sebanyak 3 kali kemudian hembus dalam air. Sapu air tu dekat perut sebanyak 3-7 pusingan mengikut lawan jam sambil Selawat. Selebih air tu diminum. Lagi mujarab if suami sama-sama buat.

4) Amalkan baca surah al-insyirah setiap kali selepas solat beserta doa semoga Allah permudahkan kelahiran bayi yang kita kandung.

5) Letak pack ais atas perut. Tujuan supaya baby tak selesa atau sejuk dekat kepala so berpusing ke bawah.

6) Cuba bermain dengan Torch Light dan suluh kearah pusat. Tujuan supaya baby bergerak kearah cahaya.

7) Rajin-rajin berborak dengan baby, pujuk-pujuk dia semoga dia lembut hati untuk berpusing dan betulkan kedudukan.

8) Yakin dengan pertolongan Allah, Solat Hajat, berdoa & membaca al-quran dengan yakin & Ikhlas.

Insyaallah fa akan amalkan semua ni untuk pastikan Si Precious berpusing dengan Izin-NYA. dan Fa hope bulan depan semuanya normal.

My Precious : 26 Minggu - Sonsang

Salam semua,

Balik dari Klinik Sofea fa terus buat entri ni. Hati ibu mana yang tak risau bila dengar kedudukan baby dalam perut ni sonsang! Masa Si Precious ni dalam bulan ke 4 kalau tak silap, Dr.Sofea ada bagitau yang Si Precious ni sonsang, tapi masuk bulan ke 5 dia dah ok. Tapi masuk bulan ke 6 dia pusing balik sonsang. Suka benar budak baik ni pusing-pusing dalam perut mummy.

Tapi Dr.Sofia ada cakap, jangan risau sangat sebab fa baru 27 Minggu, Baby akan berpusing-pusing & bila tiba masa nanti dia akan berada di kedudukan yang betul. Tapi, if Si Precious ni tak jugak pusing pada kedudukan yang betul, Dr.Sofea cakap doktor dekat Hospital Columbia tu nanti akan cuba betulkan kedudukan baby. But if baby tak nak jugak pusing, kena Czer....!! Haisssss....Mintak jauhhhh la... fuhfuhfuh

Memang berderau hati ni mendengar, rasa nak nangis je. tapi en suami kata jangan fikir sangat nanti terbawa-bawa. Doa yang terbaik. Think Positive. Si Precious ni suka pusing-pusing dalam tu, dia tengah having fun.

fa tanya kawan-kawan, tanya biras-biras fa macam mana nak buat.. the answer is BIDAN! ok no no no... bukan fa anti bidan tapi ramai yang nasihat, guna bidan bukan cara yang terbaik. Lagipon mane la nak cari bidan yang fa kenal? Ok dont panic, mesti ada jalan kan.. nanti fa google any petua for baby sonsang. maybe kerap cakap-cakap dengan Si Precious nanti boleh pujuk-pujuk dia supaya berpusing ke tempat sepatutnya.. anak mummy kan good girl...

Need to sleep early, Need to rest. Good Night evrybody ~

Bye-Bye Dr Sofea..Bye Bye KKIA

Salam Semua,

Baca tajuk entri hari ni rasa sebak pulak. Sebab bulan ni la last Fa checkup dekat KKIA & Klinik Sofea. Lepas ni sampai la bersalin fa akan checkup dekat Hospital Columbia Asia Puchong dengan Dr. Raja.

Sepatutnya awal bulan hari tu, fa kene pergi checkup KKIA minum air gula tapi fa tak pergi pon. Sebab jadual en suami yang pax. Jadi Fa pon ambil keputusan stop checkup dekat KKIA sebab nak fokus checkup dekat hospital Columbia. Jadi fa tak boleh la buat entri minum air gula sebab fa tak minum pun hihihi.

Fa decide nak jumpa Dr Sofea sebab fa tak berapa sihat hari ni. As usual, fa pergi malam lepas kerja & as usual Klinik tu ramai orang. Fa datang dekat-dekat nak pukul 10 mlm, sekali rupanya-rupanya Klinik Sofea dah tukar time dari pukul 7.30-10mlm sahaja. Tapi nasib nurse tu baik dia bagi juga fa masuk.

Sebelum turn fa, masa tu dah pukul 10.30 kot still ada jugak yang masuk klinik tu, rupanya ramai yang tak tau time baru Klinik ni, tapi yang bestnya dorang semua dibenarkan masuk. Baguskan Klinik Sofea ni. Mengutamakan Pesakit.

Bila turn fa, Dr. Sofea layan dengan senyuman walaupun fa tengok dia nampak letih. 1st dia bagitau result darah fa last month semua ok. Urine pon ok, Berat lagi ok, Tekanan darah pun stabil walaupun fa bagitau yang fa tak sihat & sakit kepala yang kerap. So Dr.Sofea tanya nak buat 4D Scan tak? Dr. Sofea cakap boleh buat 4D scan dah kalau nak lagipon tak perlu risau tak merbahaya walaupun fa baru je scan masa checkup dekat Columbia hari tu. Dah Dr cakap Ok, fa pun setuju aje. :)

4D Scan kat Klinik Sofea RM80 termasuk CD.

Penat Dr Sofea pujuk-pujuk Si Precious ni, macam biasa dia takmo jugak tunjuk muka. Tapi Dr.Sofea sabar, Sekali Si Precious ni tunjuk muka terus Dr.Sofea Snap!

Dan inilah hasilnya........



Si Precious 6 bulan



 
Alhamdullilah, semuanya ok, Si precious sihat. Sifat semua sempurna. Tapi Dr. Sofea tak boleh nak tunjuk betul-betul jantina Si Precious sebab kedudukan Si Precious yang sonsang :( Rasa-rasa fa pernah cerita pasal Si Precious sonsang entri lepas-lepas kan... Tapi Dr. Sofea cakap jangan risau sebab dia ada banyak masa lagi nak kembali kepada kedudukan normal. Inshaallah

Sebelum fa keluar tu, fa bagitau Dr.Sofea lepas ni fa tak jumpa dia dah sebab fa nak teruskan checkup dekat Columbia Hospital. Dr.Sofea wish fa good luck dan doakan semuanya dipermudahkan dan selamat. (Ok fa sangat-sangat sebak)

To Dr.Sofea, Thanks & Dr. Sangat-sangat baik nanti Si Precious dah lahir fa bawak jumpa Dr eh :)

Wednesday, September 18, 2013

ESP Shaklee Tetap No 1!!

Salam Semua.

Alhamdullilah, Minggu ni dah berapa banyak kali fa re-stock ESP. Semakin ramai yang sedar akan kebaikkan ESP Shaklee ni. Fa mengaku fa terlalu sukakan ESP. Bukan sebab rasanya yang sedap, tetapi terdapat 1001 kebaikkan yang terkandung dalam ESP Shaklee ni.

Setiap hari dah menjadi kebiasaan Fa mesti bancuhkan sesudu ESP dalam susu yang fa minum setiap pagi tak pun dalam Milo atau kalau nak lagi sedap, dalam Fresh Orange. So YUMMY!!!

Kawan fa yang ambil ESP ni pon cakap yang ESP ni pekatkan susu so baby dia cepat kenyang & kulit baby pon cantik je ruam-ruam dah hilang. :)

Walaupun setiap bulan ada promosi-promosi hebat dari Shaklee, ESP ni tetap menjadi pilihan semua orang tu yang sampai fa sendiri kena pastikan Stock mencukupi untuk ESP ni. Senang kalau sesiapa yang nak COD. hehehhe

Kombinasi yang sering menjadi pilihan adalah :
 
Set TRIPPLE M (Penyusuan 3M) (ESP memang dah ada dalam set tu) --> Set penyusuan TERBAIK dan TERLARIS
 
ESP + Set pregnancy --> Set kehamilan untuk kulit bayi yang cantik mulus serta kesihatan diri ibu hamil
 
ESP + Set skincare --> Untuk skin renewal process terutama yang mempunyai jerawat serta parut, awet muda dan kulit anjal gitu
 
ESP+Mealshake+PD --> Mighty tripple gem, sarapan mudah untuk berikan rasa kenyang sehingga lunch hour ( Saya dah cuba, memang umpphhh..sedapp)
 
ESP + Set Pantang --> Alternatif moden untuk berpantang serta membantu penyusuan seawal kelahiran bayi anda
Resepi ESP:
  • 1- ESP + PD + Meal Shakes
  • 2- ESP + Oat
  • 3- ESP + Nestum
  • 4- ESP + Meal Shakes
  • 5- ESP + PD
  • 6- ESP + Cornflakes
  • 7- ESP + MILO
  • 8- ESP + Fresh Orange/ Juice
  • 9- ESP + Horlicks
  • 10- ESP + Fresh Milk/ Susu tepung 

Jadi tak terkejut la kenapa ESP Shaklee ni mendapat permintaan tinggi setiap hari. Anda sudah cuba Shaklee ESP?? Sekali cuba pasti mahu lagi.

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

ESP & CINCH pengalas perut setiap pagi

Salam Semua.

Satu untuk Mummy, Satu untuk Babah
Memandangkan Fa dan en.suami sibuk sepanjang hari, Setiap pagi fa mesti sediakan minuman Energy ni untuk bekal fa dan En suami. Mana sempatkan nak buat breakfast setiap pagi sebelum pergi opis..sampai-sampai opis pon dah pukul berapa, jadi ini la bekal kami untuk harungi jem yang teruk sepanjang perjalanan ke opis setiap hari.

Untuk En.Suami, Fa Bancuhkan Cinch (chocolate) 2 scoop dalam air suam & untuk fa, fa bancuh susu Mamil Dumex dan sesudu ESP. Jadi setiap pagi tu tak la terasa letih yang teramat sangat :) Cukup sebagai pengalas perut kami setiap pagi. Alhamdullilah.

Semoga Allah sentiasa memberkati  rezeki kami & mempermudahkan urusan-urusan kami mencari rezeki. Amin.

Tuesday, September 17, 2013

Omega Guard - Asid Lemak Omega-3 yang menakjubkan

Salam Semua.
Belum habis lagi fa bercerita pasal Omega Guard Shaklee ni sebab fa sendiri teruja dengan kelebihan yang fa dapat dari pengambilan Omega ni secara konsistant.

Fa pon bagi en.suami makan Omega ni. Sebab dia ni pemakan orangnya, jadi susah sangat nak turun berat badan. Fa akan bagi dia makan 2 Biji Omega lepas makan malam.

Fa : Abang ok tak omega guard tu? Rasa macam mana?
En.Suami : I buang air besar banyakkkkkk... lega perut. Ringan sikit badan.
Fa : Patut la perut buncit abang macam dah kempis sket. hihihi
En. Suami : Ye kan.. bagus la Omega tu. Lepas ni makan ni je la.

Bukan en suami je yang teruja, Fa pon sama sebab sepanjang masuk Trimester ke-2 preggy ni fa takde sangat masalah berat badan. Naik pon sikit je. Lelah fa pon dah kurang sikit. Alhamdullilah.

Jangan rungsing dengan ketiadaan Lecithin. Omega bertindak jauh lebih hebat 2x ganda daripada lecithin dalam menangani masalah berat badan. Omega best! Fa memang mengamalkan Omega dan berat badan tidak secara mendadak. 
 
Kehebatan Omega Guard Shaklee

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg
Asid Lemak Omega-3.

Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

1- IBU HAMIL
- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
- Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
- Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

2- IBU MENYUSU
- Menyalurkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

3- KANAK-KANAK
- Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
- Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit. batuk, selesema, asthma
- Memperkuat sistem imunisasi badan

4- MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH BERAT BADAN
- Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

5- SERING MENGALAMI MASALAH KESIHATAN
- Batuk berkahak, selesema berterusan
- Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
- Sakit Stroke
 
Jom dapatkan Omega Guard ni sekarang :)
 
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Testimoni Omega Guard

Testimoni Omega Guard.
Sebab tu ramai yang ambil Omega Guard ni dan ada yang add in dalam Set Slimming mereka sebab Omega Guard memang terbukti keberkesanannya.



Fa dapat PM dari seorang customer ni, dia bagitahu dia memang ambil Set Slimming (Alfafa + Lecithin+ ESP) Tapi sebab Lecithin tak ada stok hari tu dia tukarkan dengan Omega Guard.
Lepas makan Omega Guard tu dia rasa perubahan. Pembuangan air besar lancar, Makan macam mana banyak pon berat tak naik. Tak sampai sebulan berat dia dah turun. Kaki pon kurang sakit. Dia dah tak lelah.

Jadi tak perlu risau kalau Lecithin tak ada stok. Boleh ganti dengan Omega Guard tak pun upgrade terus. hehehe.

Jadi nak dapatkan OMEGA GUARD ni dengan harga penjimatan?
+
+
+
+


Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Monday, September 16, 2013

Kenapa perlu upgrade ke Omega Guard Shaklee?

Salam semua.

Ok memandangkan hari ni cuti, en suami pon takde so boleh la fa update-update blog & reply-reply email customer. Fa terkejut jugak ramai pulak yang nak order Set Slimming Shaklee ni. Kiranya Lecithin + Alfafa ni memang hot selling setakat ni selain ESP. Alhamdullilah.

Ramai yang tanya fa untuk Slimming ni nak makan yang mana. Selalu memang fa suggest Lecithin dan Alfafa. Tapi sekarang fa akan suggest Omega Guard. Sebab Omega Guard membakar lemak lagi cepat berbanding Lecithin. Haaa... tak caya kan!

Alhamdullilah lepas fa suggest kan pada customer untuk upgrade lecithin kepada Omega Guard ramai yang lagi puas hati & bagi positif result. Sebab fa pon mengamalkan Omega Guard ni lepas masuk Trimester 2. Berat badan fa steady je. Ramai yang tanya bila fa nak gemok. Ceh!


Mesti semua tak tahu kan, Omega Guard ni adalah sumber asid lemak Omega -3 yang paling tinggi.
Jika kita nak turunkan berat badan dengan cara yang lebih mudah, pastikan kita memasukkan sumber asid lemak omega-3 dalam diet kita. Dengan memakan makanan yang tinggi dengan omega-3 akan mempercepatkan pembakaran lemak badan.
Makanan yang mengandungi Asid lemak Omega -3
  • salmon
  • walnut
  • sardin
  • Flaxseeds
  • Soy Bean
  • Tuna
  • Tofu
Selain itu Minyak Omega -3 membantu mengurangkan kolestrol tinggi dan tekanan darah tinggi dan juga membantu dalam banyak penyakit seperti:
  • diabetes
  • sindrom usus (IBS)
  • artritis reumatoid
  • masalah kulit
  • osteoporosis
  • kemurungan
  • ADHD (perhatian defisit hiperaktif gangguan)
  • asma
  • pelbagai jenis kanser (terutamanya payudara, kolon dan prostat kanser).
Kenapa Omega Guard Shaklee adalah yang terbaik berbanding Minya ikan yang lain?
*Kredit to http://www.cantiksihatsemulajadi.com/2013/07/saya-nak-kurus-mana-nak-pilih-antara.html
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ia melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yg dpt memekatkan asid lemak Omega3 paling tulen.
  • Kebanyakan jenama lain hanya menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrient malah tidak boleh menapis kandungan logam yg membahayakan kesihatan seperti plumbun,merkuri,etc .Shaklee sahaja yg melalui penyulingan 3x sbb nak berikan yg terbaik utk pembeli2nya)
  • Omega Guard Shaklee tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana di hati lah terdapat kandungan toksik tinggi. Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies.Ikan-kan yg digunakan oleh Shaklee adalah ikan yg tahap merkurinya terendah. Dan kajian juga menunjukkan bahawa ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg sangat tinggi berbanding ikan lain.
  • Omega guard (minyak ikan) Shaklee lengkap dgn 7 jenis asid lemak omega 3 yg perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA. Badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak perlu ni utk proses metabolisme,etc.Jadi kena dapatkan dari sumber makanan dan suplemen EPA. EPA dan DHA juga penting dalam diet wanita hamil akan memberi kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan visual bayi.
  • Fungsi penting dalam pembentukan hormon prostaglandins. Hormon prostaglandins ini berfungsi menyeimbangkan tekanan darah, blood clotting, keradangan dan fungsi buah pinggang.
  • Pengambilan tinggi omega 3 semasa kehamilan boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.

Menarik kan Omega Guard ni? Sebab tu fa pon upgrade pengambilan Lecithin en.suami dengan Omega Guard. Bukan fa cakap Lecithin tak ok, tapi nak cepat pembuangan lemak, kita boleh upgrade kepada Omega Guard.

Nak dapatkan result lagi cepat?
Alfafa + Omega Guard + 3L air sehari = Penurunan berat yang menakjubkan :)

****************************
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Hari Malaysia, Cuti Umum, A day with My Precious

16 September 2013.
Selamat Hari Malaysia semua !!


Hari ni fa hanya dengan Si Precious. En Suami balik kampung ada hal yang perlu diuruskan. Memandangkan cuti kan, so fa duduk rumah masuk SOHO checking stock, update Blog, reply email & PM customer. Best betul cuti ni! Mood nak masak nasi ayam... tengok la macam mana nanti hihihi :)

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).


Im PROUD to be MALAYSIAN!
Semoga Malaysia sentiasa Aman Makmur Damai Sejahtera. Amin


Sembelit Semasa Hamil

Salam Semua.

YUP! For the 1st time fa kena sembelit sepanjang fa preggy. *Sigh*
Punca- Old Town Teh Tarik Instant (3in1) yang lazat. Ok bukan 100% pasal teh tarik 3 in 1 ni. Salah fa jugak yang suka nak menahan buang air besar. Sebab terlalu sibuk dengan kerja opis fa lengah-lengah nak ke toilet. Padahnya- SEMBELIT!

Panic jugak bila tengok darah dekat toilet bowl tu.. rasa nak pitam. Call En.Suami dia kata dia baru gerak balik nak ambil fa kat opis. So, dia suruh minum air masak banyak-banyak. So fa tarik nafas dalam-dalam.. dont panic! dont panic! dont panic!

Alhamdullilah lepas tu fa dah ok walaupun perut mengeras dan tak selesa. Fa kene pantau kalau jadi lagi then baru pergi jumpa doktor. Hope la takde jadi lagi lepas ni. Fuh Fuh Fuh. Fa mengaku, kesibukkan buat fa leka & kurang minum air. Lepas ni nak pastikan minum 3 Liter air sehari. Kesian anak mamy dalam tummy ni. Im so sorry baby :(

Foktor-faktor sembelit ketika hamil:
1) Kurang pengambilan makanan berserat
2) Kurang pergerakan fizikal
3) Kerisauan dan Stress
4) Wanita hamil mempunyai lebih Hormone Progesterone menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan.
5) Rahim yang membesar menyebabkan tekanan fizikal pada usus sehingga halang pergerakan najis ke usus besar dan rectum.
6) Dehidrasi. Sebab itu wanita hamil digalakan banyak minum air putih yang secukupnya.

Tips mengurangkan Sembelit ketika Hamil:
1) Makan makanan yang berserat tinggi.
2) Minum air secukupnya.
3) Melakukan senaman ringan seperti berjalan.
4) Mengambil ubat-ubatan untuk melembutkan najis.---> Semestinya pilihan Fa OSTEMATRIX Shaklee :)

Balik dari opis sebelum tidur fa telan ostematrix 4 biji. Alhamdullilah dah takde lagi sembelit tu. lancar je pembuangannya.
*Note for my self : Jangan tahan buang air besar, Minum air masak banyak-banyak.

Nak tau kelebihan Ostematrix boleh Klik entry fa yang lepas. :)

==================================
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Sunday, September 15, 2013

Zero to Hero : Tiada yang Mustahil!!

Salam semua.

Hari ni pagi-pagi lagi dah bangun semangat nak pergi Class Zero to Hero. Class ni dibuat untuk menyuntik semangat kami untuk berjaya dalam bisness Shaklee. Semangat nak sedut aura-aura positif & tips-tips dari guru yang berjaya buat side income /main income sampai 5 angka!

Fa sangat salute dengan Kak Jannatul & Ummi Erna. 2 orang WAHM yang sangat berjaya!Sangat-sangat buat fa rasa bersemangat dengar cerita & pengalaman mereka sebagai WAHM. 2 orang yang menjadi sumber inspirasi fa setiap hari. Dulu memang fa tak pernah terfikir langsung pasal nak jadi WAHM ni. Sebab fa dah terbiasa bekerja & kurang yakin sikit. Tapi bila fa diperkenalkan dengan Shaklee oleh Ummi Erna, Semakin yakin rasa hati ini nak berhenti & tumpukan 100% dekat anak dan suami sambil boleh buat duit.

Kak Jannatul ni sanggup berhenti kerja semata-mata untuk berkerja kat rumah, sebab kesiankan anak-anak yang terpaksa tunggu sampai malam dekat rumah pengasuh & tekanan kerja. Jadi dengan ambil keputusan berhenti untuk jaga anak-anak, makan minum suami dalam masa yang sama boleh cari side income. Sekarang pendapatan Kak Jannatul dah cecah 5 ANGKA!! Best kannn.. Setiap bulan bagi ibu RM1K, Zakat setiap bulan tanpa culas. Nak baca pasal Kak Jannatul boleh singgah blog dia http://buahatikusayang.blogspot.com/

Ummi Erna ibu muda yang baru 9 bulan buat Shaklee tapi dah boleh buat pendapatan 4 Angka. Lebih dari gaji dia dulu. Lebih dari gaji suami. Tak mustahil semua pon boleh jadi macam dia kan? Nak baca pasal Ummi Erna boleh klik sini http://ummierna.blogspot.com/

Ya Allah gigih mereka ni semua mencari rezeki. Sekarang masing-masing dah jadikan Shaklee sebagai Main Income. Bukan lagi Side Income. Lagi best mereka berjaya Fully Breastfeed anak-anak mereka. Income yang banyak tu boleh bayar zakat, pergi umrah, bagi ibu ayah saving untuk anak-anak. Itu lah yang terbaikkan.

Semakin bersemangat fa nak teruskan niat untuk jadi WAHM. Siapa kata suri rumah tak boleh jana pendapatan? Siapa kata suri rumah hanya tahu buat kerja-kerja rumah? Tengok saja 2 orang suri rumah yang dah pon berjaya. Banyak lagi WAHM yang dah buktikan hanya duduk dirumah boleh nerjaya.Tiada yang mustahil if kita bersungguh-sungguh & niat yang betul kan?

Bakal-bakal ibu yang berjaya
Fa tengah menyedut aura-aura positif kak Jannatul
Ummi Erna yang tengah bagi tips WAHM berjaya
Tengok!! tengah coaching pon boleh BreastFeed anak!! Terbaikk!!
Salute Salute Salute!

Saturday, September 14, 2013

WAHM : Satu Kepuasan.

Salam Semua.
Macam biasa lepas habis shopping mesti fa akan unpack barang-barang shopping Si Precious. Kalau duduk diam-diam bosan-bosan barang-barang si precious la yang fa belek dan belek.. lipat susun ulang-ulang. OK orang cakap jangan teruja sangat. Tapi entah la mungkin setelah sekian lama fa tunggu baru ni dapat merasa. Syukur dengan nikmat Allah beri.

Bila dah start belek-belek tu baru terfikir, semua barang-barang Si Precious ni fa guna duit Bonus yang Shaklee bagi setiap bulan. Langsung tak sentuh duit gaji, saving atau duit En.Suami. Alhamdullilah rezeki Allah beri dekat sini. Lepas ni kena usaha kuat sebab fa kan memang dah fikir masak-masak yang fa akan jadi WAHM (Work at Home Mom) tahun depan.

Fa start makan Set Kesuburan Shaklee bulan 2 tahun ni, Alhamdullilah bulan 3 fa dah preggy. Lepas tu fa sambung ambil Set Hamil Trimester 1,2,3 sampai sekarang.Mula fikir beli untuk makan sendiri tapi lepas semua bertanya, jadi fa share la kebaikan Vitamin-vitamin Shaklee dengan semua. Now dah hampir 6 Bulan fa dengan Shaklee, Fa mampu hadiahkan vitamin untuk mama ,adik-adik & suami setiap bulan. Alhamdullilah. Lagi best baru 6 bulan fa boleh beli barang-barang Si Precious dengan duit bonus yang fa dapat.

Tak mustahil kan if fa jadi WAHM nanti? lagi banyak masa terluang fa boleh share kebaiakan shaklee ni dengan semua. Sambil jaga anak, sambil masak, sambil menyusu, boleh buat duit. More Relax!

So pada ibu-ibu, suri rumah atau sesiapa sahaja yang nak cari pendapatan sampingan dari rumah, Boleh call/WhatApp/SMS fa di 012 3841916. Inshaallah fa boleh bantu semua.

*****************************************************
Nak dapatkan produk Shaklee dengan  mudah dan harga penjimatan? Boleh contact Fa. Fa ialah pengedar dikawasan Sri Petaling , Bukit Jalil dan Kawasan sekitarnya. Untuk Weekdays boleh juga COD di KLCC.
Jadi sesiapa ingin dapatkan produk ini dengan segera boleh call/whatsup/SMS di 012-3841916 

My Precious : Expo Mother, Baby & Kids 2013 dan Checklist baby

Salam Mommies.

Macam  yang fa janji nak cerita pasal apa yang fa grab dekat expo hari ni. Kalau nak tahu apa yang menariknya expo PWTC kali ni boleh pergi entri fa yang sebelum ni k.

Mission fa nak pergi expo ni sebab nak cari Breast pump & Sterilizer selain nak cuci-cuci mata tengok barang baby. Sebelum tu fa dah google booth-booth yang ambil bahagian supaya fa boleh terus pergi booth tu & beli. Tapi yang ada jual breast pump & Sterilizer booth Kasih Ibu je.

Offer yang Kasih Ibu bagi untuk Breast Pump Rumble Tuff:
  • Pump Rumble Tuff (1 set)
  • Storage Bottles (Auntumz 8 bottles)
  • Cooler bag 
  • 3 ice Packs.
Ni je la kot? RM 547 satu set. Mahal kan?? Kalau kat Fabulous Mom Puchong tu  fa boleh dapat Plastik Storage & Nursing Bra lagi harga baru RM400++ keatas tengok pakej yang kita pilih. Tapi nak buat macam mana kan. dah sampai, dah nampak, beli je la.. nak pergi Fab Mom tu tak tahu lagi bila. Fa decide nak beli pump & Storage bottles je sebab yang lain-lain fa dah ada. Memang jadi mahal tapi tak sangka pulak pump tu sampai RM400++? Ingat RM300++ je.. pape pon hope alah membeli menang memakai. huhuhu
  • Rumble Tuff Pump 1 Set (RM 479)
  • Storage Bottles 8 Bottles (RM 28)
Ok untuk Sterilizer pulak, Fa memang dah aim jenama Auntumz. Kalau ikot pakej yang fa google, Auntumz Sterilizer + Home&Car Bottle warmer RM 159.90.  Tapi Kasih Ibu offer RM 140 kalau tak silap. Tapi sebab fa dah ade bottle warmer, fa beli Sterilizer je.
  • Auntumz Electric Steam Sterilize (RM 100)
So total fa borong dekat booth Kasih Ibu RM 607.00

 Jom kita tengok apa lagi yang dah berjaya di-Grab oleh kami dekat expo :

Legging & Mitten Si Precious (RM25 untuk 3 Item)
Huggies Saiz S (RM25 / 60 keping) = Free samples & romper)
Rompers Si Precious (RM45 satu set= RM12 satu)
Carrier RM80 & Slipper waktu pantang RM15.00
So far dah hampir 90% barang Si Precious fa dah beli. Alhamdullilah.. pasni beli barang fa la pulak.
Harta karun Si Precious
Updated Baby Checklist :
 - Maternity Pad (dah beli tapi bukan Maternity pad-beli pad biasa tapi overnight)  
- Breast Pad (Actually fa dah beli yang washable punya, tapi nanti macam kene beli yang pakai buang)
- Berus Botol
- Kelambu
- Bottles Sterilizer
- Breast Pump
- Termos
*************************************
 







My Precious : Mother Baby Kids Expo 2013 PWTC

Salam Mommies.

Fa mamang looking forward nak pergi expo sini. Masa Fa baru preggy, memang fa tak kesampaian nak pergi pon expo-expo macam ni sebab fa rasa terlalu awal. So bila Si Precious dah semakin membesar dalam perut ni, apalagi JOM la kita ajak babah pergi !!! hihihi

Expo ni dari 14-16 September 2013 dari pukul 10 pg sampai 9 mlm. Macam biasa fa dah ada checklist untuk beli barang Si Precious.

Mission Expo :
  • Breast Pump
  • Sterilizer
  • Baby Wipes (pack besar)
  • Cleanser untuk botol (liquid)
  • Pampers 
Banner Mother Baby & Kids Expo PWTC

Aktiviti yang dinuat sepanjang Expo
Booth yang mengambil bahagian
Memang teruja sangat bila dah sampai sini, tapi apa yang fa nak bagitau, Expo kali ni tak se-Best expo-expo sebelumnya. Kenapa fa cakap camni? Sebab fa rasa tak banyak sangat booth-booth yang menarik. (Pendapat Fa la ye) Fa jumpa 1 je booth yang jual Breast Pump & Sterilizer "Booth Kasih Ibu" Walaupun pakej yang dia bagi macam.....ehm...ehm... tapi fa tetap grab jugak sebab dah sampai sini kan takan tak beli.

Fa lagi teruja nak beli baju-baju si Precious. Comel-comel sangat. Tiga item RM25 ,Fa grab 2 Legging Si Precious & sarung tangan yang comel. Lepas tu 1 set rompers harga RM12 sehelai.

Booth yang jual Pampers ada HUGGIES je. so disebabkan fa memang nak beli pampers, fa beli la jugak Huggies  tu 2 pack. RM25/60 helai untuk saiz NB dan S. Fa taktau harga kat luar berapa, Tapi Booth ni bagi sampai 4 sample pack, 1 romper yang tulis "Huggies".

Fa dan En Suami usha jugak stroller, tapi bila fikir-fikir stroller boleh beli nanti, jadi kami cari benda yang lagi penting. Oh, En.Suami grab carrier untuk si Precious. Ok la nanti biar dia yang dukung Si Precious ni. hihihi harga RM80.

Sini ada booth Anakku, tapi fa tak terasa nak beli pon sebab kat luar bersepah kedai Anakku. So baby wipes & bottle cleanser fa tak beli sebab tak tak jumpa.

Ok kalau kita belanja lebih RM100 keatas, kita layak untuk lucky draw. Mana la tahu kan rezeki Si Precious ni dapat Stroller free ke? hihihi Harapan sangat tapi tak dapat pon lucky draw tu. No Luck!
Babah yang kepenatan Shopping
Makan dulu sementara tunggu Lucky Draw
Stage
Ok next entri nanti fa cerita apa yang fa grab dekat expo ni eh. Fa dah mengantuk nak tido sebab dah penat berjalan seharian. Esok fa ada Class Zero to Hero Shaklee :) Good Night. Salam.
Sebelum balik pose dulu untuk semua.
**************************************

Tuesday, September 10, 2013

WAHM dan SOHO (Small Office Home Office)

Salam Mommies & bloggers semua.

Macam tak percaya je tinggal lagi 2 bulan untuk fa bergelar mommy! For seriously fa memang tengah takut memikirkan proses-proses kelahiran si precious tu nanti. Tapi disebabkan tak sabar nak bergelar mommy fa tabahkan juga hati. 

Lagi 2 bulan si precious nak lahir, maknanya lagi 2 bulan fa akan merasa hari-hari berpantang , lagi 4-5 bulan fa akan jadi WAHM. Inshaallah. Keputusan fa dah ambil cuma mungkin fa akan buat Solat Istikarah mohon petunjuk dari Allah. Fa Yakin  dengan rezeki Allah.

Fa tertarik dengan 1 entri dari rakan seperniagaan Shaklee fa Ummierna pasal Tips SOHO (Small Office Home Office). Untuk pengetahuan semua, Erna ni salah seorang WAHM yang berjaya. Pendapatan bulanan yang hanya WAHM mencecah 5 angka!! Sebab itu fa jadikan Erna sebagai model dan semangat fa untuk join WAHM nanti.

ok dalam entri tu Erna menceritakan kenapa dia memilih Perniagaan SOHO dan Tips memiliki Perniagaan SOHO sendiri. Mesti bestkan kalau kita ada small office sendiri di rumah. (Semakin berkobar-kobar nak jadi WAHM!!)


Mengapa pilih Perniagaan SoHo? 

Kerana kos overhead dan pengendalian yang amat rendah dan kebolehan mencapai pelanggan yang lebih besar dengan teknologi sedia ada seperti Internet & handphone.



Tips memiliki SoHo sendiri;

1- Persedian mental dan fizikal. Dimana kita perlu sentiasa bersedia. Perniagaan bukan selalunya maju dan tinggi permintaan. Perniagaan ada pasang surutnya. Jadi, kita perlu bersedia dengan beberapa plan agar kita sentiasa dapat capai target jualan. Selain itu, suami juga perlu mamainkan peranan yang penting. Kerana, seawal pembabitan seorang suri rumah dalam dunia perniagaan SoHo, wanita itu sendiri masih perlu belajar cara menyesuaikan diri dengan perniagaan WAHM. 

2- Sentiasa menuntut ilmu. WAHM perlu sentiasa menuntut ilmu yang berkaitan dunia pernigaan agar pengurusan perniagaan dan juga pengurusan rumah tangga anak-anak dan suami semuanya berada dalam keadaan teratur. Jangan sibuk menguruskan perniagaan, hal rumah tangga terabai dan jangan pula sibuk uruskan rumah tangga, segala tuntutan kerja pula tergendala. Jadi perlu bijak membahagi masa dan mencari ilmu berkaitan perniagaan yang di ceburi.
 
3- Fokus & berdisiplin pada perniagaan yang kita jalankan. Sememangnya memiliki ruang SoHo adalah sesuatu yang mengembirakan hati. Bukan sahaja boleh masuk ke SoHo hanya dengan pakai baju kelawar ataupun berkain batik. Tetapi, waktu kerja kita juga fleksibiliti. Terpulang pada kita ingin masuk pejabat pukul berapa dan keluar dari pejabat pukul berapa. Seeloknya..perlu ada jadual masa seperti kita di alam persekolahan dulu. Ini semua supaya kita lebih bijak mengurus masa bekerja dan menguruskan anak. Kalau kita tak ikut 100% jadual, sekurang-kurangnya kita ada guide line apa yang ingin di lakukan setiap hari.

4- Pilih ruang yang sesuai untuk SoHo anda. Perlu kenal pasti ruang dalam rumah yang sesuai untuk d jadikan ruang kerja. Ruang SoHo tidak semestinya perlukan ruang yang luas. Tidak semestinya sebuah bilik. Ruang bawah tangga, ruang di atas loteng rumah, ruang kecil dalam bilik tidur juga boleh di jadikan ruang SoHo. Apa yang penting adalah keselesaan dan ruang kerja mampu membangkitkan mood semangat untuk bekerja.

5- Pemilihan perabot yang bersesuaian dengan ruang kerja sedia ada. Maksud ruang disini,size meja kerja seharusnya bersesuaian dengan ruang yang ada. Kerusi yang bersesuaian dan peralatan lain untuk menempatkan fail-fail kerja serta peralatan kerja yang lain. Perlu ukur size sebenar perabot yang bersesuaian dengan ruang yang ada sebelum membeli perabot untuk setup SoHo.

6- Jika ruang SoHo adalah terlalu terbuka, contoh di tempatkan di ruang tamu rumah..keselamatan SoHo juga perlu di titik beratkan. Contoh, perlu sediakan sekurang-kurangnya satu laci ataupun ruang penyimpanan berkunci. 

7- Ruang SoHo WAHM sesuai di letakkan di ruang atau tempat yang memudahkan kita melihat pergerakkan anak-anak. Jika SoHo anda di dalam bilik, pastikan sediakan juga ruang untuk anak anda bermain dan tidak menggangu anda bekerja. Bijak memilih ruang untuk keselesaan kita sebagai WAHM dan juga keselesaan untuk simanja kita.
Amacam? bestkan?? Dekat bawah ni ada beberapa idea Ruangan SOHO yang fa google:
Ya Allah Permudahkanlah setiap urusan ku untuk mencari rezeki yang halal. Sekiranya Rezeki ku Jauh maka Dekatkanlah. Jadikan aku seorang yang bersungguh-sungguh mencari rezeki dengan keredhaan Mu. Sesungguhnya Kaulah Maha Pemberi Rezeki & Maha Mengasihani - Amin-
**************************************
Nak dapatkan produk Shaklee dengan  mudah boleh contact Fa. Fa ialah pengedar dikawasan Sri Petaling , Bukit Jalil dan Kawasan sekitarnya. Untuk Weekdays boleh juga COD di KLCC.
Jadi sesiapa ingin dapatkan produk ini dengan segera boleh call/whatsup/SMS di 012-3841916 atau 010-2322134.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...