Nuffnang

Showing posts with label AIRIS 7 BULAN. Show all posts
Showing posts with label AIRIS 7 BULAN. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

RESEPI BAYI : STOK & PUREE AYAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Fa dapat cara buat ni dari blog Ummierna. Stock atau puree ayam ni boleh guna masa masak bubur sebagai salah satu bahan dalam bubur baby anda selain jadikan sebagai bahan perisa. Senang tak payah tunggu ayam nak lembut & masak. Campak je dalam bubur nasi..tunggu bubur masak.hidang dah boleh makan.


1) Ayam tu ambil yang isi je. Basuh & cuci bersih-bersih. Fa siap cuci dengan tepung supaya hilang bau hanyir ayam.


2) Rempah 4 sekawan (Bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis & pelaga) & sebiji bawang besar. (ada yang guna bawang kuning) Kalau suka boleh letak celeri sebatang. Masa buat stock ni fa tak letak celeri. Lupa nak beli.


3) Rebus semua dalam periuk sampai ayam masak.


4) Lepas ayam dah masak, asingkan ayam dan semua bahan-bahan perisa. Ambil isi ayam, sikit air rebusan & sikit celeri blend sampai lumat.


5) Bekukan. Dah siap! 
Air rebusan yang lebih tu boleh jugak simpan sebagai stock untuk masak bubur nanti.
(gamba kat atas tu puree yang fa dah siap bekukan & transfer bukas untuk simpan dalam freezer)

Selamat Mencuba :)

Sharing Is Caring


Sunday, August 24, 2014

Resepi Bayi 7 dan 8 Bulan : Pasta & Bubur Oat

Hari ni fa nak kongsi resepi pasta & Oat. Kalau baby dah lepas 7 bulan tu dah boleh makan benda lain selain bubur nasi. Macam Airis memang faveret dia bubur nasi tapi macam selalu sangat makan bubur so fa pun cuba cari resepi lain nak bagi dia makan.

1) Pasta Stars Heinz

Pasta bentuk bintang ni fa beli kat pasaraya jenama Heinz. 

Heinz baby pasta stars (7mth++)
Pasta ni nak masak sama je macam masak Spageti cuma fa pastikan pasta ni masak betul-betul lembut supaya senang nak lenyek time bagi airis makan sebab airis takde gigi lagi & bagi jangan tercekik. 
Masak dalam periuk sampai kembang & lembut
Lepas kembang & masak, sejukkan sekejap. Then boleh lah buat sup/gravy/sos untuk pasta ni. Macam fa, sebab fa belum lagi kenalkan Airis dengan tomato + tomato takde, yang ada cuma puree carrot, jadi fa gaulkan je puree carrot dengan pasta ni. Bau memang menyelerakan. Airis suka pasta. Lain kali boleh tukar-tukar bubur nasi dengan pasta kasi tak berapa bosan.

Pasta dah masak sebelum letak puree carrot.
Selain puree carrot, boleh je letak puree lain-lain dengan pasta ni. Kalau buat pasta sup lagi sedap kan. Sup sayur ke, sup ikan ke, sup ayam ke baru selera anak nak makan. :)

2. Bubur Oat dan kurma kismis
Masuk je bulan ke 7, fa dah siap-siap google resepi bubue oat. Oat ni kaya dengan vitamin & baik untuk baby. Fa pilih rolled oat organic. Ada je yang fa baca guna Quaker Oat. Mana-manalah boleh je.


Kenapa Rolled Oat bukan oat biasa? Sebenarnya mana-mana oat sama je, cuma rolled oat ni saiz dia besar sikit dari oat yang biasa dan perlu dimasak. Fa prefer yang masak dari oat segera. Tapi kalau nak travel boleh beli Instant Organic Oat. Letak air panas jimat masa kan, tak perlu masak-masak.

Sama macam Brown Rice, Oat ni kalau nak masak kenalah rendam semalaman untuk memudahkan proses penghadaman bayi. Lagi pun oat atau beras yang dah direndam akan jadi lembut sikit. Tapi fa rendam tak lah semalaman. Sekejap je memula tu. Ok lepas ni rendam semalaman sebelum nak masak esoknya.

Masak sampai kembang

Kurma & Kismis tu cuci dan rendam dalam dalam air panas 5 minit, masukkan dalam oat yang tengah masak, masak sekali sampai kurma & kismis tu sebati dengan oat. ( Kurma buang biji & kulit ambil isi sahaja)


Bila dah masak, sejukkan dan blend sampai halus. Oat ni memang likat sikit. Kalau rasa macam likat sangat boleh letak air masak atau susu ibu.

Rupa oat kurma kismis lepas blend

1st time makan oat ni muka airis pelik-pelik sikit. Makan pun lambat je. Tapi bila dah dua kali makan dia dah boleh terima sikit. Selain Kurma & Kismis, boleh je campur dengan puree buah lain. Mangga ke,epal ke pear ke kan kasi lain-lain rasa supaya baby tak bosan.

Jangan terkejut tengok baby lancar je pembuangan dia. Airis lepas makan oat ni mesti buang air besar. Selagi yak yak dia tak cair sangat & kerap sampai kembung perut maknanya baby anda lulus ujian makan Oat.

Ok nanti fa share lagi ye.
Happy reading :)

Sharing Is Caring.

DAPATKAN GLA SHAKLEE SEKARANG!
BUY 6 FREE 1 (Boleh kongsi dengan kawan-kawan dan saudara mara tak rugi pun..untung lagi ada..heheh)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Friday, August 1, 2014

Cara Persediaan Makanan Bayi untuk Berjalan Jauh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Memang pening kepala kalau fikir nak balik raya tapi macam mana nak prepare makanan Airis? Yelah kat kampung sibuk nak masak kat dapur orang ramai lagi macam mana nak uruskan makanan Airis?

Benda yang kena prepare dan perlu ialah:

1) Food Jar / Termos
2) Cooler Bag
3) Ice pack
4) Warmer
5) Botol Air - Air masak
6) Biskut Bayi
7) Slow Cooker

Sebab Airis hanya makan bubur nasi dan puree homemade, benda pertama yang fa kena cari ialah FOOD JAR/ TERMOS. Ok food jar atau termos ni untuk fa simpan bubur airis bila dalam perjalanan agar bubur tu sentiasa panas-panas suam. Elakkan dari bubur tu rosak atau basi.


Food jar jenama First Choice
Kalau beli jenama Termos tu dah sah-sah memang bagus dan mahal. So masa fa jalan-jalan dekat supermarket Giant, Fa usha-usha gak Food Jar dekat situ. Nak berbudget punya pasal, fa capai Food Jar Jenama "First Choice" (Rm20++) Nama pun yang budget kan, malam tu fa cuba letak air panas dalam tu nak tengok berapa lama food jar tu boleh tahan panas. Menakjubkan sebab memang panas sampai sahur. Lepas tu fa cuba pulak letak air sejuk memang sejuk sampai petang! Memang alah membeli menang memakai.

Puree untuk stok seminggu fa letak dalam plastik storage untuk jimat ruang dalam freezer dekat kampung nanti.

COOLER BAG ni sangat membantu kalau katakan lah sampai kampung fridge penuh takde tempat nak simpan puree beku. Puree beku dalam cooler bag boleh tahan 24Jam. Fa bawa kiub-kiub puree tu memang cukup-cukup untuk stok seminggu. Bubur Airis selalu fa masak untuk makan sehari, paling lama pun takat makan 2 hari. Jadi puree tu akan kerap guna untuk bubur. Kenapa puree bukan sayur fresh? Tak kesah lah, tapi sebab fa masak guna slow cooker, fa rasa lagi senang kalau guna puree. Campak-campak siap. tak payah dah nak blend-blend.

Kalau ada Cooler Bag, mesti ada Ice Pack kan? Ice Pack tu sangat membantu jugak. Fa guna Jenama Autumz je. Boleh beli kat kedai-kedai baby atau cari je ice pack yang dalam botol bersepah jual kat supermarket. Yang tu tahan lama sikit kot dari paket-paket macam ice pack Autumz.



Kegunaan Warmer sangat membantu bila kita travel jauh. Cari warmer yang boleh plug-in dalam kereta. Macam fa guna warmer jenama Autumnz. Masalah warmer ni yang sampai sekarang fa rimas ialah pemanasan ambil masa lama. Kalau untuk panaskan Breast Milk mungkin oklah sebab nak panaskan breastmilk kena suhu yang betul. Kalau bubur nasi tak kesah suhu camne janji suam-suam panas untuk bagi bayi makan. Kalau kat rumah, fa lebih suka panaskan makanan Airis dalam air panas je, lagi cepat. Tapi kalau susah nak cari air panas time tengah kelam kabut kat rumah tu, fa makesure panaskan makanan Airis awal sikit sebelum time makan dia.


cara panaskan tanpa guna warmer
Warmer tu kena pastikan yang boleh plug-in dalam kereta. Maknanya kena ada connector yang boleh cucuk kat Car Lighter dalam kereta. Satu lagi Warmer Auntmnz plug dia bulat, jadi sebelum balik kampung atau pergi travel tu pastikan anda bawak extension plug supaya tak kelam kabut nak mencari nanti.
Ehsan-Google
Fa kalau pergi mana-mana mesti bawak satu botol besar air masak. Ye lah, sekarang airis dah start makan, jadi dah boleh beri minum air masak. Fa memang letak siap-siap dalam botol susu dan bawak spare satu botol besar supaya kalau habis je boleh refill. Ni ikut pengalaman fa balik kampung langsung takde air masak. yang ada cuma air filter. Takan nak bagi baby minum air filter kan? Nasib time tu ada air zam-zam. Kalau sempat boleh je sejukkan air panas sebelum nak bagi baby makan. Tapi cara yang paling senang, bawak je dari rumah siap-siap.

Airis memang makan bubur nasi & puree home made. Sesetengah ibu-ibu yang fully breastfeed baby dia tak gemar nak beri anak dia Nestum atau Cerelac sebab manis & ada kandungan susu lembu dalam tu. Sebab kita dah biasa BF baby kita kan, jadi baby mungkin tak biasa dengan rasa yang terlalu manis & ada baby yang alergi dengan susu lembu.

Tapi sebab Airis ni suka makan, suka nak kunyah-kunyah benda, kalau travel jauh-jauh atau pergi jalan mana-mana takkan nak harapkan bubur nasi kan? kadang-kadang airis bukan nak makan pun dia cuma nak mengunyah. So fa try beli Biscotti Heinz. Kenapa bukan RUSK? Rusk ni texture dia keras sikit dari Biscotti. Fa dah try bagi rusk tapi airis macam tak suka sangat. Tapi fa beli juga sebab sebelum balik kampung tu semua supermarket takada stok biscotti. Rusk tu kalau pergi beraya rumah orang, fa akan bancuh dengan air panas jadikan macam nestum. Nak bagi kenyang kan. Tapi tak selalu lah. Kalau terdesak je baru bagi.

So far airis takde masalah makan Biscotti atau rusk. Alhamdullilah. Jadi ibu-ibu sebelum bagi tu cuba sekeping dulu ye tengok tahap penerimaan dan alergi anak anda.


Last sekali SLOW COOKER. Kegunaan Slow cooker ni kalau nak masak bubur senang tak payah guna stove. Slow Cooker fa turun temurun memang slow sangat. Selalu fa akan letak beras, puree dan air dalam slowcooker tu waktu malam esok pagi dah siap masak. Tapi slow cooker sekarang ada je yang ambil masa cuma 30 Minit je untuk masak. Lepas siap masak, sejukkan fa transfer dalam tupperware dan simpan dalam peti sejuk.


Fa hope apa yang fa share dekat sini dapat bantu sedikit sebanyak supaya ibu-ibu tak pening kepala nak fikir cara nak prepare makanan baby untuk travel. Nanti fa share cara fa buat bubur Airis yang tak ambil masa lama untuk masak bagi menjimatkan masa dan buat beras tahan lama.

Sharing Is Caring.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Cara senang dan cepat masak Bubur Bayi 7 Bulan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Fa nak bayar balik entri yang fa dah janji lama nak share. Actually nak masak bubur bayi ni macam-macam. Masa mula-mula fa buat dulu, fa masak pakai api dapur. Fa ni memang tak pernah lulus masak bubur. Mesti tak cantik je rupa bubur tu. Nasib lah bubur airis ni fa masak pastu blend so takdelah nampak buruk sangat.

Masa masak bubur tu, fa campurkan carrot dan ikan bilis. Pastikan ikan bilis tu buang tulang dia supaya tak terkena kerongkong baby. Sian baby tau. Lepas dah masak, masa nak blend tu, blend sekali dengan kismis (kismis tu fa rendam dengan air panas) Memang banyak step. So fa tanya lah kawan-kawan macam mana nak mempercepatkan lagi process buat bubur ni dan jawapan dia guna Slow Cooker.

Bunyi Slow cooker macam slow je kan, memang slow sebab fa punya ni turun-temurun zaman adik fa baby lagi. Slow cooker fa ni semalaman baru masak. Tapi korang boleh cari yang moden sikit dekat kedai-kedai letrik. 30 minit je dah siap masak bubur korang tu.

Fa guna beras perang wangi jenama Jasmine. Kalau korang tak jumpa, boleh je campurkan beras perang dengan beras wangi. Nak guna beras perang semata pun boleh atau nak guna beras biasa, mana-mana tak kesah pun. Cuma beras perang ni khasiat dia lagi banyak dari beras biasa. Lagi satu sebab nak bubur tu wangi je kasi baby selera sikit makan tu kena campur beras wangi.

Jasmine Fragrant Brown Rice - Rm 7.05 1KG
Cara nak simpan beras supaya tahan lama ialah dengan sangai beras tu. Sangai ni maksud goreng tanpa minyak. Cuci sampai bersih dan toskan beras dan sangai. Fa sangai sampai keluar bau beras tu jangan sangai sampai hangus pulak ye.


Lepas sangai beras sejukkan dan blender. Fa guna blender kering.


Lepas dah blend ayak beras tu supaya dapat texture yang halus. Mana yang kasar tu fa blend lagi. Tapi fa tinggalkan sikit yang kasar campur dengan yang halus supaya bubur airis ade sikit texture takde lah halus sangat kan. Sebab Airis pun dah besar. Tapi ikut korang lah, boleh je kalau nak blend kasi halus macam tepung.


Lepas dah selesai boleh lah simpan dalam bekas kedap udara. Fa buat untuk stok seminggu. Agak-agaklah berapa genggam beras nak sangai. Seingat fa, 5 genggam kot beras fa sangai. Ok tujuan fa blend beras supaya masa masak bubur tu dah tak payah blender lagi. Beras yang dah masak tu memang sah-sah halus dah, lagipun dapat mempercepatkan masa memasak kalau korang guna dapur masak.


Cara nak masak memang senang, Fa letak 2 scoop beras (3- 4 sudu besar) beras dalam slow cooker, Masukan apa-apa puree beku, Ikan bilis dan air. Tunggu masak sejukkan dah boleh bagi bayi korang. Senangkan? Air tu fa agak je. Macam slowcooker fa yang antik ni fa letak separuh periuk air.

Ok dah tau basic masak bubur bayi kan? Nanti fa share resepi bubur lain pulak. Selain ikan bilis, fa pernah campur ayam. Tapi ayam tu masak dulu & buat puree ayam. Nanti fa ajar macam mana fa buat ye. So far cara ni menjimatkan masa dan mudah. Korang boleh cuba lepas ni ye.

Sharing Is Caring

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Sunday, July 13, 2014

Perkembangan Bayi 7 Bulan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdullilah, dah 7 bulan dah Airis. Macam tak percaya je, lagi 5  bulan nak setahun!! Seronak dia dah 7 bulan ni. Menu pun dah boleh tukar tapi masih tak lari 4 day rule tu ye. Jom kita tengok perkembangan Airis 7 bulan.

Perkembangan Bayi 7 Bulan.

Melonjak-lonjak
Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak. Malah, dia boleh duduk tanpa diampu dengan tangannya (dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek.

Dia mungkin boleh juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas sambil mengampu dengan lengannya.

Nota Airis : Semenjak airis ada Jumperoo ni, dia memang suka lompat-lompat. Semangat dia melompat. Yang penat orang yang kena pegang dia time melompat tu. Airis pantang dengar lagu 1 2 buckle my shoes, start lah dia melompat. Happy sangat!!!
 

Belajar memegang
Kemahiran motor halus bayi anda juga akan berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa suasana rumah lebih riuh dari biasa sebab dia sudah tahu betapa seronoknya melentung-lentungkan objek.

Untuk menggalakkan aktiviti motor halus, letakkan alat mainan jauh sedikit dari capaian bayi anda dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepadanya – tapi elakkan dari memberi alat mainan itu. Sebenarnya, dia cuma melepaskan perasaan geram dan dalam sedikit masa akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan fizikalnya jika anda tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi terlalu mudah.

Lazimnya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya semula. Ini sudah tentu akan memberi galakan kepadanya dan dia akan mula menggoyangkan badannya ke hadapan dan ke belakang diampu oleh tangan dan kakinya, dan dia juga mungkin akan merangkak atau berguling-guling untuk bergerak sampai mengelilingi bilik.

Bantulah penerokaan dan pergerakan bayi anda dengan memastikan pakaiannya longgar dan selesa.

Nota Airis : Sekarang semua benda dia nak pegang.. nak sentuh. Handphone fa memang faveret dia. Pegang letak pegang letak. 
Airis memang cepat gaveup kalau fa tak beri dia galakkan untuk ambil sesuatu yang jauh dari dia. Sebab airis meniarap mengundur, belum maju kedepan lagi.Makin lama makin kebelakang. Tapi airis dah mula angkat-angkat punggung dan tegakkan badan dia. Mungkin lepas ni kena kerap bagi galakkan kat dia supaya dia cepat maju kedepan.

Tumbuh gigi
Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian.

Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar.

Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya.

Nota Airis : Sebenarnya dari dia 5 bulan fa dah rasa Airis dah tumbuh gigi walaupun tak nampak apa-apa pun. Airis sekarang suka mengigit, air liur bertambah banyak yang keluar, cuma belum nampak tanda-tanda gigi dah keluar. fa cuba bagi Airis sebiji kurma yang dah rendam & buang kulit luar dan buang biji, dia boleh gigit kurma sampai habis. (pastikan anda suapkan kurma tu dalam mulut bayi anda untuk elakkan tercekik)  Airis suka buat bunyi-bunyi pelik. memang riuh saru rumah dengan suara dia.

Menguji autoriti anda
Menjelang waktu ini, anda mungkin telah cuba memberitahu bayi anda bahawa telefon itu bukanlah satu alat mainan. Atau mungkin di rumah anda, anda sering mengingatkan bayi bahawa mainan kelentungnya tidak boleh dicampakkan ke muka anda.

Sebenarnya, pada usia ini, bayi anda sedang menguji autoriti anda, dan dia akan melakukan semua ini tanpa mematuhi arahan atau rayuan anda. Sekiranya bayi anda membantah, ini tidak bermakna dia enggan patuh atau dia berdegil – malah dia menggunakan sifat ingin tahunya dan juga telah tidak mengingati larangan anda sebab dia tidak boleh mengingati sesuatu itu untuk lebih daripada beberapa saat. Taktik terbaik ialah bagi anda menyatakan ’tidak boleh’ dan kemudian mengalihkan perhatiannya.

Nota Airis : ohhh yes! HP & tablet memang benda yang dia faveret sangat. Walaupun fa pernah cuba sorokkan HP & tablet dari pandangan dia, dia akan mengamuk, merengek. Cara yang berkesan, gantikan dengan benda lain yang boleh buat dia leka atau masa dia merengek tu fa bawak dia keluar tengok burung, kucing. senyap lah dia.
Tapi serius fa cakap, Airis memang suka dengan HP&Tablet! haisss


Perasaan tak senang ketika berpisah
Jika bayi anda sudah memperlihatkan yang dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya, dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian.

Anda akan berasa serba salah sama ada hendak mendukung dan membawanya tidur bersama anda atau anda harus menghiraukan nasihat orang bahawa ini akan membuatkan bayi anda terlalu manja. Jangan risau: tidak menjadi masalah jika anda kadang-kala mengikut kehendak bayi anda dan membawanya tidur bersama anda – tetapi janganlah selalu sangat.

Apabila kebimbangan berpisah sudah tiada, anda boleh mengajarnya semula untuk tidur dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidur bersama di katil keluarga sudah tentu anda akan sentiasa berdekatan dengan bayi anda pada waktu malam.

Keengganan bayi anda untuk berpisah dengan anda memang menggembirakan tetapi pada masa yang sama, boleh membuntukan akal juga. Dalam hal ini, amalan yang baik ialah bagi anda mengisikan bakul dengan alat-alat mainannya dan membawanya – bersama-sama bayi anda – dari bilik ke bilik apabila anda hendak menghabiskan kerja rumah; dengan cara ini anda boleh sama-sama berseronok dengan bayi anda.

Nota Airis : Airis memang tak boleh berenggang lama dengan fa. Airis memang tidur dengan fa, tapi kalau dia perasan bila fa tak ada dekat sebelah waktu dia tidur, memang dia akan menangis. Macam tu jugak kalau waktu siang hari, actually fa rasa Airis just taknak tinggal seorang. Dia nak orang ada depan dia. Tapi fa selalu letak dia dalam jumperoo, pasang cite Mickey Mouse Club House leka sekejap boleh lah fa buat kerja-kerja rumah.


Kemahiran mengenal
Sekarang bayi anda sudah boleh bermain sorok-sorok dan tahu bahawa patung dalam mainan "jack-in-the box" akan timbul apabila lagu tamat. Bayi juga boleh mengecam nada suara dan perubahan dalam nada suara dan mungkin akan menangis jika anda bercakap kuat.

Nota Airis : Airis memang suka kalau buat fa agah-agah dia. Dia akan tunggu kiraan sampai 10 sebelum kena geletek. Airis jugak akan menangis meraung bila fa tinggikan suara dekat dia bila dia nakal.

Memahami bagaimana objek berhubung kait
Bayi anda mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam cermin itu adalah anda.

Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya.

Nota Airis : Setakat ni airis suka reflection dekat cermin, & suka dengan baa-chak!! dia jugak mula tunjuk minat pada satu-satu perkara dan perhatikan sesuatu pergerakan dengan lama macam fikir macam mana benda tu jadi.
 

Patung dan permainan yang menyeronokkan
Bayi anda seronok bermain mainan yang sama berulang-ulang kali sebab dia suka perkara yang boleh diduga. Selain main sorok-sorok (rujuk di atas), cuba masukkan juga mainan klasik seperti lari-lari keliling taman dan tepuk-kuih tepuk-kuih (patta-cake patta-cake) ke dalam senarai mainan anda.

Pada usia ini, bayi-bayi juga cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya dan merupakan objek sekuriti baginya sehingga mainan itu bergelumang air liur dan dibawanya bersama-sama ke mana-mana sahaja. Jika anda membeli mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar.

Jika bayi anda mempunyai alat mainan kegemarannya, anda akan mendapati bahawa pepatah "semudah mengambil gula-gula daripada bayi" tidak benar lagi. Walaupun dahulu agak mudah untuk mengambil barang dari genggamannya, kini anda mendapati bayi akan membantah dengan kuat semasa anda mengambil alat mainan dan apa jua barang daripadanya.

Nota Airis : Selain HP, airis suka & obses dengan sikat minni mouse dia. Dia akan leka if fa bagi dia pegang sikat tu time nak tukarkan pampers atau pakaikan baju. Mudahkan kerja fa jugak lah. Selain sikat minni mouse tu, airis suka dengan mainan kain dia yang bunyi-bunyi bila dipicit & teether. Airis akan mengamuk bila kita ambil mainan dia dari gengaman dia.


Sumber : http://www.babycenter.com.my/a1033303/perkembangan-bayi-anda-semasa-usia-7-bulan#ixzz37FgDRSiJ
 

Saturday, July 12, 2014

Food Feeder untuk bayi mudah makan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam punya cerita. Fa tengah blogwalking untuk cari resepi bubur Airis. Hari ni Airis dah masuk 7 bulan. Alhamdullilah, Semalam Airis tak boleh tidur sampai pukul 4 pagi tak tahulah ape sebabnya. Tapi dok isap-isap jari macam lapar. Ke happy dah masuk 7 bulan?

Tapi bila tringat petang semalam memang bagi airis puree carrot tapi satu cube je. macam sikit & nampak airis macam nak lagi, cuma fa panaskan satu cube je masa tu. selalu 1 cube beku tu boleh dapat setengah mangkuk tapi semalam nampak macam sikit. Maybe masa fa buat beku tu tak penuh satu cube kot. haiss. Malas nak panaskan lagi sebab nanti dia tak habis pulak.

Sebab tu blogwalking cari resepi bubur sebab mungkin airis dah perlu makan bubur sebab badan dia yang montel tu mana cukup setakat puree carrot kan? Kalau bubur tu kan nasi, kenyang sikit lena tidur jugak nanti. Nanti fa share resepi bubur nasi Airis ye.

Masa blogwalking tu lah fa tahu pasal FOOD FEEDER. Ya Allah.. kenapalah baru hari ni tahu pasal food feeder ni? Kalau tau dari dulu tahu kan bagus. Senang sikit nak leka kan dia kalau bawak pergi makan kat luar atau time kami makan takde lah airis bosan tengok kami makan kan? lagi pon food feeder ni elok untuk elakkan anak tercekik masa makan..

Food feeder ni bentuk dia macam punting, cara nak pakai senang je, masukkan buah,sayur,ikan atau ayam dalam punting tu, bagi kat baby, baby gigit sampai kuar kat lubang-lubang kecik kat punting tu. Faham tak??
Food Feeder "kidsme"  


Cara guna Food feeder Kidsme - Sumber google
Food Feeder ni boleh beri pada bayi seawal 4 bulan. Memandangkan Airis dah 7 bulan, kuat menggigit, fa pun gigih google mana nak beli food feeder ni.

Food feeder ni ada macam-macam jenis, macam yang fa attached atas tu jenama Kidsme. jenama yang popular gak lah orang beli. Punting dia jenis silikon. Kalau tak suka silikon boleh pilih jenama lain yang gunakan kain macam jenama Munchkin.

Food Feeder "munchkin"
Cara guna food feeder "Munchkin"-sumber google
Fa pilih Kidsme, sebab fa rasa punting silikon tu lebih praktikal & senang nak cuci. Punting tu pon boleh ganti.Fa beli kat online je. Fa beli kat Baby Shop For Mommies harga RM29.00.

Kidsme pon ada yang set sekali dengan chain yang boleh klip kat baju (so takdelah jatuh ke bawah kalau anak jenis suka baling-baling benda) & sekali dengan storage yang sesuai untuk travel. Tapi fa beli single je add satu lagi punting silikon extra saiz L (sesuai untuk 6 bulan++)

ok nanti fa buat review pasal food feeder kidsme ni ye. Nak masak berbuka dah. Selamat berbuka semua. :)

baby kunyah Food feeder- Google

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...