Nuffnang

Saturday, April 27, 2013

First Trimester - Tanda-tanda Saya Hamil.

Salam Semua.

Kalau kita google "Tanda-Tanda Awal Kehamilan" banyak juga tanda-tanda awal kehamilan ni. Ni yang fa alami sebelum fa disahkan Hamil:
  1. Missed Period.(Yang ni memang tak dinafikan lagi. Fa lewat 4 hari sebelum pregnancy test fa positif)
  2. Mual dan loya.( Fa tak pernah pula rasa loya atau mual )
  3. Sakit dan tegang buah dada ( YES! It's true 100%. Rasa macam nak datang bulan. Cuma lagi sakit sampai mood tak ada)
  4. Berasa letih dan Mengantuk. (Dalam kepala ni fa nampak bantal & tilam. Kadang-kadang macam nak pergi surau je tidur kalau kat office. Selalu sepanjang pergi office atau balik dalam kereta fa mesti tak tidur. Borak-borak dengan en.suami, nyanyi-nyanyi tapi lately fa memang mengantuk & memang tidur dalam kereta - kesian en suami cakap sorang-sorang)
  5. Sakit Belakang : (YES! fa rasa kesakitan yang teramat sangat dekat belakang - macam nak datang bulan. Duduk lenguh. Tidur pon tak selesa. Fa alaskan bantal dekat belakang untuk selesakan fa tidur. tu pon still tak boleh tidur. 3 hari fa cuma tidur 2 jam je.. Esok kat office fa terhangguk-hangguk mengantuk)
  6. Sakit kepala & sentiasa Muram : (Seingat Fa tak ada pulak fa rasa sakit kepala awal-awal, muram pun tak ada.)
  7. Rasa lapar yang berpanjangan : ( Yang ni memang! Pelik juga kan, selalu lepas minum ESP , sebelum lunch tu mesti tahan sampai lunch. Kalau tak kerja fa minum ESP untuk gantikan lunch tapi lepas minum ESP fa siap boleh makan nasi & roti sebab lapar sangat & rasa nak makan)
  8. Perubahan warna pada keliling payu dara : ( Tak perasan lagi.. mungkin bila dah 2-3 bulan baru nampak kot?)
  9. Kekerapan kencing : (setiap 5 minit mesti pergi toilet. Kadang-kadang baru keluar toilet masuk balik sambung kencing)
  10. Sakit perut yang teramat sangat : OK tanda yang ni jarang-jarang fa baca tapi memang fa alamninya. Mula-mula memang ingat nak datang bulan. Sakit yang macam sengugut, macam cramp siap pakej dengan membuang. Memula ingat salah makan. Seminggu jugak la fa sakit perut- sampai la sekarang. :(
  11. Mengidam : (Nope. Fa tak mengidam apa-apa pun. Tekak pun tak rasa apa-apa. Pahit tak, tawar tak cuma fa nak minum air je banyak-banyak sebab tekak rasa kering)
  12. Suhu badan naik : (yang ni fa rasa bila 3 hari lewat datang bulan. Memang time malam tu badan rasa panas. Tapi tak ada pulak fa nak chek suhu badan. Cuma fa kerap minum air)
  13. Rasa Basah dekat mis v : Selalu ingat datang bulan. Tapi tak pun. Rasa tak selesa je kat Mis V.
  14. Urine Test POSITIVE! : Bila dah rasa semacam dengan tanda-tanda semua kat atas tu, fa buat urine test hari ke-4 sepatutnya datang bulan, Alhamdullilah, Fa hamil :)
Jadi bermulah la chapter baru dalam kehidupan fa & En.suami. Fa dah bersedia nak jadi ibu & tak sabar nak merasai apa yang ibu-ibu dekat luar sana rasa. Semoga Allah mudahkan & berkati segalanya. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...