Tadi dekat Wanita Hari Ini fokus isu "Mengidam" ... leka sat fa tengok tv .. topik menarik tau. Selalu orang mengandung je dok mengidam ni tapi ada juga yang tak mengandung mengidam. Macam-macam pulak tu mengidamnya.. ada yang mengidam makan sabun, makan ubat gigi...sampai tak tercapai dek akal kalau difikirkan.
En.Suami pernah tanya satu hari tu... dia pelik kenapa orang mengandung semua dok mengidam makan itu ini, tapi isteri dia ni macam relax je.. dia tanya lagi.. orang mengandung muntah-muntah tapi isteri dia relax je... fa hanya mampu mencebik je la.. hanya Allah je yang Maha Mengetahui..
Sepanjang kehamilan, en.suami sangat sibuk. Fa hanya jumpa dia malam je itu pon dah lena tidur. Siang fa bekerja..dia pun bekerja.. Kalau nak sebut tentang mengidam, memang macam-macam yang fa mengidam. Hanya kawan baik fa masa tu yang sangup melayan mengidam fa ni. Hanya orang-orang opis masa tu yang bantu fa dapatkan apa yang fa mengidam.. Allah rindu betul staff-staff dekat TGV Cinemas HQ huhuhu
Alhamdullilah fa tak de lah nak mengidam makanan / benda pelik-pelik. Benda yang fa mengidam pon senang nak cari :) sekali je fa mengidam nak makan nasi ayam kunyit tapi nak yang dekat food truck nearby Ampang Park. Tapi sebab asik tutup je @ asik habis je, Rina kawan baik fa sanggup masakkan untuk fa. Walaupun tak sama rasanya..tapi habis jugak lah fa makan. Cuma akhir-akhir pregnant fa teringin nak makan durian, tapi tak dapat langsung makan. sebab masa tu tak musim kot.. aiskrim durian pon dan-dan tak jumpa masa tu..huhuhu then esok lusanya dah selamat bersalin.. memang tak dapatlah nak makan. Tapi sekarang airis pulak hantu durian. Dia cukup suka kalau dapat makan durian!
Sebut pasal morning sickness.. tipulah kalau fa bitau fa kuat melawan morning sickness tu sampai en suami tak perasan... Morning sickness fa berlarutan sampai bulan ke-5 .. Fa tak boleh nak bau masakan dalam rumah. Bau goreng-goreng semua tu mohon jauhkan.. memang uwekkk memanjang kalau bau. Tapi peliknya.. sepanjang fa pregnant, suami asik nak masak je kerjanya.. masak yang goreng-goreng pulak tu T.T .. ayam goreng, nasi goreng, sambal.. semua lah yang bergoreng.. memang fa lari masuk bilik, selubung dalam selimut .. spray satu bilik dengan pewangi kasi tak bau.. Sebab tu kot en.suami tak sedar yang isterinya ni mabuk teruk. Satu lagi bau nescafe! Mungkin sebelum pregnant kegilaan fa ialah nescafe.. memang hari-hari kena minum. Bila pregnant ni dekat opis siapa yang buat nescafe fa boleh tau walaupun nun jauh kat hujung mejanya...
Ini antara yang fa ingat la.. memang seksa sebenarnya kalau diigat semula.. act ada yang berpendapat, morning sickness ni mental je.. kalau difikir sangat muntah la.. jangan fikir .. buat sibuk je.. serius, camne eh nak tahan morning sickness tu..huhuhu morning sickness ni disebabkan hormon dalam badan kita yang tak beberapa nak balance sebab peranakkan kita nak membesar. Ye lah kalau sebelum ni semua biasa je.. sekali ada budak semua nak membesar.. jadi hormon-hormon kita pon tunggang langgang la.. sama jugak dengan mengidam. Mengidam ni puncanya badan kita kekurangan nutrisi tertentu sepanjang kehamilan .. dan ianya berkaitan dengan hormon juga. Nak senang sila google ok fa pon bukan pandai sangat nak bercerita tentang ni.. hihihi
Anda macam mana pula? ade ke yang mengidam nak makan benda-benda pelik? Kalau ada meh la share.. hehhee
Sebab tu, pengambilan nutrisi yang cukup dan padat perlu sepanjang kehamilan. Bila perut membesar, baby membesar atleast kita perlukan dua kali ganda nutrisi berbanding masa kita tak pregnant.. pilihan fa semestinya Set Hamil Shaklee sebab semua dalam tu lengkap untuk ibu -ibu yang pregnant.
Tapi makanan sunnah, real food, healty food pon kena makan juga tau. Seimbangkan. InsyaAllah anda akan rasa sihat dan bertenaga sepanjang kehamilan.
Semoga ada rezeki fa untuk pregnant 2nd baby dalam masa-masa terdekat ni. Rindu nak share pengalaman pregnant lagi :)
===========================================
PENGEDAR SHAKLEE SRI PETALING, PENGEDAR SHAKLEE BUKIT JALIL, PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BESI, PENGEDAR SHAKLEE TASIK SELATAN, PENGEDAR SHAKLEE KUCHAI LAMA,PENGEDAR SHAKLEE OUG
Whatsapp/SMS/Telegram 012-3841916
Like us on Facebook : Finurz Creations
Follow us on Instagram : @finurz_creations
No comments:
Post a Comment