Nuffnang

Thursday, February 12, 2015

Resepi bayi 1 tahun : Puding Roti cinnamon sugar

Assalamualaikum & salam sejahtera

Bila airis dah masuk setahun, seronoknya dia dah boleh makan macam-macam & mamy dah boleh pelbagaikan menu dan perasa.

Alhamdullilah airis takde masalah makan sangat. Dia ade masa berselera dia akan makan banyak tapi biasalah budak nak membesar, aktiviti dia banyak, jadi makan pun kadang-kadang ikot mood.

Airis suka bubur, jadi kalau fa masak bubur, fa perbagaikan perasa dalam bubur tu.. sayur ikan ayam daging mix & match. But still walaupun airis dah stahun fa masih kurangkan garam dan kadang memang fa tak letak langsung garam & gula.

Sebab fa taknak bagi airis makan nasi 3 kali sehari (sebelum ni pagi thari petang malam - NASI!) jadi fa cari resepi yang sesuai untuk breakfast.

Resepi ni sebenarnya lain, tapi fa olah jadi lain & tengok barang ape yang available kat dapur.
Semalam fa baru beli ORGANIC MOLASSES SUGAR (gula organic yang kurang manis sesuai untuk baby) jadi boleh cuba buat resepi ni.


Puding Roti Cinnamon Sugar.
2 keping Roti gardenia (ape2 roti pon boleh)
1 telur
Sikit fresh milk
Cinnamon sugar (Organic molasses sugar + serbuk kayu manis)
Olive oil / unsalted butter

Cara-cara:
• Carik-carik kan roti kecik-kecik.
• Sapukan muffin cup dengan olive oil atau unsalted butter.
• Susun roti dalam muffin cup.
• Tabur sikit cinnamon sugar dan susun lagi roti sampai penuh.
• Pukul telur, fresh milk, sikit cinnamon sugar sampai sebati
• Tuang dalam muffin cup tekan-tekan sampai kena seluruh roti.
• Tabur baki cinnamon sugar atas roti.

Untuk kukus: kukus selama 10 minit atau sampai masak.
Untuk bakar : bakar dengan suhu 150' 20-25 minit sampai nampak roti tu garing dan masak.

Sejukkan dan hidang - siap!

Korang boleh je nak buat custard sos atau sapukan jem..tapi fa dah tak sempat nak buat. Lenkali fa share cara buat custart sos ye.

Resepi ni utk baby yang ade gigi, kalau yang takde gigi tu boleh blend roti dan kesemua bahan tadi pastu kukus 10 minit sampai masak.
Selamat mencuba :)

********************************************
Anak susah nak makan? Terlalu memilih makan? Berat tak naik-naik? 
Beri mereka MEAL SHAKES SHAKLEE!


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 bagi semenanjung & RM20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...