Nuffnang

Showing posts with label RESEPI BAYI 12 BULAN. Show all posts
Showing posts with label RESEPI BAYI 12 BULAN. Show all posts

Monday, March 23, 2015

Resepi Bayi 1 Tahun : Koleksi Resepi PT 1


Macam dah lama tak share resepi kat sini kan. Sebab Airis dah pun 1 tahun 3 bulan, soal pemakanan fa masak macam biasa je. Takde lah fancy-fancy macam-macam macam dulu. Tapi Airis still makan bubur nasi. Dia lagi suka bubur nasi berbanding nasi. Tapi kalau nasi goreng dia lagi suka.

Soal garam, fa dah start letak sikit sebagai perasa dalam makanan dia. Fa lagi suka gunakan perasa semulajadi macam batang celeri & ikan bilis (pengganti garam) , carrot & kurma (pemanis) atau boleh cari gula molases yang kurang manis. Fa terlalu sibuk, jadi fa tak sempat nak ambil gamba. Fa share je beberapa resepi tanpa gamba & hope korang faham lah ye..hihihi

================================================

BUBUR

1) BUBUR NASI & SUP DAGING
Bawang putih seulas
Bawang merah sebiji
Daging
Kentang - potong dadu
Batang celeri racik halus
Carrot/tomato - Potong Halus
Halia
Serbuk Habatus Sauda
Olive oil
Air
Masak bubur nasi dalam periuk lain. Jangan lembik sangat.

1) Tumbuk halus bawang merah, bawang putih & Halia
2) Panaskan sikit olive oil
3) Tumis bahan tumbuk & serbuk habatus sauda
4) Masukan daging goreng sekejap
5) Masukan Carrot, batang celeri dan kentang
6) Masukan air
7) Masak sampai daging empuk & kentang masak

Siap, senduk bubur dalam mangkuk dan tuang sup atau bubur.

=================================================

PASTA
Fa suka guna pasta corak comel-comel. Mula-mula fa beli animal pasta dekat tesco bahagian organik, lepas tu fa jumpa pasta Hello Kitty dekat Cold Storage. Tapi dekat cosway pon ada jual cuma lebih murah sikit dari cold storage.

1) SUP PASTA

Bawang merah
Bawang putih
Isi Ayam
Carrot
Olive oil
batang celeri
Habatus Sauda
Serbuk lada putih - optional
Air
Rebus Pasta sampai empuk

1) Bawang merah, bawang putih, Carrot, Batang celeri - Cincang halus (Fa guna speedy chopper) 
2) Panaskan olive oil tumis bahan cincang dengan habatus sauda sampai garing
3) Masukan air renehkan 
4) Tuang sup atas pasta.

** cuba try - bahan-bahan potong kasar blend sup yang dah masak sampai halus. Nanti kuah tu akan nampak pekat. Campur sikit tepung jagung. Jadi macam gravy :)


2) PASTA GORENG
Bawang merah
Bawang Putih
Isi ayam
Habatus Sauda
olive oil
kacang peas
Brokoli
Telur - optional

1) cincang halus bawang-bawang & isi ayam
2) Panaskan olive oil
3) Tumis bawang-bawang & Ayam dan  habatus Sauda
4) masukan kacang peas dan Brokoli
5) Pecah telur kacau-kacau tunggu sampai telur garing - optional
6) Masukan pasta yang dah rebus
7) Hidang

==============================================

BREAKFAST
Dulu fa selalu bagi airis makan bubur nasi 3 kali sehari - pagi, thari, malam. Jadi bila ada masa dan ada mood fa buat breakfast special untuk dia. Banyak lagi sebenarnya cuma fa share lain kali ye.

1) KENTANG SUMBAT
Bawang putih
bawang merah
isi ayam
carrot
kentang
cheese
olive oil

1) Kupas kulit kentang - potong dua.
2) Korek isi kentang bahagian tengah untuk buat  lubang/kawah - untuk sumbat isi
3) rebus/kukus kentang sampai empuk - sejukkan
4) panaskan olive oil
5) cincang halus bawang-bawang dan isi ayam
6) dadu kecik-kecik carrot
7) goreng semua sampai carrot dan ayam masak. Masukan sekalu lebihan isi kentang tadi
8) sumbatkan isi dalam kentang, letak cheese diatas dan bakar sampai (fa buat dalam 15-20 minit) 

2) BISKUT ROTI
Roti
Cheese
penekap biskut yang comel

1) Lapikan cheese dengan roti
2) Tekap
3) Bakar dalam oven sampai garing

===============================================



Untuk minuman pulak, fa selalu hidangkan Airis dengan yakult/ fresh milk/ segelas MEAL SHAKES Shaklee

Sebenarnya  banyak lagi resepi yang fa nak Share, nanti fa share ye dekat lain entry.
selamat mencuba - Sharing is Caring

********************************************
Anak susah nak makan? Terlalu memilih makan? Berat tak naik-naik? kerap demam?
Beri mereka MEAL SHAKES SHAKLEE!


=============================================== 
PENGEDAR SHAKLEE SRI PETALING, PENGEDAR SHAKLEE BUKIT JALIL, PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BESI, PENGEDAR SHAKLEE TASIK SELATAN, PENGEDAR SHAKLEE KUCHAI LAMA,PENGEDAR SHAKLEE OUG 

Whatsapp/SMS/Telegram 012-3841916 
Like us on Facebook : Finurz Creations 
Follow us on Instagram : @finurz_creations 


Thursday, February 12, 2015

Resepi bayi 1 tahun : Puding Roti cinnamon sugar

Assalamualaikum & salam sejahtera

Bila airis dah masuk setahun, seronoknya dia dah boleh makan macam-macam & mamy dah boleh pelbagaikan menu dan perasa.

Alhamdullilah airis takde masalah makan sangat. Dia ade masa berselera dia akan makan banyak tapi biasalah budak nak membesar, aktiviti dia banyak, jadi makan pun kadang-kadang ikot mood.

Airis suka bubur, jadi kalau fa masak bubur, fa perbagaikan perasa dalam bubur tu.. sayur ikan ayam daging mix & match. But still walaupun airis dah stahun fa masih kurangkan garam dan kadang memang fa tak letak langsung garam & gula.

Sebab fa taknak bagi airis makan nasi 3 kali sehari (sebelum ni pagi thari petang malam - NASI!) jadi fa cari resepi yang sesuai untuk breakfast.

Resepi ni sebenarnya lain, tapi fa olah jadi lain & tengok barang ape yang available kat dapur.
Semalam fa baru beli ORGANIC MOLASSES SUGAR (gula organic yang kurang manis sesuai untuk baby) jadi boleh cuba buat resepi ni.


Puding Roti Cinnamon Sugar.
2 keping Roti gardenia (ape2 roti pon boleh)
1 telur
Sikit fresh milk
Cinnamon sugar (Organic molasses sugar + serbuk kayu manis)
Olive oil / unsalted butter

Cara-cara:
• Carik-carik kan roti kecik-kecik.
• Sapukan muffin cup dengan olive oil atau unsalted butter.
• Susun roti dalam muffin cup.
• Tabur sikit cinnamon sugar dan susun lagi roti sampai penuh.
• Pukul telur, fresh milk, sikit cinnamon sugar sampai sebati
• Tuang dalam muffin cup tekan-tekan sampai kena seluruh roti.
• Tabur baki cinnamon sugar atas roti.

Untuk kukus: kukus selama 10 minit atau sampai masak.
Untuk bakar : bakar dengan suhu 150' 20-25 minit sampai nampak roti tu garing dan masak.

Sejukkan dan hidang - siap!

Korang boleh je nak buat custard sos atau sapukan jem..tapi fa dah tak sempat nak buat. Lenkali fa share cara buat custart sos ye.

Resepi ni utk baby yang ade gigi, kalau yang takde gigi tu boleh blend roti dan kesemua bahan tadi pastu kukus 10 minit sampai masak.
Selamat mencuba :)

********************************************
Anak susah nak makan? Terlalu memilih makan? Berat tak naik-naik? 
Beri mereka MEAL SHAKES SHAKLEE!


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 bagi semenanjung & RM20 bagi Sabah & Sarawak

Saturday, December 20, 2014

Resepi bayi 1 tahun : Chicken Spaghetti

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Actually spaghetti ni fa buat masa birthday airis untuk breakfast dia. Airis kalau fa masak spaghetti untuk babah, dia akan makan mee spaghetti tu banyak. Jadi fa pun buat la untuk dia skali ngn homemade tomato sauce. Lagi special anty mama yang buat sos ni. Memang terbaikkk. Meh fa share recepi kat sini.


★ Homemade tomato sauce:
2 biji tomato ( besar)
- cuci tomato.
- Potong bawah tomato
- Didihkan air dan masak tomato sampai lembut/kecut
- Sejukan
- buang kulit dan biji dan kisar Halus
- masak dengan garlic ketuk.

★ Chicken Spaghetti
Masak spaghetti sampai lembut (sebab airis yang nak makan, fa rebus sampai betul2 lembut)
Ayam cincang
Mixed vegi (optional) fa cuma ambil carrot dan peas je sebab jagung tu cam keras risau airis tercekik.
Bawang merah/putih - cincang halus
Unsalted butter/olive oil
Cheddar cheese

● Tumis bawang-bawang dengan unsalted butter/olive oil sampai naik bau.
● Masukn Ayam, tumis sampai masak
● Masukan mixed vegi
● Bila ayam dah masak, masukan homemade tomato sauce,
● tabur secubit black pepper
● kalau rasa pekat boleh letak sikit air.
● letak atas speghetti yang dah masak.
● parut cheese dan bakar dalam microwave kejap untuk cairkan cheese.

Siap ♥♥♥
Ps: mee spageti tu kalau boleh potong kecik2 supaya baby senang nak makan dan tak tercekik.
Sila pantau anak-anak korang time dia makan ye.

♥Sharing is caring ♥


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 bagi semenanjung & RM20 bagi Sabah & Sarawak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...