Nuffnang

Saturday, April 27, 2013

First Trimester - Doa Untuk Ibu Mengandung

Salam Semua.

Mama la orang paling happy bila tau fa pregnant. Setiap kali Fa call dia selalu pesan banyak-banyak berdoa, Solat jangan tinggal, buat solat taubat, Mohon Allah ampunkan dosa-dosa kita. Mohon Allah beri kita & Bayi yang kita kandung ni kesihatan & dijauhkan dari benda-benda yang tidak elok.

Disebabkan ini kehamilan fa yang pertama, Fa sangat titik beratkan semuanya. Fa doa hari-hari agar Allah memberi kekuatan pada fa & bayi yang fa kandung. Dijauhkan dari gangguan syaitan iblis & kejahatan manusia. Diberi kesempurnaan & dijauhkan dari kesusahan & benda yang tak elok.

Istigfar & amalam membaca ayat kursi (sambil tangan dekat perut) dah jadi sebahagian rutin fa setiap hari tak kira siang malam. Fa cuba sedaya upaya tak stress jadi lagi penyabar & elakan marah-marah (walaupun kadang-kadang memang rasa stress & nak mengamuk).

Diantara Doa-doa yang boleh diamalkan semasa mengandung :-
  1. Al Fatihah - Untuk Terang Hati & Kuat Daya Ingatan
  2. Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal & jiwanya.
  3. Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu & sifat berhati-hati (anak)
  4. Surah At-Taubah - Untuk membersihkan jiwa & memelihara diri dari maksiat.
  5. Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang soleh.
  6. Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa & antik akhlak.
  7. Surah Yasin - Untuk ketenangan hati & dijauhkan dari syaitan iblis.
  8. Surah An Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisplin.
Doa yang sunat dibaca ketika Hamil - Doa Nabi Yunus a.s :


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...