Nuffnang

Showing posts with label AIRIS 10 BULAN. Show all posts
Showing posts with label AIRIS 10 BULAN. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Re: Perkembangan Bayi 10 Bulan - Airis dah 10 bulan!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

12/10/14 genap umur Airis 10 bulan. Alhamdullilah.
Fa suka tengok perkembangan dia dari masa ke masa. Setiap masuk ke bulan baru ade je lah benda baru yang dia buat dan belajar. Gigi pun dah tumbuh 2 batang belah bawah. Alhamdullilah Airis tak demam cuma dia agak cranky sikit. Ada je yang tak kena rupanya gigi comel 2 batang nak tumbuh :) 

Melakukan pergerakan yang lebih banyak


Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini.
Nota Airis - Airis mula merangkak pada malam hari raya aidiladha. Happy je fa rasa masa tu. Depan saudara mara dia mula merangkak. Kalau dekat carpet atau tilam memang laju je dia merangkak. Dia akan meniarap semua bila dekat simen.


Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan. Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan, dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi.
Nota Airis -  Airis memang dah lama boleh duduk tanpa tergolek kebelakang, berdiri pegang sofa pun sebelum dia masuk 9 bulan. Tapi bila dia masuk 10 bulan, dia dah mula berdiri pegang sofa tu sipi je. Kalau tak pun dia cuma rapatkan peha dekat sofa so dia boleh buat kerja lain dengan tangan dia ie. Pegang mainan atau ambil mainan. Bila dalam fasa macam ni, memang fa pantau setiap gerak geri dia sebab risau dia akan ke tangga atau tempat-tempat yang tak sepatutnya.

Memegang dengan jari-jemarinya
Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik.
Nota Airis -  Ini memang normal rupanye kan. Airis ape-ape yang dia nampak dia akan rasa guna lidah. Mama kata baby memang camtu. Sebab tu fa pastikan lantai fa vacum & mop sentiasa pastikan lantai takde benda-benda yang boleh menarik perhatian airis masuk ke dalam mulut.

Personaliti yang berkembang


Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya.
Nota Airis - Airis suka tengok kawan-kawan sebaya atau kanak-kanak yang berlari-lari. Dia suka kalau dapat join sama. Ye lah kalau dekat rumah asik tengok muka fa je kan. Masa sekarang dia akan buat satu bunyi macam nak panggil fa datang ambil dia.  Airis sekarang dah mula memberontak atau mengamuk kalau ape yang dia nak tak dapat.

Menangani ketakutan bayi anda


Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.
Nota Airis : Airis kekadang tak suka pda bunyi vacum cleaner. Dia akan menangis atau menjerit bila fa start nak vacum. Jadi nak redakan keadaan, fa dokong dia sambil vacum. Nak buat macam mana kan.. terpaksa lah ku gigih kan jugak.

Bercakap dengan bayi anda yang 'bermulut murai'


Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" 

Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul. Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.

 Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas. Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan). 
Nota Airis : Disebabkan airis ni kadang-kadang dia akan menangis bila ditinggalkan keseorngan dekat  ruang tamu, jadi fa terpaksalah kendong dia semasa masak, kemas rumah tapi sambil-sambil tu fa terangkan lah apa yang fa buat supaya dia faham dan cepat belajar.
Airis dah faham perkataan Jom, Meh sini dan setiap kali mandi atau masuk tidur fa akan nyanyi-nyanyi bagi tanda yang dia perlu mandi atau tidur. Airis dah pandai lambai tangan dan dia memang cakap banyak. ada je bunyi-bunyi yang dia buat macam tengah berborak dengan kita yang paling penting dia dah mula respon dengan percakapan kita :)

Credit : Babycentre.com

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Saturday, October 18, 2014

Pengalaman Bersalin si Kecil Airis Nur Zulaikha

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam fa leka melayan cerita One Born Every Minute dekat saluran Astro channel LI 709. Macam-macam cerita & pengalaman bersalin dalam cerita tu. Sampai mengalir air mata tengok seorang wanita yang bertarung nyawa lahirkan 4 orang kembar secara c-zer walaupun dia sebenarnya mengalami masalah rahim sempit.

Ya Allah memang teringat sangat saat saat kelahiran Airis. Masih segar dalam memori. Fa lahirkan airis tak sampai 40 minggu. Due date sepatutnya 26 / 12/ 13 tapi Airis dilahirkan pada 12/12/13 sama tarikh kelahiran dengan ibu mertua fa. So fa angap ni hadiah special buat MIL :)

Bulan terakhir - sila abaikan muka sememeh kepenatan
11/12/13 tarikh yang cantik kan? Masa ni fa masih lagi pergi kerja tapi pagi sebelum pergi kerja tu fa perasan macam ada bendalir yang keluar. Memang cuak gak masa tu, tapi fa gigih pergi kerja walaupun bahagian bawah perut tu dah terasa ngilu-ngilu. Bos masa tu suruh fa balik tapi sebab en.suami tak boleh ambil fa gigih tunggu sampai habis waktu kerja pukul 6. So far takde pulak keluar lagi bendalir tu jadi fa jadi relax sikit.

Lepas balik kerja terus menuju ke Columbia Hospital Puchong dan fa terus dibawa masuk labour room. Masa tu memang fikir dah nak bersalin ke aku? Dah ready ke aku? Masa ni pengalaman pertama kena "SELUK" ya allah.. serius sakit.. mengalir air mata masa tu! Tapi Lepas doktor raja check bukaan baru 2 CM buka dan dia suruh fa balik. Dia siap cakap esok bersalin =.="

12/12/13 subuh tu keluar lendir darah yang banyak. Ok terus fa jumpa mama bagitau. Mama kata maybe sebab doktor seluk kot semalam dia keluar lah darah. Mama siap cakap awak lambat lagi tu nak bersalin. Due lambat lagi. Sakit tak? Fa jawab cam biasa je semua soalan mama. Betul jugak ga masa tu baru 38 minggu tapi ada je kan orang bersalin masa 38 minggu?

Fa decide nak pergi Hospital. Tapi en.suami ada urgent site nak kena tengok. Dia sempat belikan Nasi lemak & mama masakkan lauk Kupang Sambal sebab fa teringin nak makan. Darah masih keluar, tapi fa boleh kehulur kilir tunggu suami balik sebab orang kata jangan stress banyakkan jalan kalau nak senang bersalin.

Cepat-cepat bancuh MEAL SHAKES + ESP + PERFORMANCE DRINK

Suami balik terus menuju ke Hospital. Doktor chek baru bukaan 3 CM. Doktor Raja cakap awak bersalin hari ni lah saya tolong awak bersalin hari ni. Ok masa ni Allah je yang tau.. Memang rasa macam-macam.. Tangan suami fa genggam sampai masuk labour room.

Dalam labour room nurse pasangkan alat dekat perut, ambil tekanan dan suhu badan fa, dengar denyutan jantung Airis. Doktor masuk seluk lagi dan dia pecahkan air ketuban. Dia cakap pukul tunggu sampai pukul 6 petang dan masa tu pukul 12 tengah hari. 6 jam dalam labour room.

3 jam berlalu, fa contraction. Ya Allah tuhan je tahu sakitnya contraction tu. Baring salah, duduk salah. Kesian en suami jadi mangsa. Nurse datang banyak kali nak check bukaan.. masih 5 CM. Nurse cakap nak ubat tahan sakit tak? Ada 3 jenis ubat tahan sakit. Gas, Cucuk dekat peha dan cucuk kat belakang yang fa rasa tu epidural. Fa cakap fa taknak epidural. Tapi fa pilih ubat yang cucuk dekat peha. Nurse cakap kalau nak sakit sangat sedut gas dekat tepi tu. Tapi fa gigihkan jugak taknak ambil lagi apa-apa pain killer.

lagi sejam nak pukul 6. Doktor Raja masuk check bukaan. Masih 8 CM " saya bagi lagi sejam. kalau still tak bukak 10 cm no choice, Czer" Allah je tahu masa doktor cakap tu hati luluh. tapi redha. Mulut kumat kamit baca doa Nabi Yunus. Mohon Allah ampunkan dosa, Call MIL call Mama Mintak doakan dan mohon ampun. Mintak ampun dengan en.suami dan en suami cakap "takpe lah kalau dah Allah kata kena czer kita proceed je lah. Ada hikmah dia"

Tepat pukul 6 fa dah sakit nak bersalin. Alhamdullilah fa bersalin tanpa masalah. Fa bersalin Normal. Siapa kata bersalin sakit? Bersalin tak sakit. Contraction yang sakit. :) Airis keluar terus bila baru je Doktor Raja nak sambut. Airis lahir dengan sempurna sangat. Seingat fa, masa tu azan Maghrib. Mama kata Suami call bagitau yang fa dah selamat bersalin masa azan maghrib.

Keluar dia senyum, fa macam tak percaya sebab 6 jam dalam labour room tu rasa sekejap sangat. Sakit contraction tu terus hilang. Rasa syukur yang amat.

Yang bestnya mama datang pukul 9 malam. Sepanjang nak tunggu mama hanta makanan tu fa tak lapar langsung. Tak letih langsung mungkin penangan Meal Shakes + ESP + Performance Drink yang fa minum siang tadi. Lagi satu sebab mungkin masih tak percaya yang fa dah selesai proses bersalin. Now fa dah jadi mamy!! En suami dah jadi Babah. Mama dah jadi wan!! Syukur-syukur syukur. Penantian 2 Tahun dah berakhir dengan kelahiran Airis Nur Zulaikha.

12/12/12 - 2.9KG


Airis dah pun 10 Bulan hari ni. Alhamdullilah fa masih breastfeed dia sampai sekarang.
Set Berpantang dan Penyusuan Shaklee masih jadi peneman sampai sekarang. Hanya yang terbaik untuk Airis.

Rata-rata orang makan jamu masa berpantang. Fa pilih Shaklee sebab fa yakin Shaklee selamat untuk fa & Airis. Shaklee selamat diambil seawal kelahiran.

Luka jahitan fa cepat kering.
Badan fa bertenaga
Susu makin meriah dari hari ke hari
Pembuangan Lancar & tak ada masalah sembelit selepas kelahiran
Berat badan fa semakin menurun
Airis membesar secara sihat
Berat badan Airis naik dari bulan ke bulan dengan normal.

Walaupun susu fa hanya keluar masa hari ke-2 Airis dan fa terpaksa beri Airis susu formula pada hari pertama tu tak buatkan fa patah semangat sebab sememangnya niat nak susukan dia secara ekslusif dari dalam perut lagi dan alhamdullilah Allah makbulkan doa fa dan teruskan penyusuan ini hingga Airis 2 tahun.

"Airis Nur Zulaikha kesayangan mamy dan babah. Buah hati mamy dan babah. Pelengkap penyeri rumahtangga kami. Alhamdullilah. Terima Kasih Allah diatas Nikmat yang diberi"

Bagi yang ingin berpantang secara moden boleh dapatkan Set Berpantang dan Penyusuan Shaklee dari Fa. Konsultasi akan diberikan. Rasai sendiri kelebihan Shaklee. Insya-Allah

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...