Baca tajuk entri hari ni rasa sebak pulak. Sebab bulan ni la last Fa checkup dekat KKIA & Klinik Sofea. Lepas ni sampai la bersalin fa akan checkup dekat Hospital Columbia Asia Puchong dengan Dr. Raja.
Sepatutnya awal bulan hari tu, fa kene pergi checkup KKIA minum air gula tapi fa tak pergi pon. Sebab jadual en suami yang pax. Jadi Fa pon ambil keputusan stop checkup dekat KKIA sebab nak fokus checkup dekat hospital Columbia. Jadi fa tak boleh la buat entri minum air gula sebab fa tak minum pun hihihi.
Fa decide nak jumpa Dr Sofea sebab fa tak berapa sihat hari ni. As usual, fa pergi malam lepas kerja & as usual Klinik tu ramai orang. Fa datang dekat-dekat nak pukul 10 mlm, sekali rupanya-rupanya Klinik Sofea dah tukar time dari pukul 7.30-10mlm sahaja. Tapi nasib nurse tu baik dia bagi juga fa masuk.
Sebelum turn fa, masa tu dah pukul 10.30 kot still ada jugak yang masuk klinik tu, rupanya ramai yang tak tau time baru Klinik ni, tapi yang bestnya dorang semua dibenarkan masuk. Baguskan Klinik Sofea ni. Mengutamakan Pesakit.
Bila turn fa, Dr. Sofea layan dengan senyuman walaupun fa tengok dia nampak letih. 1st dia bagitau result darah fa last month semua ok. Urine pon ok, Berat lagi ok, Tekanan darah pun stabil walaupun fa bagitau yang fa tak sihat & sakit kepala yang kerap. So Dr.Sofea tanya nak buat 4D Scan tak? Dr. Sofea cakap boleh buat 4D scan dah kalau nak lagipon tak perlu risau tak merbahaya walaupun fa baru je scan masa checkup dekat Columbia hari tu. Dah Dr cakap Ok, fa pun setuju aje. :)
4D Scan kat Klinik Sofea RM80 termasuk CD.
Penat Dr Sofea pujuk-pujuk Si Precious ni, macam biasa dia takmo jugak tunjuk muka. Tapi Dr.Sofea sabar, Sekali Si Precious ni tunjuk muka terus Dr.Sofea Snap!
Dan inilah hasilnya........
Si Precious 6 bulan
|
Sebelum fa keluar tu, fa bagitau Dr.Sofea lepas ni fa tak jumpa dia dah sebab fa nak teruskan checkup dekat Columbia Hospital. Dr.Sofea wish fa good luck dan doakan semuanya dipermudahkan dan selamat. (Ok fa sangat-sangat sebak)
To Dr.Sofea, Thanks & Dr. Sangat-sangat baik nanti Si Precious dah lahir fa bawak jumpa Dr eh :)
kak fa...sent la kat whatApps pic ni. nak sangat tengok.
ReplyDeleteaduhai...x sabar pula nak tunggu Si Precious :)
Alahai erna... hihihi nanti akk sent kat whatsapp eh.. Akk lagi tak sabar nak tggu si precious ni lahir.. :)
ReplyDelete