Nuffnang

Thursday, September 19, 2013

My Precious : 26 Minggu - Sonsang

Salam semua,

Balik dari Klinik Sofea fa terus buat entri ni. Hati ibu mana yang tak risau bila dengar kedudukan baby dalam perut ni sonsang! Masa Si Precious ni dalam bulan ke 4 kalau tak silap, Dr.Sofea ada bagitau yang Si Precious ni sonsang, tapi masuk bulan ke 5 dia dah ok. Tapi masuk bulan ke 6 dia pusing balik sonsang. Suka benar budak baik ni pusing-pusing dalam perut mummy.

Tapi Dr.Sofia ada cakap, jangan risau sangat sebab fa baru 27 Minggu, Baby akan berpusing-pusing & bila tiba masa nanti dia akan berada di kedudukan yang betul. Tapi, if Si Precious ni tak jugak pusing pada kedudukan yang betul, Dr.Sofea cakap doktor dekat Hospital Columbia tu nanti akan cuba betulkan kedudukan baby. But if baby tak nak jugak pusing, kena Czer....!! Haisssss....Mintak jauhhhh la... fuhfuhfuh

Memang berderau hati ni mendengar, rasa nak nangis je. tapi en suami kata jangan fikir sangat nanti terbawa-bawa. Doa yang terbaik. Think Positive. Si Precious ni suka pusing-pusing dalam tu, dia tengah having fun.

fa tanya kawan-kawan, tanya biras-biras fa macam mana nak buat.. the answer is BIDAN! ok no no no... bukan fa anti bidan tapi ramai yang nasihat, guna bidan bukan cara yang terbaik. Lagipon mane la nak cari bidan yang fa kenal? Ok dont panic, mesti ada jalan kan.. nanti fa google any petua for baby sonsang. maybe kerap cakap-cakap dengan Si Precious nanti boleh pujuk-pujuk dia supaya berpusing ke tempat sepatutnya.. anak mummy kan good girl...

Need to sleep early, Need to rest. Good Night evrybody ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...