Bila hati dah risau, mana boleh tido kan, so fa google google google petua nak betulkan kedudukan baby sonsang. Hope berguna & boleh diguna pakai - Insyaallah.
Ini diantara petua yang fa dapat dari blogger-blogger :
1) Time sujud tu sujud lama-lama sikit. Ni yang fa amalkan selalu. Masa sujud akhir tu fa sujud lama sikit. Dalam sujud tu fa doa semoga Si Precious lembut hati & berpusing pada kedudukan normal.
2) Kalau bukan waktu solat, buat posisi seakan-seakan sujud (Tilt position) untuk 5 minit kemudian rebahkan badan kesebelah kanan atau kiri mengikut kedudukan badan baby. Baring dalam 20-30
minit.
Tilt position |
4) Amalkan baca surah al-insyirah setiap kali selepas solat beserta doa semoga Allah permudahkan kelahiran bayi yang kita kandung.
5) Letak pack ais atas perut. Tujuan supaya baby tak selesa atau sejuk dekat kepala so berpusing ke bawah.
6) Cuba bermain dengan Torch Light dan suluh kearah pusat. Tujuan supaya baby bergerak kearah cahaya.
7) Rajin-rajin berborak dengan baby, pujuk-pujuk dia semoga dia lembut hati untuk berpusing dan betulkan kedudukan.
8) Yakin dengan pertolongan Allah, Solat Hajat, berdoa & membaca al-quran dengan yakin & Ikhlas.
Insyaallah fa akan amalkan semua ni untuk pastikan Si Precious berpusing dengan Izin-NYA. dan Fa hope bulan depan semuanya normal.
No comments:
Post a Comment