Nuffnang

Showing posts with label 3rd Trimester. Show all posts
Showing posts with label 3rd Trimester. Show all posts

Sunday, November 24, 2013

Solat Duduk untuk Ibu Sarat Hamil

Salam Semua

Next week genablah usia kandungan fa 36 minggu. 36 minggu = 9Bulan?? wahhh macam tak caya je dah nak sampai due fa nak bersalin. Doakn ye kawan-kawan. :)

Ok bila dah nak masuk 36 minggu, perut dah kedepan, dah merenggang, dah tak larat nak bangun duduk jalan, solat pon mesti rasa susahkan. Semalam fa solat zohor tetiba rasa terlalu susah untuk rukuk & bangun dari sujud. Sakit yang amat kat perut, lenguh rasa nak nangis je. Tapi gigih habiskan 4 rakaat zuhur. Lepas tu fa terus call mama tanya camne nak buat solat duduk?

Mama kate sama je cam solat berdiri, tapi beza dia duduk. Mama kata solat guna kerusi, tapi fa takmo sebab masalah fa bukan kaki, masalah fa perut yg membulat ni. Lagipon fa nak sujud dekat tikar sembahyang selagi larat. :)

Alhamdullilah, Solat Asar fa buat solat duduk, selesa & mudah. Fa siap google lagi cara-cara solat duduk.Ye la dulu mana ambil peduli pasal solat duduk ni. heheheh Jadi mummies semua yang sarat-sarat tu boleh la cuba solat duduk ni ye. No reason lagi after this. Mama kata lagi nak bersalin ni kena lagi dekat dengan Allah. Kena selalu mintak ampun. Nanti baby pon ikut kita beramal, jadi anak yang solehah. In Sha Allah. :)

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Thursday, November 21, 2013

Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu

Salam Semua.

Pagi tadi tetiba En.Suami cakap, "Mamy kena rajin membaca tau, baca buku inglish, baca buku ilmu, mengaji nanti baby kuar bijak. Bila dia besar I nak bawak dia pergi library, bookstore biar dia suka kat buku, mainan tu buang duit je" Haaaaa ok la kalau en suami cakap camtu kan, fa pon memang suka membaca.Bookstore tu dah memang tempat feveret!

Balik kerja tadi fa gigih g Kinokuniya sementara tunggu en.suami datang ambil. Pusing-pusing fa jumpa la buku ni .

Belek punya belek, bagus gak buku ni. Fa kan memang niat nak fully breastfeed si precious ni  jadi buku ni memang fa perlu untuk menambah ilmu tentang susu ibu. Macam-macam info dalam ni yang fa boleh sematkan dalam diri dari asas penyusuan, sampailah ke cara penyusuan yang betul.. Memang A to Z. Nanti boring-boring boleh baca. Nak kena katam.

Harga RM60.00 tapi info dalam ni sangat padat. Jadi takpayah lah fikir sangat pasal harga kan. 

Fa memang seawal preggy ni dah niat nak susukan si precious sampai 2 tahun. Jadi fa dah siapkan diri fa dari awal untuk persediaan jayakan penyusuan tu nanti. In Sha Allah. 

Seawal Preggy fa dah amalkan makan supplement Shaklee. Bukan untuk nak terus ada susu yang banyak sampai boleh buat stok. Tapi sebagai persediaaan diri fa. Sebabnya supplement yang kita ambil ni memastikan badan kita sentiasa sihat, bertenaga dan bersemangat jadi boleh lah hasilkan susu yang cukup dan berkhasiat untuk si precious. 

Kalau kita makan sebanyak & sehebat mana pon supplement tu kalau tak amalkan konsep cara penyusuan yang betul pon tak guna juga kan? Supplement ni sekadar membantu penghasilan susu bukan jaminan susu akan keluar dengan banyak tak henti-henti :) Nanti boleh pergi entry fa KAT SINI untuk fahami konsep penyusuan yang betul.

Ringkasan :
1) Si Ibu perlu menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang berkerja perlulah membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
2) Si ibu perlu memastikan pengambilan air yang mencukupi  tidak kurang dari 3L sehari dan pemakanan yang seimbang. 
3) Sentiasa POSITIF
4) Pengambilan supplement bertujuan untuk memastikan badan ibu lebih bertenaga, sihat, ceria dan bersemangat secara langsung mampu membekalkan susu yang berkhasiat buat si manja.

Trimester 1
Vitalea
B-complex
Ostematrix
Vitamin C
ESP

Trimester 2-3
Semua di Trimester 1 + Omega Guard

Vitalea
B Complex
Ostematrix
Vitamin C
ESP
Alfafa

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Wednesday, November 20, 2013

Peluang Hamil dengan Set Kesuburan Shaklee

Salam Sayang Semua,

Alhamdullilah dah nak masuk 9 Bulan fa preggy. Macam tak caya je semua ni terjadi. Tengok si precious ni guling-guling dan membesar dalam perut buat hati rasa  bahagia & bersyukur sangat.

Yup, hampir dua tahun fa tunggu saat-saat ni, hampir dua tahun fa terpaksa dengar cakap-cakap kurang enak dari orang yang sibuk tanya "bila lagi?" sampai bab-bab kesuburan pon orang sibuk nak pertikaikan. Tapi fa & suami sabar sebab kami yakin mesti ada cara & solutionnya.

Alhamdullilah fa & suami ditemukan dengan product Shaklee. Mula-mula fa memang ragu-ragu ye lah dah macam-macam product fa & suami cuba, duit pon habis banyak. So fa pon google, cari info tentang Product Shaklee ni, memang banyak orang yang berjaya hamil dengan hanya mengambil Supplemen dari Shaklee ni.

Tak puas hati lagi, fa google pulak info pasal kandungan yang terdapat dalam setiap supplemen Shaklee dan juga harga nak bandingkan dengan produk-produk dekat luar.

Fa ada juga pergi farmasi, cakap je kat promoter tu, nak supplemen untuk suami isteri nak dapat baby. Dorang akan suggest untuk isteri Multivitamin dan EPO (Evening Prime Rose yang terkandung GLA) dan untuk suami mereka suggest vitamin yang ada Vitamin E dan Zinc. Bila fa bandingkan kantiti, kandungan, dan harga, Shaklee lagi berbaloi & murah. Jadi tepatlah pilihan fa memilih Shaklee. :)

Sebelum fa decide nak preggy, fa nak turunkan dulu berat badan fa. Sebab bacaan BMI fa tak normal. Terberat sangat. Orang kata kalau nak senang lekat, kena turunkan sikit berat badan. Ye la sebab nak anak kan. kena la usaha lebih sikit. Jadi fa ambil Alfafa Complex. 

Selain nak turunkan berat, fa pon nak pulihkan masalah keputihan yang teruk ni. Alhamdullilah lepas fa makan Alfafa Complex dengan konsisten, keputihan fa kurang, berat pon turun 3KG dalam masa sebulan.

Segi period pulak, kiraan fa memang 32hari. Jadi lepas konsisten ambil Set Kesuburan kiraan period fa jadi 28hari normal. 

Lepas sebulan tu la fa preggy. Alhamdullilahhhhh... Suami pon tak ada masalah makan supplemen sebab sama-sama usaha kan.

Supplemen KESUBURAN Suami Isteri:


Untuk Isteri:
♥GLA Complex
~membantu mereka yang mengalami kitaran haid tidak teratur atau tidak tetap serta masalah senggugut ketika pra haid yang selalu dialami oleh para isteri.membantu meningkatkan kesuburan isteri sekaligus meningkatkan potensi untuk persenyawaan berlaku.membantu untuk sperma hidup lebih lama dalam tiup fallopio lalu meningkatkan peluang untuk persenyawaan berlaku.

♥Alfafa Complex
~Membantu dalam mengatasi masalah Keputihan.
~Dikenali sebagai kerana bertindak sebagai kacip fatimah dalam membantu dalam hubungan suami isteri.

Untuk suami:
♥Zinc
~Kandungan zink dalam prostat lelaki adalah 10x ganda lebih tinggi daripada organ lain.
~Mesti diambil kerana zink merupakan mineral penting untuk kesuburan lelaki.
~meningkatkan kualiti sperma lelaki dan sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki.

♥Vitamin E
~lebih bertenaga dan meningkatkan keinginan seksual.
~membantu membentuk sel sperma yang sihat.
~juga bagus diambil oleh isteri untuk meningkatkan keinginan seksual.


Kalau budget ok boleh add ESP. Sebab ESP pon dapat membantu dalam proses kesuburan.

Manakala untuk suami yang merokok, boleh cuba COQ Health Plus.

Set Kesuburan ni bukan lah jaminan 100% untuk hamil, pemakanan, gaya hidup sihat,  kiraan waktu subur yang tepat selain doa & tawakal juga penting untuk mempercepatkan proses kehamilan. Suami juga perlu ambil berat dalam hal-hal ini. In sha allah.

Siapa yang tak nak anak kan?? Cuba bayangkan saat-saat kehamilan & saat-saat membesarkan anak sendiri mesti seronok kan? Jadi untuk dapatkan set kesuburan ni boleh contact fa ye :) In Sha Allah fa akan beri tip-tip dan konsultasi untuk customer fa.

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays). 

Tuesday, November 5, 2013

Week 32 : Saya dah semakin Ready nak jadi Mummy :)

Salam sayang semua.

Masa fa dekat majlis nikah sepupu fa, semua tegur fa perut dah makin besar. Memang la bulan 12 nak meletop dah.. Si precious pon guling-guling hepi dapat makan best. Bahagianya rasa.

Ada sorang aunty fa tegur cakap perut fa nampak tinggi, takut baby sonsang. Tapi dia cakap nanti baby akan pusing jangan risau. Ok of coz risau sebab Si Precious ni ade history sonsang kan macam fa cerita dekat entri lepas.

Hari ni fa dapat 2 petua best. Petua nak kasi senang bersalin. Thanks anty-anty & nenek for sharing this Petua. Doa-Doakan ye fa senang bersalin. Ok Petuanya camni :

1) Ikat perut dengan kain/tali pinggang:
Sebab perut fa nampak tinggi, nenek bagi petua ni sebab nak kasi baby turun sikit so senang la nak bersalin nanti.
Cara : Ambil kain/shawl panjang/tali pinggan ikat dekat bahagian atas perut. Jangan ikat kuat sangat. Ikat kasi selesa.

2) Start minum minyak kelapa dara.
Cara : Setiap malam sebelum tidur minum sesudu Minyak Kelapa Dara sambil selawat & niat supaya mudah bersalin. Kazen fa yang amalkan petua ni cakap memang senang nak bersalin, baby tu keluar lancar je. OK memang menarik konfem cuba.

Minyak kelapa dara ni boleh beli kat mana-mana. Macam fa ada aunty fa yang memang supply Minyak  ni, so fa dapat present dari dia. hihihi.

Selain tu boleh minum air zam-zam dan makan kurma. Lagi petua boleh pg kat entri Lepas.

Lagi best ada yang tegur badan fa tak naik sangat. Steady je. Fa cakap la OMEGA SHAKLEE punya penangan.Berat naik tak mendadak Alhamdullilah.Fa dah ready nak begelar mamy kepada si precious. Semakin tak sabar rasanya nak kiss & hug precious.



Bermula segalanya dari sini :)


 Nampak tak cepatnya perut fa membesar tapi badan takde la kembang sangat. Fa ni memang dari family yang besar-besar. Jadi sepatutnya berat fa mungkin dah sampai 100++ KG sekarang. Tapi sebab fa tak miss makan Omega Guard (kecuali time makan ubat spital) & supplement shaklee yang lain. Alhamdullilah setiap bulan berat fa cuma naik 5g. (Hebat tak?) Nanti bulan depan fa akan bagitau latest berat fa dan berapa KG fa naik sepanjang 9 Bulan mengandung.

Semestinya PILIHAN 100% fa sepanjang Hamil = SET HAMIL LENGKAP SHAKLEE

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Monday, November 4, 2013

32 Weeks - Buasir Oh Buasir

Salam Sayang Semua.

Semakin hari nak dekat bersalin, macam-macam pulak dugaan fa. Lepas satu-satu penyakit yang datang. Alahai... bukan nak merungut... Fa redha sebab Si Precious dalam ni nak membesar. Tapi memang fa nangis la sebab ada kadang-kadang tu takboleh nak tahan emosi.

Ok back to tajuk entri, BUASIR. Semua of coz tau buasir tu apa kan? Ringkannya ialah pembengkakkan luar biasa pada dubur yang membenjol keluar dan menyebabkan ketidakselesaan seperti terasa sakit, perit, gatal atau berdarah. Buasir disebabkan oleh terlalu banyak tekanan dibahagian rektum yang menyebabkan bahagian dinding vena darah terenggang dan membenjol.

Buasir ada dua jenis :
1) Buasir Dalaman
- Tidak menyebabkan kesakitan.
- Tidak gatal dan tidak boleh merasanya kerana kedudukan di bahagian paling dalam di usus besar.
- Tidak bahaya  tetapi sekiranya berlaku pendarahan perlulah segera dirawat.
Nota kaki : Fa pernah kena masa si Precious berapa bulan tah. Nasib sehari je pastu sekejap pastu dah takde so fa takde la risau sangat.

2) Buasir Luaran
- Sakit, Gatal, Pedih sebab benjolan yang terkeluar dari dubur.
- Benjolan boleh menjadi semakin membengkak.
- Boleh dimasukan dengan cara menolak buasir itu kedalam tetapi sekiranya ia membengkak harus mendapat rawatan dengan segera.
Nota Kaki : Oh yes, ni la yang fa tengah kena.


Punca-punca Buasir :
1) Duduk yang berterusan
2) Batuk teruk
3) Kehamilan
4) Bersalin
5) Mengangkat benda berat
6) Duduk mencangkung didalam tandas dengan terlalu lama.
7) Cirit birit
8) Meneran dengan kuat semasa membuang air besar (Sembelit)

Fa pernah baca & kawan-kawan pernah bagitau, Buasir pada wanita mengandung adalah normal. Rata-rata kalau kita tanya mesti semua wanita mengandung mengalaminya. Beza cuma besar kecik je la bengkak tu kan. Fa pulak lepas je kes fa kena asthma & ambil antibotik hospital, fa skip makan supplemen Shaklee sebab nak concentrate dengan ubat hospital. Last-last mulut semakin kering, terus sembelit dan terjadi la buasir ni. Sebab ubat hospital ni bukan organik macam shaklee. Sebab tu kalau boleh jangan depends sangat dengan ubat hospital. Not Good!

Lagi satu bila kita mengandung, jumlah darah dalam badan bertambah dan tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah dan kemungkinan akan membengkak akibat tekanan yang diterima daripada berat baby yang semakin membesar. Kebanyakkan mereka yang mendapat buasir adalah bila masuk Trimester ke-3 kehamilan (fa la tu!)

(Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.)
**SUMBER

So far bila fa start balik makan Omega & Ostematrix Shaklee, bengkak tu makin surut cuma jadi sakit sebab fa paksa buasir tu masuk dengan menekan masuk tapi dia akan keluar balik. Fa pon dah tak sembelit lagi. Fa pastikan minum air yang banyak.

Tapi percayalah, Buasir sangat merimaskan sama seperti hidung tersumbat. En suami ajak pergi jumpa doc tapi fa takmo sebab fa still boleh handle kesakitan takat ni, (Hebat tak mamy Si Precious ni?) Lagi satu sebab fa dah penat asik kena jumpa Doc je jadi fa decide nak pantau sendiri selagi ia tak membekak dengan besar. In Sha Allah. Mungkin ada je kan petua-petua yang boleh guna nak kecutkan buasir ni. Nanti fa share dengan semua k. 

Thursday, October 31, 2013

Petua : Lega hidung tersumbat cara alami

Salam Sayang Semua

Selain ubat doc yang melegakan hidung sumbat, Fa google la jugak cara-cara alami nak hilangkan hidung sumbat yang menganggu ni. Kalau boleh takmo la 100% dengan ubat doc kan. Mana elok. Lebih-lebih lagi membawa Si Precious ni. Memang la Doc cakap ubat ni save for baby, tapi entah la.. hati fa still rasa kesian dekat si precious. Lagipun fa ni kalau selsema atau batuk memang lambat baik. Jadi ni cara yang fa buat kalau hidung tersumbat. Bukan la 100% terus baik tapi ia melegakan la. Boleh juga buat pada bayi /anak anda nanti if mereka anda ada masalah yang sama.

1) Steam & Percussion.
Cara : Ambil besen kecik yang cukup besar untuk seluruh muka. Letak air panas & wapkan muka. Selukup muka sengan towel mandi supaya boleh serap wap-wap panas tu. Memang lega bila hingus mula keluar & hidung sumbat tu clear.

2) Minyak kayu putih.
Cara : Sapu minyak kayu putih dekat betis & tapak kaki pastu pakai stokin setiap malam. Sapu jugak minyak kayu putih dekat ubun-ubun kepala. Kalau nak sapu kat dada pon boleh. Memang melegakan bila tido. En.suami cakap nafas fa takde la berbunyi.

3) Minum air panas suam.
Cara : Bila sesah nak nafas, fa cepat-cepat minum air panas suam. Panas sikit takpe janji dada rasa clear.

4) Vicks
Cara : Sapu je vicks kat dada, hidung, belakang tengkuk, dahi, ubun-ubun . Vicks is the BEST. 

Cara Alami yang boleh diguna pakai :

1) Kunyit Hidup.

Cara : Ambil sebuku kunyit hidup, potong serong, sapukan pada batang hidung. In Sha Allah selsema akan kering dan melegakan hidung tersumbat.

2) Kapur Sirih.
Cara : Ambil sedikit kapur sirih, sapukan secara nipis pada batang hidung ia dapat melegakan hidung tersumbat dan buat anda tidur lena je.

3) Minyak bawang putih
Cara :  bakar seulas bawang putih beserta kulitnya hingga kulit kehitaman, kemudian hancurkan dlm sesudu minyak masak/olive oil.Minyak tu sapu pd bahagian dada, belakang badan dan batang hidung.amalkan 3 kali sehari.

Ok dah tau tips & petua alami ni hope pasni kurang la selsema & hidung tersumbat ni. Sambil-sambil buat tu selawat 3X & niat semoga Allah sembuhkan. 

RIMASS!!!!
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Wednesday, October 30, 2013

32 Weeks - Hari Checkup Si Precious

Salam Sayang Semua.

Hari ni hari mengintai Si Precious. Alhamdullilah fa dah masuk 3rd Trimester = 8 Bulan. Lagi sebulan setengah fa nak bersalin.
30/11/13 = 8 Bulan
Benda yang paling fa nak tau ialah kedudukan si precious. Alhamdullilah Dr Raja cakap si precious dalam kedudukan yang betul. Mood Si Precious baik hari ni sebab dia nak tunjuk muka dia. Sekali Dr.Raja cakap "Eh Muka dady dia la..sebijik" Kembang kecut en suami bila Dr.Raja cakap macam tu. Mesti la kan anak babah ni kat dalam.

Latest berat si precious 2KG. At 1st fa takut gak.. macam berat je baby. Macam besar je.. tapi bila Dr.Raja tengok graft dia kata normal. Alhamdullilah. Baby ok semua nampak sempurna.

Fa dah janji kan nak selidik cost bersalin dekat Hospital Columbia Puchong ni, so ni Dr.Raja bagitau:

Normal = RM 3K (including bilik,bersalin,nurse ubat ....)
Czer = RM7K

No hidden charges kecuali baby & mummy ada masalah. Tapi pape pon silalah saving duit lebih dari RM 7K ye incase pape berlaku. (mintak jauhkan dari kami Ya Allah)

Fa bagitau jugak ngan Dr.Raja yang fa kena tahan ward dekat Hospital Serdang sebab fa asthma. So Dr.Raja buat appointment dengan Dr.Jurina pakar paru-paru untuk checkup nanti. Haisss... 


So konfem la HOSPITAL COLUMBIA ASIA PUCHONG menjadi pilihan fa bersalin.Hope Allah mudahkan segala urusan nanti & murahkan lagi rezeki fa dan suami -Amin-
Hospital Columbia Asia Puchong


Monday, October 28, 2013

Set Hamil Lengkap Memang Awsome!!

Salam Sayang Semua.

Fa baru je habis cuci sawang-sawang dekat blog ni, Fuhhh.. Sambil-sambil tu fa tengok-tengok calender nak kira bape hari lagi la fa nak lahirkan si precious. Pejam celik pejam celik dah nak akhir bulan 10, maknanya lagi sebulan la eh fa nak bersalin. YESS!

Selama 7 bulan ni fa memang ambil straight supplemen Shaklee. Dari Trimester 1 sampai la dah Trimester 3. Bukan la fa nak cakap fa ni tak ada masalah langsung sepanjang preggy cuma supplemen ni sangat-sangat membantu fa dapatkan kembali tenaga sepanjang fa preggy. Alhamdullilah. Memang banyak mulut-mulut jahat yang kondem cakap fa ni makan Shaklee telan supplemen macam-macam, tapi semput gak, demam gak, tak sehat gak..macam-macam la tapi FYI fa pon manusia, tak lepas dari dugaan Allah kan. Ini bahagian yang fa terima, fa redha. Cuma nya Shaklee ni bantu fa n baby rasa lebih sehat dan tenaga sepanjang fa tak sehat. Sebab Shaklee ni 100% organic dan selamat diambil oleh wanita preggy cam fa ni. Jadi fa tak perlu takut effect pada baby. Jom kita baca apa kebaikkan yang fa dapat dari pengambilan Set Hamil Lengkap Shaklee.

Set Hamil Lengkap :

1) Vitalea
Vitalea ni ialah multivitamin yang mengandungi 28 Vitamin dan Mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Sepanjang Fa hamil, fa tak ada langsung masalah HB low. Cuma waktu bulan puasa turun sikit sebab Fa selalu skip makan Vitalea ni sebab sahur fa mesti minum susu. PANTANG Vitalea ni tak boleh minum dengan susu. Jarakkan dalam 2 Jam pengambilan if kita minum susu. Dalam Vitalea juga terkandung Zinc. Jadi minum air yang banyak untuk elakkan sembelit. (kalau pergi Klinik pon dorang bagi Zinc kan? so Vitalea ni pengganti Zinc la lebih kurang)

2) B Complex
B-complex pulak ialah vitamin larut air yang lengkap dengan vitamin B dan asid folic. Asid folic penting untuk mengurangkan risiko kecacatan pada janin. Selain itu Vitamin B jugak dapat menaikan mood & menyerikan wajah kita selain dapat memberi tenaga di waktu pagi. Sebab tu pengambilan B-complex pada waktu pagi adalah perlu. B-complec juga dapat mengelakan anemia. Sepanjang ambil ni, fa kurang sakit kepala & mood setiap pagi ok je walaupun kerja terlalu banyak dekat opis.

3) Ostematrix.
Oh yes ostematrix ni memang pilihan no 1 fa. Sebab sepanjang fa preggy ni, Fa jarang la kena sembelit & kejang kaki yang memang jadi best buddy perempuan preggy. Kalau fa rasa fa tak buang air dalam sehari, makan je 4 biji oste ni terus je lancar. Kalau malam tu rasa kaki seram-seram sejuk nak kena kejang, Oste la yang bantu kurangkan kekejangan. Kaki pon tak bengkak setakat ni, Alhamdullilah. Sebab dalam oste terdapat kalsium yang mencukupi untuk tampung ibu dan baby. Jadi tak adalah sangat masalah sakit pinggang, sakit tulang belakang. Oste pon buat fa tido malam lebih lena.

4) Vita C
Fa ngaku fa leka dalam pengambilan Vitamin C, sebab tu fa selalu demam & selsema mungkin. Tapi lepas fa paksa diri untuk rajin makan Vita C ni, hidung fa yng selalu sumbat dah rasa clear sikit. Kalau tak hidung selalu sumbat waktu pagi & malam kalau sejuk atau hujan. Tapi sekarang setiap pagi mesti tak da dah hidung sumbat sebab setiap pagi hingus & lendir-lendir tu senang je keluar bila hembus.

5) Omega Guard
Selain Oste, ni la supplemen yang BEST! Semenjak masuk Trimester ke 2 fa dah start makan omega ni. Hasilnya berat naik sikit-sikit je. Baby naik takpe.. jangan mamy. Kembang pon kembang sebab preggy, takde la sampai overweight. Berat fa still ditahap normal kata doktor lah. Selain itu DHA yang terkandung dalam Omega ni baik untuk otak, dan untuk perkembangan fetus. So nanti Si Precious ni lahir mesti bijak cam mamy. eh?? heheh In Sha Allah :)

6) ESP
Protien ialah makan sel yang berfungsi untuk mengekalkan pertumbuhan normal dan memelihara tisu dalam tubuh. ESP bagi fa tenaga extra sepanjang hamil ni disebabkan kerja yang berlambak di opis sampai fa tak sempat nak breakfast, jadi ESP ni buat fa tahan lapar sementara nak tunggu breaklunch. Esp jugak buat kulit jadi cantik. Nanti Si precious lahir mesti cantik. hehehe

Jadi nampak tak kebaikkan yang fa dapat dari pengambilan Set Lengkap Hamil Shaklee ni? Kalau nak tahu detail pasal Set BEST ni boleh baca kat previous link (Klik Klik Klik) ok.

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Tuesday, October 22, 2013

Serangan Asma ketika Hamil

Serangan Asma semasa hamil memang merimaskan dan merisaukan. Sekiranya tidak dipantau dan dikawal akan mendatangkan bahaya kepada bayi dalam kandungan disebabkan kekurangan oksigen.

Secara kasar seramai 1/3 wanita yang mengalami asma merasakan asma mereka semakin pulih semasa hamil tetapi selebihnya merasakan semakin teruk dan tidak ada perubahan. Biasanya asma akan menyerang wanita hamil semasa berada dalam Trimester ke-2 dan akan menjadi semakin teruk bila masuk Trimester ke-3. Oleh itu wanita yang menghidap asma dan hamil perlu mendapat nasihat dari doktor dan seharusnya memberitau doktor anda yang anda penghidap asma.

Kesan pada Bayi:
Asma semasa hamil sekiranya tidak dikawal boleh memberi kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan ini kerana wanita hamil yang menghidap asma berisiko mengalami tekanan darah tinggi sekaligus mendorang pada kelahiran pramatang. Sekiranya mereka mengalami alahan mengandung yang teruk, mereka juga boleh terdedah kepada risiko pendarahan dan semasa proses bersalin, jika paru-parunya tidak berfungsi dengan baik, proses bersalin mungkin akan menjadi kurang lancar. (Mintak jauh la dari fa & baby- Nauzubillah min zalik)

Juga dikuatiri apabila oksigen yang sepatutnya diperolehi oleh bayi tidak mencukupi, pembesarannya mungkin akan terbantut, berat bayi yang kurang dan boleh menjadi punca kematian bayi. (Astagfirullah)

1)dapatkan kaunseling daripada doktor anda untuk menguruskan asma sebelum hamil.
2)ukur tahap asma.
3)teknik gune inhaler.
4)ambil ubat~secara umumnya ubatan asma adalah selamat digunakan semasa hamil termasuklah ubat steroid.ada juga ubatan yang tidak boleh diambil oleh ibu hamil antaranya prostaglanding F2 alpha dan ergometrine(ubat kecutkan rahim).
5)maklumkan kepada doktor sebelum bersalin  yang anda ada asma.



Supplemen Shaklee untuk penghidap Asma :



1) Omega Guard 
Selalunya pengidap asma akan diberikan dengan steroid yang akan memberi kesan sampingan dalam masa jangka yang panjang. Dengan pengambilan Omega 3 mampu bertindak sebagai steroid tetapi tidak akan memberi kesan sampingan seperti steroid. Kajian menunjukkan mereka yang menghidap penyakit inflamasi seperti asma mempunyai kandungan Omega - 3 yang rendah. Oleh itu pengambilan Omega -3 dari minyak ikan yang terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi.
Bonus kepada ibu menyusu & hamil kerana kandungan DHA yang terdapat dalam Omega Guard akan disalurkan kepada bayi. (DHA baik untuk perkembangan otak bayi)

Lain-lain Supplemen untuk penghidap Asma:


Nutriferon 
Dikenali sebagai Immune booster dan sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mempunyai masalah Antibodi yang lemah, senang sakit dan lambat untuk pulih.

Siapa yang perlu Nutriferon?
- Mereka yang mempunyai antibodi yang rendah
- Mereka yang sering sakit,demam,selsema
- Mereka yang sering Stress.
- Mereka yang terdedah dengan penyakit merbahaya.
- Ibu yang menyusukan anak tetapi anaknya sering demam atau sakit yang berpanjangan.
- Mereka yang sering travel & keluar negara.
- Mereka yang alergi dan eczema.

Mealshakes
Siapa yang memerlukan Mealshakes Shaklee? 
~Anak yang kerap demam
~Anak yang kurang selera makan
~Anak yang obesiti
~Anak yang ada asthma
~Anak yang kerap sembelit
~Ibu Hamil & Menyusu
~Mereka yang ingin tambahkan berat badan



Shaklee ID (949399)

Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Monday, October 21, 2013

My Precious : Hidung Tersumbat vs Asma

Salam Sayang Semua.


Ramai orang yang tak suka Hari Isnin sebab Monday Blues. Tapi fa suka hari isnin sebab isnin hari bermula minggu baru bagi fa & semangat baru untuk lalui hari-hari yang mendatang.

Tapi bukan Isnin yang ini, Isnin yang ni isnin yang menyedihkan. Pagi-pagi lagi en suami dah bawak fa pergi Hospital Serdang untuk ambil Nebulizer (Neb) sebab fa dah seminggu sesak nafas tak boleh bernafas secara normal.

Puncanya fa batuk dan selsema yang teruk tak baik-baik. Fa pulak risau nak guna inhaler sebab takut effect dekat baby. Walaupun orang cakap selamat, tapi sebab fa tak jumpa doc so fa ragu-ragu. Ni kan 1st pregnancy fa, so fa memang naive dalam hal-hal berkaitan kehamilan ni. Nak refer orang pon fa tak sure. huhuhu.. FYI ,fa memang ada asma sejak kecil, tapi asma fa tak teruk sampai masuk hospital or kena ada inhaler 24 jam. Inhaler fa pon main campak-campak je. Tapi bila nak masuk 8 bulan ni tetiba je rasa sesak nafas. Nak bernafas pon limited. Sebab risau baby tak dapat cukup oksigen, so fa pon ajak en suami pergi ambil Neb dekat Hospital Serdang.

Sampai-sampai kat sana fa kena tahan kat Wad Bersalin. Memang tunggu lama jugak la semata nak ambil Neb tu. Nurse just suruh pam pakai Inhaler sementara nak tunggu katil kosong untuk ambil Neb. Memang panic la jugak, bukan panic sebab fa asma tau. Sebab depan mata ni hah orang tengah contraction!! SERAM hokeh!! Bukan sorang.. 2 3 orang tengah sakit contraction keliling katil fa. Fa dengar-dengar jugak ada yang kena tunggu sebab katil tak ada. Ya Allah, time ni la fa rasa SYUKUR Allah murahkan rezeki fa untuk bersalin dekat Private Hospital.

Ok bukan nak cerita pasal Gov Hospital, sambung cerita.

Bila fa dah dapat katil ada pegawai kesihatan datang chek fa, dia kata memang fa macam susah nafas takut sebab hidung fa tersumbat sebab tu susah nafas. Tu pon fa fikir jugak, sebab lepas dapat pakai neb, fa rase sama je. Tak la lega pape pon. Tapi sebelum dapat pakai Neb tu 2 kali nurse tu tuka wayar sebab tak berfungsi. Haissss. So dalam kepala ni fikir Neb yang fa guna tu tah-tah rosak gak. huhuhu.

Sebab tak sanggup nak tengok dan dengar orang sakit contraction, fa keluar dari wad pergi duduk kat ruang depan. Banyak kali fa tanya nurse lepas ni nak tunggu apa? dah boleh balik ke? Tapi nurse suruh tunggu Doktor. Ok campur tolak 5 Jam jugak la fa kat sini. Kesian En.Suami tunggu panic-panic kat luar padahal fa kat dalam ok je.

Sebab dah lama sangat, fa pon rasa lagi lama fa kat sini kang lagi semput, fa mintak juga nurse tu untuk balik, So lepas dapat balik buku merah & surat MC (5 Hari MC hokeh!! yihaaa) fa kena g farmasi ambil ubat. Fa dapat lagi satu Inhaler (Steroid) ubat batuk dan antibiotik. Pegawai Kesihatan tu soh fa datang balik refer dengan Pakar Asma & Bersalin next week untuk check tahap oksigen baby. Hope la baby takde pape. Dia yang penting sekarang ni. Memang nangis jugak la bila fikir Si kecik dalam ni.

Doakan Kami ye Semua :( 

Wednesday, October 2, 2013

TRIMESTER 3 Here I COME - Petua Mudah Bersalin.

Salam Sayang Semua,


Hari ni Si Precious masuk 7 Bulan (Alhamdullilah) & hari ni best sebab hari intai-intai si precious dekat Hospital Columbia Puchong dengan Dr.Raja. Ingatkan hari ni dapat la borak-borak dengan Dr.Raja pasal kos bersalin. Tapi sebab dia ada emergency case so tak dapat la borak lama dengan dia. Bulan depan In Sha Allah fa akan selidik kasi habis kos bersalin dekat dia eh untuk korang.
Dr.Raja bagitau Si Precious sihat, cukup sifat, berat ok, besar ok, semua la ok so nak cakap ape lagi kan... tu je yang fa nak dengar heheh. Next appointment dengan Dr.Raja 30/10/13 (8 Bulan)

Bila dah masuk 7 Bulan ni, banyak la fa dengar dan tahu petua-petua memudahkan bersalin. Fa ada la google-google & ada antaranya fa dapat dari kawan-kawan & saudara mara.

PETUA MUDAH BERSALIN.

1) Isap ujung rambut selepas mandi.
Fa akan selawat banyak-banyak, niat dalam hati supaya mudah bersalin, kemudian hisap hujung rambut yang air tengah mengalir. Orang tua-tua cakap supaya kelahiran selancar air yang mengalir tu.

2) Doa selepas Solat.
Letak tapak tangan kanan dekat ulu hati, baca Al-fatihah 1x, Surah Al-Ikhlas 3x, Selawat Nabi 3x, Kursi 1x, Surah Anbiya 1x, kemudian turunkan tapak tangan sampai pusat dan niat semoga Allah lahirkan bayi dengan kelahiran yang mudah dan selamat dan kurangkan sakit bersalin dan lurutkan tapak tangan sampai melepasi tundun faraj ( Niat dengan hati yang ikhlas & sungguh-sungguh)

Surah Anbiya Ayat 87

3) Perbanyakkan Zikir.


4) Minum air kalapa Muda
Fa belum dapat minum lagi. Nanti nak mintak En Suami belikan kelapa muda la.. yummm

5) Bersetubuh dengan suami lebih kerap di akhir kehamilan.
Errr... tapi ni kira petua TOP 10 jugak la. Bila tanya je.. ni la jawapan orang, kerap bersetubuh.

6) Banyakkan membuat kerja-kerja rumah.
Yang ni fa suka, bila masuk 7 bulan ni fa memang suka berkemas, mop lantai sapu sampah. Sebab fa rasa rimas dengan rumah yang semak. Nak tunggu en Suami yang balik lambat memang tak la. Jadi bila ada masa je fa akan berkemas.

7) Dapatkan ketenangan Maximun
Dengan membaca Al-Quran, Dengar ayat-ayat al quran dan berzikir buat fa dekat dengan Allah. Jadi Hati fa semakin tenang walaupun kerja fa yang stress dekat opis tu fa cuba lawan.

8) Sentiasa bercakap-cakap dengan baby.
Bila mamy tenang, baby pon tenang. Fa seboleh-boleh cuba bersikap positif dengan bercakap-cakap dengan si Precious hari-hari :)

9) Banyakkan berjalan.
Siapa kata shopping tu membazir masa?? Penting ok untuk perempuan preggy cam fa ni. Nak pergi taman mana la en suami ada masa kan.. jadi bila ade waktu tu pergi shopping jalan la satu mall tu. Penat duduk rest. Selain dapat excersice, dapat gak ilangkan stress ye tak?? Shopping dan wanita mana boleh dipisahkan.. hihihi

10) Kerap kencing & mencangkung.
Orang cakap, kerap kencing mencangkung dapat mudahkan bayi untuk keluar. Jadi kerap-kerap la kencing mencangkung ye.

11) En Suami semua, silalah memaafkan dosa-dosa isteri anda ye.

12) Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) . 



Checkup 7 Bulan


Ya Allah, Selamatkan lah anak yang ku kandung ini. Lahirkan dia dengan mudah dan selamat. Panjangkan lah umur nya. Sihatkan lah tubuh badannya, sempurnakanlah anggota badannya, Cantikan lah rupa parasnya.
Ya Allah, Permudahkan lah urusan-urusan ku ketika saat-saat melahirkan. Kuatkan lah aku dan ringankan lah keatasku penderitaan bersalin. Sesungguhnya Kau lah ya maha mengasihani.
Amin.

Sharing Is Caring :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...