Salam Sayang Semua.
Ramai orang yang tak suka Hari Isnin sebab Monday Blues. Tapi fa suka hari isnin sebab isnin hari bermula minggu baru bagi fa & semangat baru untuk lalui hari-hari yang mendatang.
Tapi bukan Isnin yang ini, Isnin yang ni isnin yang menyedihkan. Pagi-pagi lagi en suami dah bawak fa pergi Hospital Serdang untuk ambil Nebulizer (Neb) sebab fa dah seminggu sesak nafas tak boleh bernafas secara normal.
Puncanya fa batuk dan selsema yang teruk tak baik-baik. Fa pulak risau nak guna inhaler sebab takut effect dekat baby. Walaupun orang cakap selamat, tapi sebab fa tak jumpa doc so fa ragu-ragu. Ni kan 1st pregnancy fa, so fa memang naive dalam hal-hal berkaitan kehamilan ni. Nak refer orang pon fa tak sure. huhuhu.. FYI ,fa memang ada asma sejak kecil, tapi asma fa tak teruk sampai masuk hospital or kena ada inhaler 24 jam. Inhaler fa pon main campak-campak je. Tapi bila nak masuk 8 bulan ni tetiba je rasa sesak nafas. Nak bernafas pon limited. Sebab risau baby tak dapat cukup oksigen, so fa pon ajak en suami pergi ambil Neb dekat Hospital Serdang.
Sampai-sampai kat sana fa kena tahan kat Wad Bersalin. Memang tunggu lama jugak la semata nak ambil Neb tu. Nurse just suruh pam pakai Inhaler sementara nak tunggu katil kosong untuk ambil Neb. Memang panic la jugak, bukan panic sebab fa asma tau. Sebab depan mata ni hah orang tengah contraction!! SERAM hokeh!! Bukan sorang.. 2 3 orang tengah sakit contraction keliling katil fa. Fa dengar-dengar jugak ada yang kena tunggu sebab katil tak ada. Ya Allah, time ni la fa rasa SYUKUR Allah murahkan rezeki fa untuk bersalin dekat Private Hospital.
Ok bukan nak cerita pasal Gov Hospital, sambung cerita.
Bila fa dah dapat katil ada pegawai kesihatan datang chek fa, dia kata memang fa macam susah nafas takut sebab hidung fa tersumbat sebab tu susah nafas. Tu pon fa fikir jugak, sebab lepas dapat pakai neb, fa rase sama je. Tak la lega pape pon. Tapi sebelum dapat pakai Neb tu 2 kali nurse tu tuka wayar sebab tak berfungsi. Haissss. So dalam kepala ni fikir Neb yang fa guna tu tah-tah rosak gak. huhuhu.
Sebab tak sanggup nak tengok dan dengar orang sakit contraction, fa keluar dari wad pergi duduk kat ruang depan. Banyak kali fa tanya nurse lepas ni nak tunggu apa? dah boleh balik ke? Tapi nurse suruh tunggu Doktor. Ok campur tolak 5 Jam jugak la fa kat sini. Kesian En.Suami tunggu panic-panic kat luar padahal fa kat dalam ok je.
Sebab dah lama sangat, fa pon rasa lagi lama fa kat sini kang lagi semput, fa mintak juga nurse tu untuk balik, So lepas dapat balik buku merah & surat MC (5 Hari MC hokeh!! yihaaa) fa kena g farmasi ambil ubat. Fa dapat lagi satu Inhaler (Steroid) ubat batuk dan antibiotik. Pegawai Kesihatan tu soh fa datang balik refer dengan Pakar Asma & Bersalin next week untuk check tahap oksigen baby. Hope la baby takde pape. Dia yang penting sekarang ni. Memang nangis jugak la bila fikir Si kecik dalam ni.
Doakan Kami ye Semua :(
No comments:
Post a Comment