Lately fa selalu rasa tak sedap badan, bila fikir mungkin sebab preggy, so apa yang fa buat fa rest, minum air banyak-banyak. Tapi bila terbaca pasal Healing Crisis (krisis penyembuhan), fa mula rasa yang fa pon terkena Healing Crisis ni. Ini adalah tindakbalas yang normal bagi mereka yang makan supplement/vitamin di mana tubuh badan mula memberikan tindakbalas terhadap sesuatu jenis rawatan yang diterima. Keadaan ini menyebabkan proses pembuangan toksin berlaku. Toksin yang berada di dalam badan akan di detox keluar.
So apa Healing Crisis ni?
Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
A:Ia
merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk
membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal
bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang
telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses
penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang
membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan.
Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis
penyembuhan.
Q:Mengapakah
krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
A:Menurut
Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita
menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan
oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi
menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama
dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda
akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan
satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah
sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan
serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar
daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih
teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi
selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan
kembali bersih seperti baru.
Q:Adakah
krisis penyembuhan petanda yang baik?
A:Ya.
Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan
kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir
yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses
penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk
mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan
hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup
kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses
penyembuhan itu berlaku.
Q:Adakah
setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?
A:Setiap
orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan
sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan
merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin
di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Q:Secara
umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia
sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin
mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Q:Ramai
orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya
masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang
perubahan, Mengapa?
A: Secara
umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah
merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih
baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai
masalah seperti:- Tidak mengamalkannya setiap
hari
- Tidak mengikut dos yang
telah di cadangkan
- Takut kepada krisis
penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
- Pemakanan yang tidak
sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
- Mengalami penyakit kronik
yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
- Mengalami keadaan yang
kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun
makanan tambahan
- Mengalami masalah emosi
Tanda-tanda
& Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami
Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:
Krisis
Penyembuhan Penerangan / Penyebab
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity
Sebab itu fa selalu pesan & galakkan customer-customer fa minum air yang banyak. At least 3 L sehari. Supaya toksik senang dipam keluar dari badan & cara yang paling baik untuk menghilangkan Healing Crisis ini.
‘Healing crisis’ bukan petanda buruk sebaliknya ia bermakna badan anda sedang melalui proses pemulihan diri.
Sharing Is Caring :)
No comments:
Post a Comment