Nuffnang

Thursday, October 31, 2013

Petua : Lega hidung tersumbat cara alami

Salam Sayang Semua

Selain ubat doc yang melegakan hidung sumbat, Fa google la jugak cara-cara alami nak hilangkan hidung sumbat yang menganggu ni. Kalau boleh takmo la 100% dengan ubat doc kan. Mana elok. Lebih-lebih lagi membawa Si Precious ni. Memang la Doc cakap ubat ni save for baby, tapi entah la.. hati fa still rasa kesian dekat si precious. Lagipun fa ni kalau selsema atau batuk memang lambat baik. Jadi ni cara yang fa buat kalau hidung tersumbat. Bukan la 100% terus baik tapi ia melegakan la. Boleh juga buat pada bayi /anak anda nanti if mereka anda ada masalah yang sama.

1) Steam & Percussion.
Cara : Ambil besen kecik yang cukup besar untuk seluruh muka. Letak air panas & wapkan muka. Selukup muka sengan towel mandi supaya boleh serap wap-wap panas tu. Memang lega bila hingus mula keluar & hidung sumbat tu clear.

2) Minyak kayu putih.
Cara : Sapu minyak kayu putih dekat betis & tapak kaki pastu pakai stokin setiap malam. Sapu jugak minyak kayu putih dekat ubun-ubun kepala. Kalau nak sapu kat dada pon boleh. Memang melegakan bila tido. En.suami cakap nafas fa takde la berbunyi.

3) Minum air panas suam.
Cara : Bila sesah nak nafas, fa cepat-cepat minum air panas suam. Panas sikit takpe janji dada rasa clear.

4) Vicks
Cara : Sapu je vicks kat dada, hidung, belakang tengkuk, dahi, ubun-ubun . Vicks is the BEST. 

Cara Alami yang boleh diguna pakai :

1) Kunyit Hidup.

Cara : Ambil sebuku kunyit hidup, potong serong, sapukan pada batang hidung. In Sha Allah selsema akan kering dan melegakan hidung tersumbat.

2) Kapur Sirih.
Cara : Ambil sedikit kapur sirih, sapukan secara nipis pada batang hidung ia dapat melegakan hidung tersumbat dan buat anda tidur lena je.

3) Minyak bawang putih
Cara :  bakar seulas bawang putih beserta kulitnya hingga kulit kehitaman, kemudian hancurkan dlm sesudu minyak masak/olive oil.Minyak tu sapu pd bahagian dada, belakang badan dan batang hidung.amalkan 3 kali sehari.

Ok dah tau tips & petua alami ni hope pasni kurang la selsema & hidung tersumbat ni. Sambil-sambil buat tu selawat 3X & niat semoga Allah sembuhkan. 

RIMASS!!!!
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...