Nuffnang

Wednesday, July 27, 2016

Terminate Astro kena Kuat Semangat!


Hai semua.. tengah buat ape tu? Fa biasa la.. suri rumah kan.. buat apa lagi kalau tak masak, layan anak, layan suami, layan family... Hari ni special sikit sebab ada yang datang beraya.. dari siang sampai tadi last tetamu yang balik. Orang kata tetamu bawa rezeki.. Alhamdullilah tetamu datang.. sales juga masuk tak putus. Alhamdullilah



Bila tetamu datang, benda yang dorang tengok mesti TV.. lepas tu baru ke meja makan..kan? Bila tengok TV kami tayang cerita yang mereka tak pernah tengok mulalah tanya-tanya.. atau ada yang datang mintak tukarkan channel Astro sekian-sekian sebab nak tengok taknak miss cerita tu.. haisss... Jawapan fa ulang-ulang gini "Ye.. kami takde Astro dah. Dah lama terminate. Sekarang kami guna HyppTV je. Skali ngan Unifi, rasa lebih jimat"

Sedar tak sedar dah nak masuk 4 bulan kot kami hidup TANPA Astro dan alhamdullilah masih diberi kekuatan yang kental 😅 Bukan tak tau, ada je yang dah terminate Astro tapi tup tap sambung balik. Betul! kalau dah biasa hidup ngan Astro, bila takde ni hidup umpama takde erti.. cehhhwahhh.. Dahsat kan penangan Astro tu. En.Suami cakap Astro tu pandai, dia letak cerita best-best sampai kita leka tak sedar. Kannn...?

HyppTV bukan macam Astro. Astro walaupun rancangannya banyak yang ulangan tapi ceritanya semua updated. Astro suka buat premier, cerita baru-baru. Macam HyppTV yang bosan dia kat sini lah.. movie baru-baru semua dia letak kat  HyppFlicks Plus, kalau nak tengok silalah bayo ye.. RM10-20 anda boleh tengok dalam masa 48jam. Ada je channel movie yang dalam pakej tertentu yang anda boleh ad on.. macam channel Play box, Hypp Flicks.. Tapi cerita dalam tu tak updated pon. Cerita pon cerita zaman tok kaduk.. bosan! Jadi bertabah lagi lah.... 

Fa ambil pakej Aneka Pack. Dalam Aneka Pack ni kebanyakkannya cerita melayu.
HyppSensasi
HyppInspirasi
Dunia Sinema
Astro Awani
Sony Max
Free Channel + Local Channel - Tv1,Tv2, Tv3,Tv9, NTV7, 8Tv... 

Disebabkan Channel yang sedia ada ni agak membosankan, dan suami pulak jenis yang suka tengok TV bila dia balik kerja...Airis pulak jenis asik-asik nak tengok kartun je... fa addon
Baby First TV RM6
Nick Jr RM6
Playbox RM10
Warner TV RM9
HyppDino RM10

Playbox tu channel movies, tapi kebanyakan movie dia movie lama & banyak cerita thailand, cite philiphine, kadang-kadang boleh layan.. kadang-kadang rasa menyesal je add on ..  Setiap bulan sepatutnya Play Box ni akan update cerita baru.. kira setiap bulan lain-lain cerita.. tapi dah beberapa bulan ni sama je ceritanya.. alahaii... 

Mungkin sebab fa ambik pakej Aneka.. kalau anda jenis yang suka tengok TV, layan TV Series, Sports.. anda boleh ambil pakej Jumbo Pack yang lebih banyak channel, tapi harga dia hanya RM60 sebulan. Cuma takde channel melayu laa.. nak tengok drama melayu..kena add on channel macam fa buat ni.

Customer service UNIFI pon hanya bekerja office hour. Jadi kalau nak call malam-malam gini memang takdapek la yo. Lagi pun yang malasnya nak call UNIFI service center ni satu je. 1 department 1 soalan. Kalau nak tanya pasal bill hanya bill je..lain-lain kalau nak tanya soalan lain, samaada mereka akan transfer call ke department lain tu (selalu terputus) atau anda call balik customer service untuk soalan no 2 anda tu. Kalau 5 soalan lain-lain, maknanya 5 kali kena call.. huhuhu... Pening kepala!

Anda baca je macam-macam hal kan? Overall HyppTV ok la jugak. Dari segi penjimatan tu memang terbaik. Yang penting kekuatan mental tu. Fa yakin, pihak TM Unifi mesti akan buat something dengan HyppTV ni dari masa ke semasa. Harapnya laah

Bagusnya lagi..En.suami naik bilik awal.. kalau masa ada Astro dulu dia sanggup tido bawah sampai pagi sebab melayan movie... Bagus kan?

Pssstt...Ada ke yang berangan-rangan nak terminate Astro?? 

===========================================

PENGEDAR SHAKLEE SRI PETALING, PENGEDAR SHAKLEE BUKIT JALIL, PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BESI, PENGEDAR SHAKLEE TASIK SELATAN, PENGEDAR SHAKLEE KUCHAI LAMA,PENGEDAR SHAKLEE OUG

Whatsapp/SMS/Telegram 012-3841916
Like us on Facebook : Finurz Creations
Follow us on Instagram : @finurz_creations


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...