Salam Sayang Semua,
Entri Fa kali ni nak fokus pada konsep penyusuan susu ibu. Ramai kot kat luar sana masih tak faham konsep sebenar penyusuan susu ibu ni. Nak kan susu yang banyak, tapi tak buat cara yang betul. Berapa banyak atau hebat macamana pon supplemen yg kita ambil, if tak faham konsep sebenar penyusuan pon xkan dapat result yang memuaskan. Jom kita tengok konsep asas penyusuan susu ibu yang fa share dari rakan-rakan blogger.
Kekerapan Menyusukan bayi
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 2 jam pada siang hari. Periksa lekapan dan kedudukan bayi agar menghisap dgn betul. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada 3- 4 jam.
Kerapkan sesi mengepam
Pam payudara setiap kali slps menyusu. Untuk ideal pam lah setiap 3 jam (8x sehari). Jika payudara berasa agak lembut slps bayi menyusu maka kita boleh mengepam di antara waktu menyusu (mungkin boleh jarak kan masa mengepam sejam selepas menyusukan bayi). Pam lah dengan kerap untuk memastikan payudara benar-benar kosong. Mengepam di waktu malam dengan kerap dapat merangsangkan penghasilan susu yang banyak kerana hormone prolactin dirembeskan dengan banyak pada waktu malam
Pemakanan yang teratur dan seimbang
Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan (nutrient yang lengkap dan berkahsiat. Banyakkan minum air (digalakkan air suam) sepanjang hari sekurang-kurangnya 2L sehari. Pengambilan supplement penting sekiranya ibu tidak dapat mengamalkan gizi pemakanan yang seimbang.
< Keyakinan dan semangat yang berterusan
Ini penting kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.Gembira serta berfikiran positif
Tips :-
Last sekali, baca doa ni hari-hari. Amalkan. In Sha Allah lepas ni boleh breastfeed secara ekslusif :)
<Tak sabar nak breastfeed Si Precious>
Sharing is Caring :)
**Credit
No comments:
Post a Comment