Nuffnang

Monday, October 28, 2013

Set Hamil Lengkap Memang Awsome!!

Salam Sayang Semua.

Fa baru je habis cuci sawang-sawang dekat blog ni, Fuhhh.. Sambil-sambil tu fa tengok-tengok calender nak kira bape hari lagi la fa nak lahirkan si precious. Pejam celik pejam celik dah nak akhir bulan 10, maknanya lagi sebulan la eh fa nak bersalin. YESS!

Selama 7 bulan ni fa memang ambil straight supplemen Shaklee. Dari Trimester 1 sampai la dah Trimester 3. Bukan la fa nak cakap fa ni tak ada masalah langsung sepanjang preggy cuma supplemen ni sangat-sangat membantu fa dapatkan kembali tenaga sepanjang fa preggy. Alhamdullilah. Memang banyak mulut-mulut jahat yang kondem cakap fa ni makan Shaklee telan supplemen macam-macam, tapi semput gak, demam gak, tak sehat gak..macam-macam la tapi FYI fa pon manusia, tak lepas dari dugaan Allah kan. Ini bahagian yang fa terima, fa redha. Cuma nya Shaklee ni bantu fa n baby rasa lebih sehat dan tenaga sepanjang fa tak sehat. Sebab Shaklee ni 100% organic dan selamat diambil oleh wanita preggy cam fa ni. Jadi fa tak perlu takut effect pada baby. Jom kita baca apa kebaikkan yang fa dapat dari pengambilan Set Hamil Lengkap Shaklee.

Set Hamil Lengkap :

1) Vitalea
Vitalea ni ialah multivitamin yang mengandungi 28 Vitamin dan Mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Sepanjang Fa hamil, fa tak ada langsung masalah HB low. Cuma waktu bulan puasa turun sikit sebab Fa selalu skip makan Vitalea ni sebab sahur fa mesti minum susu. PANTANG Vitalea ni tak boleh minum dengan susu. Jarakkan dalam 2 Jam pengambilan if kita minum susu. Dalam Vitalea juga terkandung Zinc. Jadi minum air yang banyak untuk elakkan sembelit. (kalau pergi Klinik pon dorang bagi Zinc kan? so Vitalea ni pengganti Zinc la lebih kurang)

2) B Complex
B-complex pulak ialah vitamin larut air yang lengkap dengan vitamin B dan asid folic. Asid folic penting untuk mengurangkan risiko kecacatan pada janin. Selain itu Vitamin B jugak dapat menaikan mood & menyerikan wajah kita selain dapat memberi tenaga di waktu pagi. Sebab tu pengambilan B-complex pada waktu pagi adalah perlu. B-complec juga dapat mengelakan anemia. Sepanjang ambil ni, fa kurang sakit kepala & mood setiap pagi ok je walaupun kerja terlalu banyak dekat opis.

3) Ostematrix.
Oh yes ostematrix ni memang pilihan no 1 fa. Sebab sepanjang fa preggy ni, Fa jarang la kena sembelit & kejang kaki yang memang jadi best buddy perempuan preggy. Kalau fa rasa fa tak buang air dalam sehari, makan je 4 biji oste ni terus je lancar. Kalau malam tu rasa kaki seram-seram sejuk nak kena kejang, Oste la yang bantu kurangkan kekejangan. Kaki pon tak bengkak setakat ni, Alhamdullilah. Sebab dalam oste terdapat kalsium yang mencukupi untuk tampung ibu dan baby. Jadi tak adalah sangat masalah sakit pinggang, sakit tulang belakang. Oste pon buat fa tido malam lebih lena.

4) Vita C
Fa ngaku fa leka dalam pengambilan Vitamin C, sebab tu fa selalu demam & selsema mungkin. Tapi lepas fa paksa diri untuk rajin makan Vita C ni, hidung fa yng selalu sumbat dah rasa clear sikit. Kalau tak hidung selalu sumbat waktu pagi & malam kalau sejuk atau hujan. Tapi sekarang setiap pagi mesti tak da dah hidung sumbat sebab setiap pagi hingus & lendir-lendir tu senang je keluar bila hembus.

5) Omega Guard
Selain Oste, ni la supplemen yang BEST! Semenjak masuk Trimester ke 2 fa dah start makan omega ni. Hasilnya berat naik sikit-sikit je. Baby naik takpe.. jangan mamy. Kembang pon kembang sebab preggy, takde la sampai overweight. Berat fa still ditahap normal kata doktor lah. Selain itu DHA yang terkandung dalam Omega ni baik untuk otak, dan untuk perkembangan fetus. So nanti Si Precious ni lahir mesti bijak cam mamy. eh?? heheh In Sha Allah :)

6) ESP
Protien ialah makan sel yang berfungsi untuk mengekalkan pertumbuhan normal dan memelihara tisu dalam tubuh. ESP bagi fa tenaga extra sepanjang hamil ni disebabkan kerja yang berlambak di opis sampai fa tak sempat nak breakfast, jadi ESP ni buat fa tahan lapar sementara nak tunggu breaklunch. Esp jugak buat kulit jadi cantik. Nanti Si precious lahir mesti cantik. hehehe

Jadi nampak tak kebaikkan yang fa dapat dari pengambilan Set Lengkap Hamil Shaklee ni? Kalau nak tahu detail pasal Set BEST ni boleh baca kat previous link (Klik Klik Klik) ok.

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...