Nuffnang

Wednesday, October 30, 2013

32 Weeks - Hari Checkup Si Precious

Salam Sayang Semua.

Hari ni hari mengintai Si Precious. Alhamdullilah fa dah masuk 3rd Trimester = 8 Bulan. Lagi sebulan setengah fa nak bersalin.
30/11/13 = 8 Bulan
Benda yang paling fa nak tau ialah kedudukan si precious. Alhamdullilah Dr Raja cakap si precious dalam kedudukan yang betul. Mood Si Precious baik hari ni sebab dia nak tunjuk muka dia. Sekali Dr.Raja cakap "Eh Muka dady dia la..sebijik" Kembang kecut en suami bila Dr.Raja cakap macam tu. Mesti la kan anak babah ni kat dalam.

Latest berat si precious 2KG. At 1st fa takut gak.. macam berat je baby. Macam besar je.. tapi bila Dr.Raja tengok graft dia kata normal. Alhamdullilah. Baby ok semua nampak sempurna.

Fa dah janji kan nak selidik cost bersalin dekat Hospital Columbia Puchong ni, so ni Dr.Raja bagitau:

Normal = RM 3K (including bilik,bersalin,nurse ubat ....)
Czer = RM7K

No hidden charges kecuali baby & mummy ada masalah. Tapi pape pon silalah saving duit lebih dari RM 7K ye incase pape berlaku. (mintak jauhkan dari kami Ya Allah)

Fa bagitau jugak ngan Dr.Raja yang fa kena tahan ward dekat Hospital Serdang sebab fa asthma. So Dr.Raja buat appointment dengan Dr.Jurina pakar paru-paru untuk checkup nanti. Haisss... 


So konfem la HOSPITAL COLUMBIA ASIA PUCHONG menjadi pilihan fa bersalin.Hope Allah mudahkan segala urusan nanti & murahkan lagi rezeki fa dan suami -Amin-
Hospital Columbia Asia Puchong


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...