Nuffnang

Monday, November 3, 2014

Cirit-birit dan food poisoning - tak mengganggu penyusuan ibu.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

2 am
Tetiba sakit perut memulas. Kepala pulak rasa pusing-pusing.
Hati dah tak berapa best. Tengok Airis lena je tido kat sebelah, bergegas ke bilik air. Memang sah - cirit birit. Kalau nak tau food poisoning kena kira kebelakang 8 jam sebelum makan apa. Konfem nasi lemak pagi tadi tapi makan lewat petang.

6 am
Berterusan sakit perut, masa solat subuh rasa terhuyung hayang nak pitam. Terus pergi dapur, minum air masak banyak-banyak. Disebabkan membuang tak berhenti bancuh teh pekat minum then susukan airis sampai tertidur.

8 am
Dah beransur ok, cuma perut masih rasa berbisa. Tengok Airis ok je takde simptom-simptom cirit birit atau sakit perut. Ye lah, benda yang ada kat dalam kepala, fa ni fully breastfeed, kalau fa salah makan mesti effect kat airis. Doa hope airis ok.

Fa ni memang jarang kena food poisoning atau cirit birit. Paling-paling pon fa kembung perut then seingat fa airis pon sama kembung perut sebab fa makan taugeh waktu pantang. Taugeh kan sejuk. Selalu orang pantang memang kena elak makan benda sejuk-sejuk ni.
Mesti ada yang bertanya kan, kalau ibu kena food poisoning atau cirit birit, anak yang menyusu badan akan effect ke? Perlu ke stopkan penyusuan sampai ibu betul-betul sembuh?

Jawapanya ialah...
Bila si ibu terkena cirit birit atau food poisoning, anak yang disusui takkan effect langsung sebab sakit perut atau cirit birit cuma menganggu perut si ibu. Bukan mengalir melalui darah. Melainkan kalau si ibu diberikan ubat hentikan cirit birit dan tak selamat untuk bayi, mungkin perlu stopkan penyusuan sehingga sembuh.

Apa-apa pun minta nasihat doktor dan inform yang anda breastfeeding. Ada je ubat-ubatan yang selamat diambil oleh breastfeeding mom tanpa stop kan penyusuan. Kalau fa, mana mungkin fa stopkan penyusuan dalam masa-masa tertentu kan. Jadi cari alternatif lain untuk legakan sakit perut ni.

Fa dapat nasihat dari kawan-kawan kalau terkena cirit birit selain minum air masak yang banyak, cuba makan bubur nasi. Bubur nasi buatkan perut yang stress masa memulas tu kembali tenang gitu. Makan bubur nasi sampai perut berasa lega. Bubur nasi juga untuk pastikan perut tak kosong. Ye lah, cirit birit semua dah keluar jadi perut jadi kosong. Untuk elakkan dari gastrik atau bertambah sakit alas perut dengan bubur. Tapi fa alas perut makan roti 2 keping & air masak yang banyak. Ok jugak lega sikit perut.

Lagi satu petua dengan makan garam. Ambil secubit garam isap dalam mulut. Bila kita cirit birit, usus kita penuh gas dan berasid. Jadi garam ni bertindak sebagai menutrialkan balik perut yang berasid. Kalau perasan doktor pon akan bagi larutan garam kan? Jadi kalau taknak g klinik tu boleh cuba petua ni.

Pastikan perut anda dapat rehat yang secukupnya. Elakkan makan makanan berasid,bergas, pedas dan bersusu sehingga betul-betul baik.

Jika berlarutan segeralah jumpa doktor untuk rawatan susulan.


Dengan mengambil Performance Drink Shaklee (PD) badan akan mengekalkan bendalir dan kita tak kan mudah dihidrate. Rasa oren yang memyegarkan akan buat perut dan badan berasa selesa dan bertenaga. Pastikan anda ada satu canister PD dekat rumah untuk gantikan minuman isotonik yang bergula dan bergas.

● Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat & gula berlebihan.
● Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
● Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
● Melegakan sering sakit kepala atau migrain.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 bagi semenanjung & RM20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...