Nuffnang

Monday, November 4, 2013

32 Weeks - Buasir Oh Buasir

Salam Sayang Semua.

Semakin hari nak dekat bersalin, macam-macam pulak dugaan fa. Lepas satu-satu penyakit yang datang. Alahai... bukan nak merungut... Fa redha sebab Si Precious dalam ni nak membesar. Tapi memang fa nangis la sebab ada kadang-kadang tu takboleh nak tahan emosi.

Ok back to tajuk entri, BUASIR. Semua of coz tau buasir tu apa kan? Ringkannya ialah pembengkakkan luar biasa pada dubur yang membenjol keluar dan menyebabkan ketidakselesaan seperti terasa sakit, perit, gatal atau berdarah. Buasir disebabkan oleh terlalu banyak tekanan dibahagian rektum yang menyebabkan bahagian dinding vena darah terenggang dan membenjol.

Buasir ada dua jenis :
1) Buasir Dalaman
- Tidak menyebabkan kesakitan.
- Tidak gatal dan tidak boleh merasanya kerana kedudukan di bahagian paling dalam di usus besar.
- Tidak bahaya  tetapi sekiranya berlaku pendarahan perlulah segera dirawat.
Nota kaki : Fa pernah kena masa si Precious berapa bulan tah. Nasib sehari je pastu sekejap pastu dah takde so fa takde la risau sangat.

2) Buasir Luaran
- Sakit, Gatal, Pedih sebab benjolan yang terkeluar dari dubur.
- Benjolan boleh menjadi semakin membengkak.
- Boleh dimasukan dengan cara menolak buasir itu kedalam tetapi sekiranya ia membengkak harus mendapat rawatan dengan segera.
Nota Kaki : Oh yes, ni la yang fa tengah kena.


Punca-punca Buasir :
1) Duduk yang berterusan
2) Batuk teruk
3) Kehamilan
4) Bersalin
5) Mengangkat benda berat
6) Duduk mencangkung didalam tandas dengan terlalu lama.
7) Cirit birit
8) Meneran dengan kuat semasa membuang air besar (Sembelit)

Fa pernah baca & kawan-kawan pernah bagitau, Buasir pada wanita mengandung adalah normal. Rata-rata kalau kita tanya mesti semua wanita mengandung mengalaminya. Beza cuma besar kecik je la bengkak tu kan. Fa pulak lepas je kes fa kena asthma & ambil antibotik hospital, fa skip makan supplemen Shaklee sebab nak concentrate dengan ubat hospital. Last-last mulut semakin kering, terus sembelit dan terjadi la buasir ni. Sebab ubat hospital ni bukan organik macam shaklee. Sebab tu kalau boleh jangan depends sangat dengan ubat hospital. Not Good!

Lagi satu bila kita mengandung, jumlah darah dalam badan bertambah dan tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah dan kemungkinan akan membengkak akibat tekanan yang diterima daripada berat baby yang semakin membesar. Kebanyakkan mereka yang mendapat buasir adalah bila masuk Trimester ke-3 kehamilan (fa la tu!)

(Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.)
**SUMBER

So far bila fa start balik makan Omega & Ostematrix Shaklee, bengkak tu makin surut cuma jadi sakit sebab fa paksa buasir tu masuk dengan menekan masuk tapi dia akan keluar balik. Fa pon dah tak sembelit lagi. Fa pastikan minum air yang banyak.

Tapi percayalah, Buasir sangat merimaskan sama seperti hidung tersumbat. En suami ajak pergi jumpa doc tapi fa takmo sebab fa still boleh handle kesakitan takat ni, (Hebat tak mamy Si Precious ni?) Lagi satu sebab fa dah penat asik kena jumpa Doc je jadi fa decide nak pantau sendiri selagi ia tak membekak dengan besar. In Sha Allah. Mungkin ada je kan petua-petua yang boleh guna nak kecutkan buasir ni. Nanti fa share dengan semua k. 

2 comments:

  1. Cik Mun penah kena masa bersalin anak ke-2. Makan ubat sepital berhari2 takmo baik gak. Last2 yang mujarabnya rebus manjakani dan minum airnya. Baru 2 kali minum dah baik dengan izin Allah. Alhamdulillah... samai sekarang dok amal air rebusan manjakani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cIK Mun memang manjakani mujarab. Manjakani pun elok untuk ketatkan ehem ehem... hehhe tapi masa tu tengah preggy tu la tak berani nak minum air manjakani. :)
      mekasih ye share info ni. Boleh amalkan nanti

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...