Nuffnang

Monday, November 4, 2013

Petua dan Tips : Buasir

Salam Sayang Semua.

Wanita hamil memang tak boleh lepas dengan macam-macam masalah kesihatn. Antaranya buasir. Tapi boleh ke kita elak dari terkena buasir semasa kehamilan?? Buasir terjadi bila kita sembelit & meneran dengan kuat semasa proses membuang air besar. Cara terbaik ialah dengan memastikan kita tidak sembelit supaya pembuangan air besar berjalan dengan lancar dan mudah.

 Tip-tip berikut akan membantu anda:
  • Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
  • Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
  • Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
  • Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil.

Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.  -SUMBER-



Kalau anda degil seperti fa takmo jumpa doc, boleh cuba tip-tip kat bawah ni untuk merawat Buasir yang menganggu.
  • Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
  • Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
  • Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
  • Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.
Fa tanya ramai jugak orang Petua nak kecutkan Buasir ni. Habis la semua dah tau fa kene buasir huhuhu. Aunty fa cakap cuba masukan buasir tu dengan sabun buku. OK bukan la sebuku sabun tu tapi ambil secoet je pastu tolak sama-sama dengan buasir kedalam. Tapi dia kata nanti fa akan yak yak la. (Ok mungkin tidak fa ikut cara aunty fa ni huhuhu)

Last fa tanya kawan opis fa, seingat fa dulu dia pon kena sembelit. Jawapan dia senang BIJI MANJAKANI.
Manjakani - Google
Siapa kata Manjakani ni untuk buat jamu perapat je? Rupanya boleh jugak untuk kecutkan Buasir dan luka lepas bersalin. Manjakani ni boleh beli dekat kedai-kedai india atau kedai-kedai ubat cina. Merata fa cari sampai suruh en suami cari time dia pergi site nanti. Tapi still belum jumpa sebab kebanyakan kedai runcit india kan tutup sebab deepavali. Kedai jamu pulak tak jual yang fresh mcm ni semua dah proses buat jamu. Time fa takmo ade je fa nampak manjakani ni. Time perlu boleh lupa plak mana nak cari. haiz.

Kawan fa cakap, Biji Kani ni gesek belakang lesung, serbuk tu sapu kat buasir. 2 Hari dah kecut. Kena rajin buat setiap malam sebelum tidur. Dia soh cepat-cepat buat sebab dah nak bersalin. Nanti kalau tak kecut masa meneran bersalin takut lagi worst sampai keluar lagi besar!! OMGGG takmo la... Choiii!!

Memang banyak khasiat Biji Manjakani ni, Kalau jumpa memang fa soh en.suami beli sekilo. Nanti masa pas bersalin boleh buat air cuci tutt nak kasi luka jahit cepat baik. Harap-harap la en suami balik kang dia bawak balik manjakani ni.. Help me Ya Allah.

Selain Tip-tip dan Petua ni, fa pastikan fa tak miss makan supplemen Shaklee. At least boleh kurangkan kesakitan & tak buat buasir tu jadi lagi mudarat.

1) Ostematrix 
Untuk elak sembelit jadi lagi.

2) Omega Guard
Untuk mengecutkan bengkak buasir.



Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...