Salam Sayang Semua,
Hari ni Si Precious masuk 7 Bulan (Alhamdullilah) & hari ni best sebab hari intai-intai si precious dekat Hospital Columbia Puchong dengan Dr.Raja. Ingatkan hari ni dapat la borak-borak dengan Dr.Raja pasal kos bersalin. Tapi sebab dia ada emergency case so tak dapat la borak lama dengan dia. Bulan depan In Sha Allah fa akan selidik kasi habis kos bersalin dekat dia eh untuk korang.
Dr.Raja bagitau Si Precious sihat, cukup sifat, berat ok, besar ok, semua la ok so nak cakap ape lagi kan... tu je yang fa nak dengar heheh. Next appointment dengan Dr.Raja 30/10/13 (8 Bulan)
Bila dah masuk 7 Bulan ni, banyak la fa dengar dan tahu petua-petua memudahkan bersalin. Fa ada la google-google & ada antaranya fa dapat dari kawan-kawan & saudara mara.
PETUA MUDAH BERSALIN.
1) Isap ujung rambut selepas mandi.
Fa akan selawat banyak-banyak, niat dalam hati supaya mudah bersalin, kemudian hisap hujung rambut yang air tengah mengalir. Orang tua-tua cakap supaya kelahiran selancar air yang mengalir tu.
2) Doa selepas Solat.
Letak tapak tangan kanan dekat ulu hati, baca Al-fatihah 1x, Surah Al-Ikhlas 3x, Selawat Nabi 3x, Kursi 1x, Surah Anbiya 1x, kemudian turunkan tapak tangan sampai pusat dan niat semoga Allah lahirkan bayi dengan kelahiran yang mudah dan selamat dan kurangkan sakit bersalin dan lurutkan tapak tangan sampai melepasi tundun faraj ( Niat dengan hati yang ikhlas & sungguh-sungguh)
Surah Anbiya Ayat 87 |
3) Perbanyakkan Zikir.
4) Minum air kalapa Muda
Fa belum dapat minum lagi. Nanti nak mintak En Suami belikan kelapa muda la.. yummm
5) Bersetubuh dengan suami lebih kerap di akhir kehamilan.
Errr... tapi ni kira petua TOP 10 jugak la. Bila tanya je.. ni la jawapan orang, kerap bersetubuh.
6) Banyakkan membuat kerja-kerja rumah.
Yang ni fa suka, bila masuk 7 bulan ni fa memang suka berkemas, mop lantai sapu sampah. Sebab fa rasa rimas dengan rumah yang semak. Nak tunggu en Suami yang balik lambat memang tak la. Jadi bila ada masa je fa akan berkemas.
7) Dapatkan ketenangan Maximun
Dengan membaca Al-Quran, Dengar ayat-ayat al quran dan berzikir buat fa dekat dengan Allah. Jadi Hati fa semakin tenang walaupun kerja fa yang stress dekat opis tu fa cuba lawan.
8) Sentiasa bercakap-cakap dengan baby.
Bila mamy tenang, baby pon tenang. Fa seboleh-boleh cuba bersikap positif dengan bercakap-cakap dengan si Precious hari-hari :)
9) Banyakkan berjalan.
Siapa kata shopping tu membazir masa?? Penting ok untuk perempuan preggy cam fa ni. Nak pergi taman mana la en suami ada masa kan.. jadi bila ade waktu tu pergi shopping jalan la satu mall tu. Penat duduk rest. Selain dapat excersice, dapat gak ilangkan stress ye tak?? Shopping dan wanita mana boleh dipisahkan.. hihihi
10) Kerap kencing & mencangkung.
Orang cakap, kerap kencing mencangkung dapat mudahkan bayi untuk keluar. Jadi kerap-kerap la kencing mencangkung ye.
11) En Suami semua, silalah memaafkan dosa-dosa isteri anda ye.
12) Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah :
1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .
Checkup 7 Bulan
|
Ya Allah, Selamatkan lah anak yang ku kandung ini. Lahirkan dia dengan mudah dan selamat. Panjangkan lah umur nya. Sihatkan lah tubuh badannya, sempurnakanlah anggota badannya, Cantikan lah rupa parasnya.
Ya Allah, Permudahkan lah urusan-urusan ku ketika saat-saat melahirkan. Kuatkan lah aku dan ringankan lah keatasku penderitaan bersalin. Sesungguhnya Kau lah ya maha mengasihani.
Amin.
Sharing Is Caring :)
No comments:
Post a Comment