Nuffnang

Friday, December 13, 2013

Episod 2 - My Precious - Hari ke-2

As Salam

2nd Day Airis.
Hari  ni dah boleh balik. yay!!

Semalam satu hari fa tak boleh tidur. Lepas bersalin & transfer bilik fa langsung tak tidur sampai la pagi. Mayb sebab terlalu excited yang fa dah bersalin. Rasa penat langsung tak ada. Lepas bersalin tu fa langsung tak makan apa-apa. tunggu mama sampai bawak nasi pon pukul 9malam. Air mineral je yang fa teguk tu pun sikit. Tapi takrasa lapar la pulak.

Lupa nak cerita semalam, selain Nasi lemak yang fa makan sebelum bersalin, Fa minum ESP+HORLICK+PERFORMANCE DRINK. Orang cakap kalau nak senang bersalin dan ada energy makan telur mentah la, Air selusuh la, 100 plus la tapi ni la minuman pemberi tenaga yang max tak payah yang lain. Sebab tu masa push tu skali je trus keluar. hihihi Alhamdullilah. Ni je yang fa makan selain nasi lemak & boleh tahan 3 jam sebelum dapat nasi mama bawak.

Pagi tadi pukul 2pg Nurse hanta Airis untuk menyusu, tapi airis takmo menyusu ke fa yang tak reti menyusu. Fa tau Airis baru nak belajar menyusu agak stress la sebab sua-sua dia takmo jugak susu. Fa pon baru nak belajar kan.

Nak dipendekkan cerita, Fa pasrah lepas nurse ambil Airis dan bagi susu formula sebab Airis dah bertuka kaler jadi merah. Nurse takut baby lapar sangat. Tapi Airis tak nangis. Yang lagi pedih telinga, mama asik cakap susu tak cukup..:( Macam-macam cara nurse ajar cara nak susu tapi Airis taknak jugak susu. Jadi hari pertama Airis tak susu badan. Tak payah la cerita. Buat sakit hati je.

1st meal fa lepas fa pagi ni  ESP+MILO. Itu je yang en.suami bekalkan. Vitamin-vitamin lain dia tak ambil. Ok la badan jadi bertenaga balik lepas tu. Hospital memang ade bekalkan breakfast (Masa dalam labour room tu ada orang datang tanya meals untuk breakfast,lunch) Tapi cam biasa la.. makanan bukan makanan pantang kan. Jadi kena tunggu mama bawak nasi.

 Fa siap buat urutan dekat breast untuk adakan susu. Hope hari ni balik je rumah Airis nak menyusu.

Fa tau Airis & fa sama-sama belajar. Fa siap google lagi cara nak susukan Airis. Mayb dekat hospital ni dengan nurse lagi, dengan mama lagi fa jadi stress, nanti dah balik fa akan gigih susukan airis. Rasa nak nangis je kalau teringat yang fa tak susukan Airis sebaik dia lahir. :(

Bila Doktor Airis chek Airis ok, doktor raja chek fa ok pukul 1petang camtu kami dah boleh balik. Alhamdullilah.

**Total Bil Hospital RM3K+++ (Bilik double beded-sharing room)

Airis dah siap nak balik rumah yay!!

Mekasih ummi datang tengok Airis (http://ummierna.blogspot.com/)


Maka bermulalah sesi berpantang 44 hari! yipee!!


Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...