Berkat Doa semua, fa selamat melahirkan Puteri sulung yang diberi nama AIRIS NUR ZULAIKHA. Fa tak sangka pulak awal 2 minggu, tapi apa yang telah ditetapkan oleh Allah mesti ada hikmah dan kebaikkan disebalik nya.
11/12/13(Rabu)
Pagi sebelum pergi kerja tu fa rasa cam semacam je mengalir kat bawah tu.. dalam kepala terus fikir " takan air ketumban pecah kot. Semalam baru borak-borak ngan geng mommies ape rasa air ketumban tu, dorang cakap rasa cam mengalir laju, takde kaler, takde bau. Lain dari air kencing. So konfem la rasa yang ni air ketumban. (agaknye la)
Tapi fa gigih jugak pergi kerja. Sampai opis rasa tak sedap ati. Fa bagitau boss yang fa nak halfday sebab rasa cam air ketuban pecah. Lepas boss halau balik sebab dia risau fa leaking, fa terus pergi Hospital. Sampai Hospital fa kena tahan. Terus kena tahan labour room nak chek fa leaking ke tak.
FYI mommies, kalau leaking bahaya ye, baby boleh lemas.. dalam hati fa doa je banyak-banyak hope Allah mudahkan semua. Midwife datang seluk bawah tu cakap dia tak rasa yang fa leaking. Bukaan pon baru 1.5 CM. Tapi dia soh tunggu Dr.Raja datang baru boleh tau leaking ke tak.. dah boleh bersalin ke tak. Fa masuk labour room pukul 1 petang kot cam tu. tunggu Dr.Raja sampai kol 3 petang.. dah la tak makan lagi. Kesian En suami tunggu. Hati ni dah cakap dah ready nak bersalin. ok what.. 11/12/13 tarikh cun tu..
Bila Dr.Raja sampai.. dia seluk lagi sekali. (mommies yang tau seluk tu ape mesti tau kan rasa camne, untuk 1st time mommies, rasa kena seluk tu cam..er... Sakit+Ngilu) Dr.Raja seluk sungguh-sungguh rasa nak nangis pon ade time tu. tapi fa kuatkan semangat. dalam hati istigfar banyak-banyak.
Dr.Raja cakap takde leaking, boleh balik tapi dia cakap esok kalau ada tanda trus pg hospital. Tak payah dok hospital nanti lama tunggu pulak.
So nampaknya.. baby takmo tarikh 11/12/13.. Balik rest, tapi rasa ngilu tu sampai ke malam rasa, teringat-tringat sampai sudah.
A day Before (11/12/13) |
12/12/13 (Khamis)
Semalam fa dapat MC. So hari ni fa nak rest puas-puas. Semalam malam tetiba badan jadi seram sejuk. Menggigil tak tentu pasal. En.Suami cakap badan fa panas sket. Mayb sebab siang tadi kena seluk sampai demam-demam. huhuhu.
Bangun subuh fa pg toilet perasan ada lendir darah. Tapi fa tak panic sebab Dr.Raja dah cakap mayb hari ni fa bersalin. Nasib semalam mama dah sampai. Fa kejut suami bagitau yang ada bleeding dia leh bantai tido lagi.. sabar je la. Tanak panic fa pg bilik mama cakap benda yang sama. Mama cakap mayb sebab semalam Doktor seluk kot sebab tu darah. Tapi ni darah lendir. Salah satu tanda nak bersalin kuar darah lendir.
Pukul 7 last meal fa Nasik Lemak Ayam Sambal. hahahha. En Suami siap boleh pergi site lagi.. fa kat rumah still boleh online, chatting. Memang tak sakit pon rasa. Kawan-kawan semua cakap tu tanda nak bersalin.. soh pergi hospital cepat-cepat nanti tak sempat. Ada yang cakap tunggu sakit. Fa memang tak sakit pon.sebab tu relax. Sempat buat last minit solat taubat & solat Dhuha sebelum fa rasa sakit-sakit ngilu. Tapi Mild. Tak sakit sangat pon.
Fa call suami soh balik. Fa dah ready nak pergi hospital.
Dalam pukul 12 tengah hari fa sampai Hospital Columbia, jumpa Dr.Raja dia cakap bersalin hari ni lah ye. Saya tolong. Masa ni bukaan fa baru 1.5Cm sama cam smalam.
Tolong bukak kan bukaan. Dr.Raja cakap dalam 6 jam dah boleh bersalin, insyaallah. Ya Allah semalam punya ngilu tak habis lagi, ni lagi skali kena seluk. Last bukaan lepas dr.raja seluk 3cm. Terus fa masuk labour room.
Masa lepas seluk tu tak la sakit sangat rasa. Yang sakit masa Dr.Raja tolong pecahkan ketuban 10 minit lepas tu start la kesakitan contraction yang fa sendri tak boleh nak bayangkan macam mana. Sambil Contraction, sambil mencurah-curah air ketuban mengalir. Kesian en suami kena marah-marah ngan fa. Tapi tengok dia rasa nak nangis je. Dah mintak maaf, fa marah lagi. hahahaha Tapi En.Suami memang penyabar.
Awal- awal masuk labour room tu fa dah cakap kat Midwife yang fa takmo ambil epidural. Ingat kan faham, rupanya tengah sakit-sakit tu dia datang tanya nak ubat tahan sakit ke tak. Fa tanya ubt tahan sakit tu apa? Dia kata ada 3. Gas, Cucuk kat peha (Fa tak ingat nama dia) last skali Epidural.( Nak juga nak selit epidural).
Sebab tak tahan sakit, fa ambil yang cucuk kat peha, actually sakit still rasa, cuma ubat tu buat kita rasa mengantuk so kita tak lah rasa gangguan sakit tu sebab dah telalu ngantuk. Midwife cakap if tak tahan ambil gas kat tepi tu, tapi fa tak ambil. Fa tahan je. Kuat kuat kuat.
Lagi sejam nak 6 Jam, Dr.Raja chek lagi sekali bukaan. masih 5CM. So doktor bagi lagi sejam. kalau dah sejam bukaan still tak bukak, terpaksa czer. masa tu En.Suami dah cakap, kita redha je kalau kena czer kita terima. Masa lagi sejam doa Nabi Yunus tu fa tak lupa baca.Lagi kuat contraction lagi kerap contraction lagi kumat kamit fa baca.
Midwife datang check & fa cakap fa nak bersalin tak tahan. Midwife kuarkan kencing guna tiub dia tanya nak teran tu nak berak ke nak beranak? Belum sempat jawab kepala baby dah nampak. Biasa la kalau Private Hospital kan, kalau nak bersalin tu kena tunggu doktor. kalau tak mane la doktor tu nak dapat fees dia. Midwife ajar fa teran tapi dia cakap jangan teran kuat sangat kena tunggu doktor. Agak 10 Minit gak la tunggu doktor.. dalam 10 minit tu banyak kali fa teran. memang rasa sangat kepala baby nak keluar. Doktor sampai, belum sempat tukar baju, baru pakai apron, dia baru duduk fa teran sekali je. Tuppppp doktor letak baby atas perut. 1st yang fa tanya.. "anak saya ke doktor?" Sebab kejap sangat. Sekelip mata je. fa sempat dengar doktor cakap "ye kee dah 10CM meh sy tengok" pastu " Pandai ni teran.. bagus.. pasni boleh beranak banyak-banyak" tengok baby dah keluar. Syukur sangat.
Tepat jam 6.56pm Airis selamat dilahirkan. Airis keluar fa pandang dia terus dia senyum. En.Suami la yang paling happy sampai Doktor tegur "ayahnye takmo azankan ke?" baru la terhegeh-hegeh nak buat. Tapi fa frust, fa tak bagi Airis 1st susu (kolestrum) nurse dah ambil bersihkan.
Airis Nur Zulaikha (6.56PM 2.77kg) Hospital Columbia Puchong) |
BF.
Bermula lah episode journey fa sebagai mamy & insyaallah fa akan tunaikan janji untuk Breastfeed secara Ekslusif & mana tahu WAHM dalam masa terdekat. :)
Thanks Mama, en suami, families & friends yg doakan fa & baby Airis.
No comments:
Post a Comment