Nuffnang

Saturday, October 18, 2014

Pengalaman Bersalin si Kecil Airis Nur Zulaikha

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam fa leka melayan cerita One Born Every Minute dekat saluran Astro channel LI 709. Macam-macam cerita & pengalaman bersalin dalam cerita tu. Sampai mengalir air mata tengok seorang wanita yang bertarung nyawa lahirkan 4 orang kembar secara c-zer walaupun dia sebenarnya mengalami masalah rahim sempit.

Ya Allah memang teringat sangat saat saat kelahiran Airis. Masih segar dalam memori. Fa lahirkan airis tak sampai 40 minggu. Due date sepatutnya 26 / 12/ 13 tapi Airis dilahirkan pada 12/12/13 sama tarikh kelahiran dengan ibu mertua fa. So fa angap ni hadiah special buat MIL :)

Bulan terakhir - sila abaikan muka sememeh kepenatan
11/12/13 tarikh yang cantik kan? Masa ni fa masih lagi pergi kerja tapi pagi sebelum pergi kerja tu fa perasan macam ada bendalir yang keluar. Memang cuak gak masa tu, tapi fa gigih pergi kerja walaupun bahagian bawah perut tu dah terasa ngilu-ngilu. Bos masa tu suruh fa balik tapi sebab en.suami tak boleh ambil fa gigih tunggu sampai habis waktu kerja pukul 6. So far takde pulak keluar lagi bendalir tu jadi fa jadi relax sikit.

Lepas balik kerja terus menuju ke Columbia Hospital Puchong dan fa terus dibawa masuk labour room. Masa tu memang fikir dah nak bersalin ke aku? Dah ready ke aku? Masa ni pengalaman pertama kena "SELUK" ya allah.. serius sakit.. mengalir air mata masa tu! Tapi Lepas doktor raja check bukaan baru 2 CM buka dan dia suruh fa balik. Dia siap cakap esok bersalin =.="

12/12/13 subuh tu keluar lendir darah yang banyak. Ok terus fa jumpa mama bagitau. Mama kata maybe sebab doktor seluk kot semalam dia keluar lah darah. Mama siap cakap awak lambat lagi tu nak bersalin. Due lambat lagi. Sakit tak? Fa jawab cam biasa je semua soalan mama. Betul jugak ga masa tu baru 38 minggu tapi ada je kan orang bersalin masa 38 minggu?

Fa decide nak pergi Hospital. Tapi en.suami ada urgent site nak kena tengok. Dia sempat belikan Nasi lemak & mama masakkan lauk Kupang Sambal sebab fa teringin nak makan. Darah masih keluar, tapi fa boleh kehulur kilir tunggu suami balik sebab orang kata jangan stress banyakkan jalan kalau nak senang bersalin.

Cepat-cepat bancuh MEAL SHAKES + ESP + PERFORMANCE DRINK

Suami balik terus menuju ke Hospital. Doktor chek baru bukaan 3 CM. Doktor Raja cakap awak bersalin hari ni lah saya tolong awak bersalin hari ni. Ok masa ni Allah je yang tau.. Memang rasa macam-macam.. Tangan suami fa genggam sampai masuk labour room.

Dalam labour room nurse pasangkan alat dekat perut, ambil tekanan dan suhu badan fa, dengar denyutan jantung Airis. Doktor masuk seluk lagi dan dia pecahkan air ketuban. Dia cakap pukul tunggu sampai pukul 6 petang dan masa tu pukul 12 tengah hari. 6 jam dalam labour room.

3 jam berlalu, fa contraction. Ya Allah tuhan je tahu sakitnya contraction tu. Baring salah, duduk salah. Kesian en suami jadi mangsa. Nurse datang banyak kali nak check bukaan.. masih 5 CM. Nurse cakap nak ubat tahan sakit tak? Ada 3 jenis ubat tahan sakit. Gas, Cucuk dekat peha dan cucuk kat belakang yang fa rasa tu epidural. Fa cakap fa taknak epidural. Tapi fa pilih ubat yang cucuk dekat peha. Nurse cakap kalau nak sakit sangat sedut gas dekat tepi tu. Tapi fa gigihkan jugak taknak ambil lagi apa-apa pain killer.

lagi sejam nak pukul 6. Doktor Raja masuk check bukaan. Masih 8 CM " saya bagi lagi sejam. kalau still tak bukak 10 cm no choice, Czer" Allah je tahu masa doktor cakap tu hati luluh. tapi redha. Mulut kumat kamit baca doa Nabi Yunus. Mohon Allah ampunkan dosa, Call MIL call Mama Mintak doakan dan mohon ampun. Mintak ampun dengan en.suami dan en suami cakap "takpe lah kalau dah Allah kata kena czer kita proceed je lah. Ada hikmah dia"

Tepat pukul 6 fa dah sakit nak bersalin. Alhamdullilah fa bersalin tanpa masalah. Fa bersalin Normal. Siapa kata bersalin sakit? Bersalin tak sakit. Contraction yang sakit. :) Airis keluar terus bila baru je Doktor Raja nak sambut. Airis lahir dengan sempurna sangat. Seingat fa, masa tu azan Maghrib. Mama kata Suami call bagitau yang fa dah selamat bersalin masa azan maghrib.

Keluar dia senyum, fa macam tak percaya sebab 6 jam dalam labour room tu rasa sekejap sangat. Sakit contraction tu terus hilang. Rasa syukur yang amat.

Yang bestnya mama datang pukul 9 malam. Sepanjang nak tunggu mama hanta makanan tu fa tak lapar langsung. Tak letih langsung mungkin penangan Meal Shakes + ESP + Performance Drink yang fa minum siang tadi. Lagi satu sebab mungkin masih tak percaya yang fa dah selesai proses bersalin. Now fa dah jadi mamy!! En suami dah jadi Babah. Mama dah jadi wan!! Syukur-syukur syukur. Penantian 2 Tahun dah berakhir dengan kelahiran Airis Nur Zulaikha.

12/12/12 - 2.9KG


Airis dah pun 10 Bulan hari ni. Alhamdullilah fa masih breastfeed dia sampai sekarang.
Set Berpantang dan Penyusuan Shaklee masih jadi peneman sampai sekarang. Hanya yang terbaik untuk Airis.

Rata-rata orang makan jamu masa berpantang. Fa pilih Shaklee sebab fa yakin Shaklee selamat untuk fa & Airis. Shaklee selamat diambil seawal kelahiran.

Luka jahitan fa cepat kering.
Badan fa bertenaga
Susu makin meriah dari hari ke hari
Pembuangan Lancar & tak ada masalah sembelit selepas kelahiran
Berat badan fa semakin menurun
Airis membesar secara sihat
Berat badan Airis naik dari bulan ke bulan dengan normal.

Walaupun susu fa hanya keluar masa hari ke-2 Airis dan fa terpaksa beri Airis susu formula pada hari pertama tu tak buatkan fa patah semangat sebab sememangnya niat nak susukan dia secara ekslusif dari dalam perut lagi dan alhamdullilah Allah makbulkan doa fa dan teruskan penyusuan ini hingga Airis 2 tahun.

"Airis Nur Zulaikha kesayangan mamy dan babah. Buah hati mamy dan babah. Pelengkap penyeri rumahtangga kami. Alhamdullilah. Terima Kasih Allah diatas Nikmat yang diberi"

Bagi yang ingin berpantang secara moden boleh dapatkan Set Berpantang dan Penyusuan Shaklee dari Fa. Konsultasi akan diberikan. Rasai sendiri kelebihan Shaklee. Insya-Allah

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...