Nuffnang

Sunday, August 24, 2014

Resepi Bayi 7 dan 8 Bulan : Pasta & Bubur Oat

Hari ni fa nak kongsi resepi pasta & Oat. Kalau baby dah lepas 7 bulan tu dah boleh makan benda lain selain bubur nasi. Macam Airis memang faveret dia bubur nasi tapi macam selalu sangat makan bubur so fa pun cuba cari resepi lain nak bagi dia makan.

1) Pasta Stars Heinz

Pasta bentuk bintang ni fa beli kat pasaraya jenama Heinz. 

Heinz baby pasta stars (7mth++)
Pasta ni nak masak sama je macam masak Spageti cuma fa pastikan pasta ni masak betul-betul lembut supaya senang nak lenyek time bagi airis makan sebab airis takde gigi lagi & bagi jangan tercekik. 
Masak dalam periuk sampai kembang & lembut
Lepas kembang & masak, sejukkan sekejap. Then boleh lah buat sup/gravy/sos untuk pasta ni. Macam fa, sebab fa belum lagi kenalkan Airis dengan tomato + tomato takde, yang ada cuma puree carrot, jadi fa gaulkan je puree carrot dengan pasta ni. Bau memang menyelerakan. Airis suka pasta. Lain kali boleh tukar-tukar bubur nasi dengan pasta kasi tak berapa bosan.

Pasta dah masak sebelum letak puree carrot.
Selain puree carrot, boleh je letak puree lain-lain dengan pasta ni. Kalau buat pasta sup lagi sedap kan. Sup sayur ke, sup ikan ke, sup ayam ke baru selera anak nak makan. :)

2. Bubur Oat dan kurma kismis
Masuk je bulan ke 7, fa dah siap-siap google resepi bubue oat. Oat ni kaya dengan vitamin & baik untuk baby. Fa pilih rolled oat organic. Ada je yang fa baca guna Quaker Oat. Mana-manalah boleh je.


Kenapa Rolled Oat bukan oat biasa? Sebenarnya mana-mana oat sama je, cuma rolled oat ni saiz dia besar sikit dari oat yang biasa dan perlu dimasak. Fa prefer yang masak dari oat segera. Tapi kalau nak travel boleh beli Instant Organic Oat. Letak air panas jimat masa kan, tak perlu masak-masak.

Sama macam Brown Rice, Oat ni kalau nak masak kenalah rendam semalaman untuk memudahkan proses penghadaman bayi. Lagi pun oat atau beras yang dah direndam akan jadi lembut sikit. Tapi fa rendam tak lah semalaman. Sekejap je memula tu. Ok lepas ni rendam semalaman sebelum nak masak esoknya.

Masak sampai kembang

Kurma & Kismis tu cuci dan rendam dalam dalam air panas 5 minit, masukkan dalam oat yang tengah masak, masak sekali sampai kurma & kismis tu sebati dengan oat. ( Kurma buang biji & kulit ambil isi sahaja)


Bila dah masak, sejukkan dan blend sampai halus. Oat ni memang likat sikit. Kalau rasa macam likat sangat boleh letak air masak atau susu ibu.

Rupa oat kurma kismis lepas blend

1st time makan oat ni muka airis pelik-pelik sikit. Makan pun lambat je. Tapi bila dah dua kali makan dia dah boleh terima sikit. Selain Kurma & Kismis, boleh je campur dengan puree buah lain. Mangga ke,epal ke pear ke kan kasi lain-lain rasa supaya baby tak bosan.

Jangan terkejut tengok baby lancar je pembuangan dia. Airis lepas makan oat ni mesti buang air besar. Selagi yak yak dia tak cair sangat & kerap sampai kembung perut maknanya baby anda lulus ujian makan Oat.

Ok nanti fa share lagi ye.
Happy reading :)

Sharing Is Caring.

DAPATKAN GLA SHAKLEE SEKARANG!
BUY 6 FREE 1 (Boleh kongsi dengan kawan-kawan dan saudara mara tak rugi pun..untung lagi ada..heheh)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


4 comments:

  1. tq Fa, tasya memang tengah mencari resipi untuk baby tasya. die dah 9 bulan tapi belum ade gigi lagi.Boleh cube 2 resipi ni.
    Asik bubur nasi je kan..baby pun boring..kalo fa masak, fa bubuh garam/ gula tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Tasya :
      Terima kasih sebab sudi singgah dan baca blog fa.
      Fa banyak lagi resepi nak share. Tapi belum ada masa nak type semua dalam blog.
      Airis pun takde gigi. Tasya boleh cuba resepi Tafufa dengan puree kurma. Tafu lembut kukus, lepas masak letak je puree kurma kat atas tu. tu antara makanan fav airis. nanti fa share resepi ye.
      Garam & gula tak sesuai untuk bayi. Gantikan cheese, ikan bilis, kurma & kismis. boleh baca dekat entri http://finurzcreations.blogspot.com/2014/08/airis-8-bulan-makanan-bayi-8-bulan.html

      Delete
  2. TQ fa...saya pun tgh nak cuba resepi lain untuk baby Ammar...Sekarang ni menu die bubur nasi je...Ingat nak try lah oat utk die...

    ReplyDelete
  3. gonna try oat for my baby pulak :)

    www.momsmilkywya.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...