12/10/14 genap umur Airis 10 bulan. Alhamdullilah.
Fa suka tengok perkembangan dia dari masa ke masa. Setiap masuk ke bulan baru ade je lah benda baru yang dia buat dan belajar. Gigi pun dah tumbuh 2 batang belah bawah. Alhamdullilah Airis tak demam cuma dia agak cranky sikit. Ada je yang tak kena rupanya gigi comel 2 batang nak tumbuh :)
■ Melakukan pergerakan yang lebih banyak
Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini.
♥ Nota Airis - Airis mula merangkak pada malam hari raya aidiladha. Happy je fa rasa masa tu. Depan saudara mara dia mula merangkak. Kalau dekat carpet atau tilam memang laju je dia merangkak. Dia akan meniarap semua bila dekat simen.
Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan. Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan, dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi.
♥ Nota Airis - Airis memang dah lama boleh duduk tanpa tergolek kebelakang, berdiri pegang sofa pun sebelum dia masuk 9 bulan. Tapi bila dia masuk 10 bulan, dia dah mula berdiri pegang sofa tu sipi je. Kalau tak pun dia cuma rapatkan peha dekat sofa so dia boleh buat kerja lain dengan tangan dia ie. Pegang mainan atau ambil mainan. Bila dalam fasa macam ni, memang fa pantau setiap gerak geri dia sebab risau dia akan ke tangga atau tempat-tempat yang tak sepatutnya.
■ Memegang dengan jari-jemarinya
Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik.
♥ Nota Airis - Ini memang normal rupanye kan. Airis ape-ape yang dia nampak dia akan rasa guna lidah. Mama kata baby memang camtu. Sebab tu fa pastikan lantai fa vacum & mop sentiasa pastikan lantai takde benda-benda yang boleh menarik perhatian airis masuk ke dalam mulut.
■ Personaliti yang berkembang
Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya.
♥ Nota Airis - Airis suka tengok kawan-kawan sebaya atau kanak-kanak yang berlari-lari. Dia suka kalau dapat join sama. Ye lah kalau dekat rumah asik tengok muka fa je kan. Masa sekarang dia akan buat satu bunyi macam nak panggil fa datang ambil dia. Airis sekarang dah mula memberontak atau mengamuk kalau ape yang dia nak tak dapat.
■ Menangani ketakutan bayi anda
Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.
♥ Nota Airis : Airis kekadang tak suka pda bunyi vacum cleaner. Dia akan menangis atau menjerit bila fa start nak vacum. Jadi nak redakan keadaan, fa dokong dia sambil vacum. Nak buat macam mana kan.. terpaksa lah ku gigih kan jugak.
■ Bercakap dengan bayi anda yang 'bermulut murai'
Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?"
Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul. Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.
Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas. Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).♥ Nota Airis : Disebabkan airis ni kadang-kadang dia akan menangis bila ditinggalkan keseorngan dekat ruang tamu, jadi fa terpaksalah kendong dia semasa masak, kemas rumah tapi sambil-sambil tu fa terangkan lah apa yang fa buat supaya dia faham dan cepat belajar.
Airis dah faham perkataan Jom, Meh sini dan setiap kali mandi atau masuk tidur fa akan nyanyi-nyanyi bagi tanda yang dia perlu mandi atau tidur. Airis dah pandai lambai tangan dan dia memang cakap banyak. ada je bunyi-bunyi yang dia buat macam tengah berborak dengan kita yang paling penting dia dah mula respon dengan percakapan kita :)
Credit : Babycentre.com
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
No comments:
Post a Comment