Hari ni fa nak kongsi pengalaman fa buat teknik Power Pumping. Bagusnya Power Pumping ni, boleh banyakkan susu yang kian merundum.Punca - kesibukkan & ke'stress' an berkerja pastu selalu skip waktu pam susu. Cara nak gain balik susu dengan buat "Power Pumping"
Fa ni sampailah susu merundum baru nak hegeh-hegeh buat power pumping. Baru lah nak Tanya-Tanya dekat semua macam mana actually nak buat power pumping ni. Power pumping ni sebenarnya macam mane? Bila dah buat keputusan nak BF secara esklusif jadi fa perlulah belajar cara yang lagi mendalam tentang ilmu-ilmu penyusuan ni. Kali ni fa nak kongsi dengan semua tentang "Power Pumping"
Apa itu Power Pumping?
Power Pumping adalah satu teknik pengepam susu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.
Teknik Power Pumping ni sama seperti cara kita mengepam selalu cuma ada teknik yang khas dan ideanya adalah seperti meniru gaya bayi menyusu dan secara tidak langsung dapat meningkatkan penghasilan susu ibu.
Power Pumping ni boleh dilakukan oleh ibu-ibu yang merasakan susu mereka semakin merundum atas factor-factor seperti stress, period, perubahan hormone dan sebagainya. Macam fa, disebabkan factor yang kerap miss waktu pum & tekanan dekat pejabat, yang buatkan susu fa semakin merundum.
Ramai yang masih keliru cara nak buat power pumping ni. Fa pun mula-mula tak faham sangat. Tapi setelah google & blogwalking baru fa dapat sikit ilmu Power Pumping ni. Macam fa, memang fa guna double pumping, tapi dengan bestnya mesin pump elektrik fa tinggal dekat opis. Jadi yang ada sekarang ni single manual pump. Tak salah pun guna manual pump asalkan kita tahu teknik yang sebenarnya.
Bila waktu yang sesuai?
Malam nak ke subuh ialah waktu-waktu yang paling sesuai untuk buat Power Pumping sebab waktu ni lah tahap hormone kita tinggi. Fa perasan kalau Airis bangun nak susu time-time ni, breast fa memang rasa penuh sangat. Jadi pemilihan waktu ni adalah baik untuk start power pumpng.
Kalau anda menggunakan Single Pump, cara dia macam ni:
1) 10 minit pump belah kiri - lepas 10 minit rest & tukar pump sebelah kanan
2) 10 minit sebelah kanan - lepas 10 minit rest & tukar pump sebelah kiri.
Macam tu seterusnya kanan kiri kanan kiri selama 1 jam.
Kalau anda guna double pumping lagi senang. Pump 10 minit rest 10 minit continue sampai 1 jam.
Faham?? Ok teknik ni seelok-eloknya buat dalam 2-3 hari seminggu. Kalau takde masa tu boleh la buat eminggu sekali pada masa yang sama. Contoh anda start hari ni pukul 12 tengah malam. Jadi esoknya pun buat masa yang sama.
Result?
Jangan terlalu fikirkan result. Penghasilan susu sebenarnya bergantung pada individu. Macam fa 1st time buat Power Pumping fa cuma dapat 5 oz untuk 4 kali sesi pump selama sejam. Ada orang boleh dapat sampai berbelas-belas oz. Tapi tu tak putuskan semangat fa untuk buat & teruskan Power Pumping sebab fa hanya buat yang terbaik untuk Airis.
Masa start pump belah kiri ke kanan memang hasil banyak, tapi bila 2nd round kadang-kadang fa hanya pump angin. Tapi fa teruskan jugak sampailah habis satu jam. Tak sabar fa nak tunggu result untuk next sesi Power Pumping. Nak lagi best buat selama seminggu dengan ikhlas. Yakinlah dengan pertolongan Allah & rezeki Allah :)
Nanti next entri fa share hasil dari Power Pumping fa buat ye. Doakan fa ye semua :)
Testimoni Power Pumping dan pengambilan Set B penyusuan dari Shaklee selama 2 minggu. :)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
Assalamualaikum
ReplyDeleteSaya pun breastfeedkn anak. Power Pumping sangat membantu during susu merundum. Just do it. Hasilnya sangat memuaskan.
jemput singgah ke blog saya http://apapayahsangat.blogspot.com/. Diana menyediakan Ruangan "sedapnya Susu Mama" is all about Breastfeeding Tips.
Tq.
Waalaikum salam Diana.
ReplyDeleteThanks sebab sudi singgah kat sini.
Yes! memang suka buat power pumping. Nanti fa singgah blog Diana ye. Sharing & belajar lebih lagi ilmu penyusuan ni :)