Nuffnang

Thursday, April 17, 2014

Fully Breastfeed & Datang Bulan?

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Seawal airis 3 bulan fa dah kena 1st period selepas Airis lahir. Mula la rasa tak selesa, ye lah kita punya la ingat kalau fully breastfeed ni bukan patut lambat lagi ke nak datang bulan? Pernah dengar orang cakap, kalau fully BF ni kadang-kadang sampai 8 bulan tak period. Kalau kita BF yang baikkannya dapat jarakkan kehamilan. Tapi kalau dah period bukan maknanya telur-telur tu dah terhasil tapi gugur jadi period sebab takde persenyawaan? Apa-apa pun jawapan nya tetap bergantung pada kadar hormon dalam badan kita.

Masalah yang fa hadapi sekarang bila period ni ialah susu merundum. Memang sesetengah individu akan dapati susu akan merundum masa datang period. Tapi fa tak putus asa. Sikit macam mana pun susu yang keluar fa pump jugak untuk Airis. Dalam hati baca doa banyakkan susu & moga Allah berkati & rahmati setiap titis susu yang keluar.

Fa tetap minum ESP & Alfafa untuk regain balik susu yang merundum, Tetap makan B-complex Vita C dan Vitalea untuk kekalkan kesihatan & mood fa sepanjang period. Malam pulak telan Ostematrix dan Omega untuk elakkan dari sembelit & cramp (PMS)

Diantara faktor-faktor yang menyebabkan kembalinya period itu adalah:
  1. Kekerapan bayi itu menyusu
  2. Kekerapan bottle-feeding berbanding breast-feeding
  3. Adakah bayi menggunakan pacifiers
  4. Jangka masa bayi tido yang lebih lama pada waktu malam
  5. Pengenalan kepada makanan pejal dan sebagainya
ok maybe lately fa asik sibuk dekat opis, waktu pump pun fa skip.. fa lambat pump & kalau pump pon mesti nak cepat kejar masa.Jadi breast tak dapat nak produce susu secara normal sebab tu fa period awal banding dengan mereka yang direct feeding & pump ikut masa.

Period jugak akan jadi regular atau irregular. Bulan ni bulan kedua fa period. Masa bulan pertama tu memang regular. Tapi kali ni irregurar. Keluar sikit-sikit hari ke 2 tak keluar sangat. Ok ni memang normal kalau kita breastfeeding. Kemungkinan juga period akan berhenti selama beberapa bulan sebelum datang balik pada bulan yang lain.

Sebab itu pengambilan Supplemen amat penting untuk Fa sebab bila dah kerja ni semua tunggang langgang. Tapi fa tetap teruskan usaha untuk pastikan susu yang merundum kembali banyak dari bulan ke bulan. Hormon bukanlah penyebab susu semakin berkurang, kesibukkan dan kekerapan kita mengosongkan breast yang mempengaruhi banyak mana susu tu.

Kalau still tak faham atau tak clear, boleh cuba google. :) Maybe dapat penerangan lebih jelas lagi.

Bawah ni artikel yang fa dapat dari blogwalking:

"The infant feeding patterns at the time of first ovulation after childbirth were determined in a longitudinal study of twenty-seven mothers who chose to breast feed their babies. Fourteen mothers suppressed ovulation throughout lactation and thirteen ovulated while still breast feeding. Those who ovulated while breastfeeding had all introduced two or more supplementary feeds/day, reduced suckling frequency to less than six times/day and reduced suckling duration to less than 60 min/day at the of first ovulation."

[Sumber: Fertility after childbirth: infant feeding patterns, basal PRL and post-partum ovulation  

"Decreased suckling session frequency and decreased total breast-feeding duration each day were found to signal a higher time-specific probability of recovering menstrual cyclicity."

[Sumber: Continuously Recorderd Suckling Behaviour and its Effect on Lactational Amenorrhoea]
  

Thanks to http://xclusivelyxpressing.blogspot.com/2009/08/breastfeeding-and-menstruation.html untuk info ini :)

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...