Nuffnang

Saturday, April 27, 2013

Tidak Stress & Sentiasa Happy untuk senang Hamil.

Salam Semua

Sepanjang perkahwinan fa dengan En.Suami, memang kami usaha kearah mendapatkan zuriat. Macam-macam usaha yang kami lakukan. Fa & En.Suami dah kahwin hampir 2 tahun. Alhamdullilah. Sebelum masuk usia perkahwinan kami 2 tahun Allah dah beri kami rezeki Zuriat.

Ini pengalaman fa, sebab nak anak sangat, Fa macam jadi tak penyabar. Fa jadi seorang yang suka memaksa. Fa selalu stress bila dengar kawan-kawan yang pregnant. Setiap kali nampak dekat iklan pasal product dak dapat anak mesti fa cuba. Bila baru sebulan pakai & period bulan seterusnya, fa gave-up. Mula lah menyalahkan orang lain, sampai gaduh-gaduh dengan en.suami. (Nasib dia penyabar)Padahal baru setahun jagung kahwin. Ada orang sampai bertahun-tahun kahwin tapi tak ada anak.

Tapi bila dah lama-lama fa redha. Fa  jadi lagi penyabar. mungkin sebab dah lali dengan semua kan. Dah penat kadang-kadang tu usaha-usaha tapi tak berhasil. Bila fa fikir-fikir, kenapa tidak fa betulkan dulu diri fa, sihatkan dulu badan fa. Cari punca Stress & cara tanganinya. Sebab tu Fa start makan Shaklee. Vitamin Shaklee salah satu usaha fa. En.Suami pun fa paksa makan.

Pernah tak kita dengar, pasangan yang ambil anak angkat mesti dikurniakan anak sendiri lepas tu. Pernah kan. Orang cakap rezeki anak angkat tu. Tapi ikut logik bila kehadiran anak angkat dalam hidup pasangan tu mesti lah mereka gembira, tak stress, & rasa kasih sayang tu semakin bertambah. sebernarnya tu la antara faktor-faktor yang memudahkan seorang perempuan itu hamil. Percaya tak?? Bila tak stress, bila happy, Sayang pon makin bertambah, hormon pon semakin stabil, jadi mudah la untuk proses persenyawaan. Fa sentiasa pandang serius dalam hal ni. Seingat fa sebelum fa pregnant ni memang fa suka sangat tengok & dengar cerita-cerita kelakar. Fa suka gelak. (laugh is the best medicine) Bila nak rasa stress je, Fa buka You Tube tengok Parodi & yang paling best semestinya tengok lawak JOZAN (owhhh i loveee JOZAN)  

Jadi mereka-mereka yang baru kahwin tu jangan la terburu-buru nak bersaing-saing nak pregnant. Sebab terlalu nak anak sampai stress. Kalau stress macam mana nak pregnant kan? Seeloknya betulkan diri sendiri dulu. Banyakkan berdoa & mohon agar Allah berkati setiap usaha yang kita lakukan . Insyaallah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...