Segala Puji Bagi Allah
Alhamdullilah, dapat juga fa pergi jenguk sahabat lama yang baru bersalin. Actually dia dah habis pantang dah baru berkesempatan nak pergi tengok. Padahal rumah dekat je jalan kaki je pun.
Bila pegang si baby F ni Allah je tau betapa rindunya masa airis lahir. Bau syurga wangi memang menyenangkan jiwa. Kawan fa mengadu anak dia suka menangis macam tak puas menyusu. Tapi tengok pada kegebuan baby F ni tak mungkin dia kurang susu. "InsyaAllah susu kau cukup weh..maybe cara lekapan dia tak betul itulah asik nak mengamuk je sebab dia frust..."
Bila tengok baby F rasa rindu nak menyusu si kecil. Tapi Allah belum izinkan lagi fa nak pregnant anak no 2. Rasa geram je tengok si baby F tak reti nak menyusu lepas tu melalak frust. Bila kawan fa ni bercerita tentang baby F.. Allah memang rindu sangat tau.. Bila tengok Airis yang semakin membesar dengan sihat ni rasa syukur sangat. Fa dah beri dia yang terbaik. SUSU IBU. Susu Ibu ... bukan semua mampu laksanakan sampai 2 tahun. Alhamdullilah dengan izin Allah fa berjaya sempurnakan penyusuan sehinggan Airis lebih 2 tahun
=============================================================
"Minumlah wahai anak..rezeki susu untuk kamu masih ada. Alhamdullilah "
Sambil mamy tulis blog ni, Airis tengah menyusu. Sampai terlelap-lelap mata Airis asyik menyusu. Memang sakit pinggang mamy, lenguh. Sebab badan terpaksa berpusing sikit nak menaip entri ni. Handphone pulak buat hal.. nasib badan lah kan...
Teringat masa zaman airis lahir dulu. Airis memang tak pandai menyusu. Tercari-cari punting susu. Tak dapat lekapan yang baik, menangis. Mamy pon lagi la 1st timer ape pon tak reti. Nak mintak siapa pulak yang tolong kan? Berpantang dekat kampung pulak. Jadi dengan membaca tengok youtube semualah sebab nak pastikan Airis menyusu dengan betul. Supaya semua susu masuk perut Airis. Supaya Airis kenyang & cukup susu.. Mamy pastikan mulut airis masa tu kena macam mulut ikan. Kalau lekapan atau hisapan tak betul, susu tak akan keluar dengan betul. Berbulan jugalah mamy nak belajar benda ni. Bila mulut airis tak sama macam "mulut ikan" mamy keluarkan balik, pastikan mulut Airis macam mulut ikan.. hahah kalau tringat memang nak menangis ada.. nak gelak pon ada.. Sekarang dialah paling pandai. Macam-macam style dia boleh buat kalau menyusu tu... alhamdullilah.
Memang stress ada masa-masa tu.. Mamy tak marah airis, sebab mamy pon masih belajar masa tu. Kita sama-sama belajar. Mamy selalu bisik dekat airis. "Kita sama-sama belajar...kuat semangat ye sayang..jangan gave-up" Airis macam faham, dia tak mengamuk dah tapi ikutkan je apa yang mamy buat. :)
Siapa kata menyusu badan tu senang? Menyusu badan ni perlukan kekuatan mental & emosi. Mental nya bila terpaksa berjaga malam, bila orang semua tidur lena. Airis selalu berjaga malam. Setiap malam menangis tak senang duduk mamy dibuatnya. Sampai kena tidur duduk. Uwan cakap tak cukup susu tu..esok beli susu tepung, kasi topup. Tapi mamy ignore je, kekuatan kena ada. Hati kena kental. Bukan senang nak senang kan sayang? Babah tak ada.. babah sibuk jadi semua kita berdua je yang hadap. Susah senang kita berdua.
Masa airis kena tahan wad sebab jaundice, jaundice airis tak turun-turun.. sampai ada yang suruh stopkan penyusuan, beri Airis FM ... tapi mamy kuatkan semangat. Mamy susukan airis kerap-kerap. Tak henti doa. Alhamdullilah turun jugak bacaan jaundice Airis masa tu. Boleh balik rumah tidur lena :)
Mamy pernah alami susu merundum. Masa tu Allah je la tau susah nya hati ni risau susu yang mamy bekalkan untuk airis tak cukup. Mamy pulak kena pergi training dari pagi sampai malam. Masa dekat training pon pam je kerja mamy. Tapi sebab datang bulan susu mamy sikit sangat. Air mata je peneman masa tu. Sebak sangat. Alhamdullilah susu yang mamy tinggalkan memang cukup. Mamy je over risau :)
Hari ni umur airis dah 2 tahun 8 bulan. Airis masih lagi menyusu badan cuma tak sekerap dulu. Alhamdullilah mamy dapat lihat airis jarang sangat demam & sakit. Mamy perhati yang Airis cepat belajar sesuatu perkara maknanya sel-sel otak airis berhubung dengan baik. Maknanya segala nutrisi yang mamy bekalkan melalui penyusuan ni diserap baik oleh airis.
Susu mamy masih ada.. alhamdullilah. Airis sendiri cakap yang susu mamy sedap dari susu "cow" kan? hahaha Susu mamy tak banyak macam orang lain.. mamy tak buat stock penuh satu freezer macam orang lain. Tapi mamy mampu susukan Airis sampai sekarang. Janji mamy nak susu kan airis sampai 2 tahun tapi Allah beri rezeki sampai sekarang. Allahuakbar Syukur sangat-sangat.
Uwan Airis yang dulu takut sangat cucu dia tak cukup susu dah mula support mamy. Siap cakap kenapa nak wean off . Biarlah Airis minum sepuasnya sebab susu mamy lah yang terbaik untuk airis..
Minumlah nak.. minum sepuas-puasnya rezeki Airis sentiasa ada.. semua dengan izin Allah - Alhamdullilah
===================================================
Kalau nak di ceritakan, macam-macam dugaan yang fa hadap sepanjang penyusuan ini, tapi allah yang pinjamkan segala kekuatan, kesabaran dan rezeki sehingga sekarang. Sedih bila ramai orang yang mempertikaikan tentang penyusuan susu ibu ni, ada yang memperlekehkan soal susu ibu .
Kenapa nak menolak fitrah penyusuan itu? Semua wanita dilahirkan untuk menyusukan anaknya. Cuma cara kita je yang menidakkannya. Sekarang macam-macam cara yang kita boleh buat untuk teruskan penyusuan sesibuk mana pon kita masih mampu nak pam untuk bekalan si anak.
Fa bukan dari keluarga yang fully breastfeed. Dari kecil fa dah dibiasakan untuk bancuh susu adik bongsu fa. Dari kecil fa dah di kenalkan dengan pelbagai jenama susu tepung. Bila Allah beri peluang untuk fa susukan Airis baru fa rasa nikmat semua tu. Keakraban fa & airis.
Fa hampir gave-up. Serius fa hampir gave-up bila sampai masa fa nak kembali bekerja, stok susu tak cukup nak tampung . Sebab itu fa perlukan bantuan. Alhamdullilah Shaklee merupakan bantuan yang Allah turunkan untuk fa tatkala fa buntu & risau akan ketiadaan susu untuk Airis.
"Set Penyusuan Shaklee" sangat-sangat membantu. Umpama teman baik fa sepanjang proses penyusuan ni. Bukan nak cakap tak makan supplement susu tak keluar. Fa juga buat konsep-konsep asas penyusuan yang fa cuba terapkan dalam diri. Supplement hanyalah bantuan untuk badan ini mendapat 100% bekalan nutrisi yang cukup supaya susu mudah dihasilkan .
Jadi mommies start dari sekarang kuatkan semangat. Pasang niat untuk sempurnakan penyusuan susu ibu sehingga anak anda 2 tahun. Semoga Allah mudahkan segala urusan ini. Aaminn.
Sharing is Caring
No comments:
Post a Comment