Nuffnang

Monday, May 23, 2016

Penyusuan Susu Ibu adalah yang terbaik untuk Ibu & Bayi

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu," (Surah Al-Baqarah: 233)

Kita sering jadi serba salah bila ada orang kiri kanan terutama yang rapat dengan kita yang sibuk suruh bayi kita diberi Susu Formula seawal dilahirkan.. sebab rasa macam baby kita tu tak cukup susu & asik merengek macam kelaparan walhal baru je menyusu.

Fa ramai customer yang whatsapp mengadu hal yang sama. Niat nak Breastfeeding secara eksklusif tapi gangguan sekian-sekian buat terbantut niat tu & terpaksa beri susu formula just taknak orang sekian-sekian membebel...

Fa pun pernah mengalaminya..bila mama sendiri suruh beli susu formula siap-siap risau airis tak cukup susu. Risau sangat bila fa pam 1st time lepas airis lahir yg hanya keluar setengah auns... tapi fa tepis.. fa cakap fa tak mungkin beri susu formula.. insyaAllah allah cukupkan rezeki buat airis.. alhamdullilah umur airis 2 tahun 5 bulan Allah masih beri dia rezeki susu & rezeki menyusukan airis untuk fa..

Dugaan memang ada.. tipulah kalau fa cakap fa tak ada masalah penyusuan. Susu fa tak banyak macam orang lain, susu fa merundum ketika haid, bila pam pun hanya dapat 10 auns maximum itu pon selepas airis 3 bulan keatas. Masa berpantang susu fa pam hanya takat 1-3 auns je. Padahal fa dari airis lahir dah makan Set Penyusuan Shaklee.  Tapi kalau nak compare dengan orang lain memang susu fa terlalu sikit. Sebabnya fa masih belum faham konsep asas penyusuan masa tu & bila rajin membaca & dengar pengalaman BF mommies yang tegar baru lah fa faham.

Airis prolong jaundice, penyusuan kerap bantu mengurangkan tahap kuning dia tapi kuning airis tak surut-surut hampir 2 bulan. Bila nurse mintak fa pam susu dekat hospital masa tu, Allah susu fa just 3 auns je.. tengok katil kiri kanan semua penuh satu botol susu masa pam..

Tapi susu fa pekat.. susu mereka cair.. haaa itu buat fa positif. Susu perahan fa umpama ada body..lemak berkrim.. susu mereka macam cair.. airis cepat kenyang, tak merengek bila malam, jadi senang kerja fa & kuning airis turun dan turun dengan cepat. Alhamdullilah fa keluar dulu dari mereka yang lain.. 

YES! Supplement bukan untuk memperbanyakkan susu badan atau menjanjikan susu badan akan banyak mencurah-curah tetapi supplement membantu ibu-ibu mendapat cukup nutrisi & zat supaya badan ibu sihat sekaligus mampu mengeluarkan susu yang mencukupi untuk si bayi. 

Bila keluar hospital fa kerapkan buat power pumping, setiap malam buat..makan makanan yang bantu pengeluaran susu badan dan fa memang konsisten makan Shaklee. Air masak fa minum banyak.. alhamdullilah dari 3oz tu fa dapat 5auns..6auns.. 10auns susu perahan!!

===========================
Kelebihan Penyusuan Susu Ibu

Kepada Ibu
✔Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan ini boleh mengelakkan anda dari mengandung
✔ Ia membantu anda melangsingkan badan
✔ Membantu rahim & peranakkan anda kembali ke saiz asal dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan
✔Mengurangkan risiko barah buah dada & Ovari
✔Penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa & dimana sahaja

Kepada Bayi
✔Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandunganya berubah mengikut keperluan bayi yang semakin membesar
✔Susu ibu khasnya kolestrum mengandungi bahan-bahan antibodi yang melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit birit, bronkitis dan radang paru-paru.
✔Susu ibu mencegah dari penyakit lelah & sakit perut bayi
✔Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak bayi
✔Susu ibu mengurangkan pencemran yang mungkin berlaku dalan kaedah penyusuan lain
✔Susu ibu diperoleh dengan mudah,bila-bila masa, tiada masalah membancuh atau memanaskannya
✔Menyusukan bayi dengan susu ibu memberikan keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi.

==========================

Bagi fa kita kena ada kekuatan mental & fizikal if niat nak lakukan penyusuan secara ekslusif ini kerana menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting untuk perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat.

Susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Susu pertama (kolestrum) mengandungi sebaik-baik khasiat yg diperlukan oleh bayi selepas dia dilahirkan.

Anda perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang sebelum dan selepas kelahiran agar anda dapat menyusukan bayi anda dengan lebih baik.

Cara fa mudah sahaja...

Set Penyusan Shaklee + Power Pumping + Konsep Asas Penyusuan + Pemakanan yang seimbang

Anda ada masalah susu merundum? 1st born baby & tak tau sangat teknik untuk boostkan susu anda untuk buat stok? Tips Esklusif hanya untuk customer fa sahaja.. :)

===========================

5 Tips berkesan untuk penghasilan susu yang banyak:

1) Kekerapan pam susu - Sebaiknya pam selepas bayi anda menyusu untuk meransang pengeluaran yang banyak
2) Minum air masak secukupnya.
3) Elak Stress
4) Minum minuman berkalsium seperti susu dan horlick
5) Susukan anak dengan kerap, bila-bila masa & ikut demand anak

====================================================
PENGEDAR SHAKLEE SRI PETALING, PENGEDAR SHAKLEE BUKIT JALIL, PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BESI, PENGEDAR SHAKLEE TASIK SELATAN, PENGEDAR SHAKLEE KUCHAI LAMA,PENGEDAR SHAKLEE OUG 

 Whatsapp/SMS/Telegram 012-3841916 
 Like us on Facebook : Finurz Creations 
 Follow us on Instagram : @finurz_creations



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...