Inalillahi wainailaihi rajiun
(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya, kita akan kembali)
Terkedu..terkejut..bila dapat tahu tentang kematian kawan sepejabat masa di TGV Cinemas HQ KLCC . Haliza Rosli atau kami panggil Ija dijemput Ilahi pagi 18/5/2016..
Fa kena ija masa sebulan sebelum fa berhenti kerja, dia kiranya akan ganti tempat fa sebagai admin dan ambik alih tugas fa dekat Concession Department. Ija yang fa kena memang seorang yang ramah. Ada je yang dia nak kongsi.. tawa,ramah tamah dia tu terngiang-ngiang sampai sekarang....
Ija memang ada cancer. Dia selalu cerita pengalaman dia buat Kimo. Memang kesian bila dengar & hanya orang2 yang mengalaminya sahaja tau apa yg dia rasa...
Lepas fa berhenti fa hanya berborak dekat whatsapp.. itu pon bukan selalu..selalu tengok dia update gambar dia masa kimo dekat FB...bila whatsapp dia.. dia selalu cakap dia sihat...dia ok.. feeling better..
Sehingga 1 hari kawan fa rina bagitau ija makin kritikal, cancer dah merebak 1 badan.. rina dengan sorang lagi kawan kami ade ziarah ija, tapi rina cakap ija memang nampak tak larat nak bercakap bila fa mintak rina call fa untuk fa cakap dengan Ija.. takpe.. fa akan whatsapp dia nanti..esok..
Terkejut.. pagi 18/5 rina whatsapp bagitau ija dah kembali ke rahmatullah....inalillahi wainailaihi rajiun.... sebak rasa hati.. fa tak sempat nak whatsapp dia.. Allah.. sangat terkilan....
Untuk Arwah Norhaliza Rosli @ Ija semoga awak ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah..
Untuk keluarga Arwah.. semoga kamu semua diberi kekuatan dan redha dengan ujian Allah
Untuk kawan-kawan yang mengenali Arwah, mohon maafkan kesalahan arwah, sedekahkan al-fatihah semoga arwah tenang di sana...
Al-fatihah....
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment