Nuffnang

Saturday, April 27, 2013

Alhamdullilah - SAYA HAMIL!

Salam Semua,

Jeng..jeng..jeng... tengok tajuk entry pun dah tahu terang-terang kan... YUP! Good News, Fa kini hamil 5 minggu ++... Syukur Alhamdullilah. Tak terkata bila tengok Pregnancy Test tu 2 line. Tak sangka la selalu sakit-sakit badan dan sakit bawah perut (orang panggil ari-ari) sebenarnya tanda hamil. Orang yang 1st tahu mestilah En.Suami.. tak terkata apa-apa melainkan menangis & terus Sujud Syukur. Berkat doa & usaha fa dan en.suami yang tak terkira banyaknya akhirnya menampakkan hasil... Alhamdullilah.. Terima Kasih Allah.

My Positive Pregnancy test
 First time fa buat test bila fa 4 hari lewat datang bulan. Cycle period fa selalunya 31-32 hari. Memang fa pernah lewat datang bulan tapi tak selalu. Fa kuatkan semangat buat test jugak memandangkan hati fa rasa yang fa memang pregnant (dalam hati kalau still negatif-fa redha).
Alhamdullilah first pregnancy test tu ada 2 line walaupun line ke-2 tu agak samar tapi cukup mengesahkan yang diri ini Pregnant! Selalu kalau fa test mesti keluar 1 line je. 3 kali fa test (hari-hari pulak tu) selagi 2nd line tu tak terang memang fa tak puas hati. Test ke-3 tu fa buat kat klinik.. nampak tak line tu makin terang.. mungkin kalau test lagi 2 minggu memang terang terus. Tapi tak apa la.. Doktor pon dah sahkan yang fa hamil. (^.^)V

Kawan fa Erna suruh beli digital pregnancy test. Dia cakap lagi best guna tu. Memandangkan Fa sangat teruja yang fa pregnant, fa pon gigih beli Digital Pregnancy Test dekat Watson. Jenama "Clear Blue" harga dalam RM29 (rasanya) Jadi Jumaat 26 April 2013 pagi subuh sebelum solat tu fa buat la test guna digital pregnancy test dan ini lah hasilnya :

Clear Blue Digital Pregnancy Test 
Ramai yang tanya fa makan apa..buat apa.. tapi fa jawab "Usaha Tanda Kejayaan" hehehe. Tak kisah la apa juga usaha yang kita buat, Zuriat ni rezeki dari Allah. Allah tu Maha Mengetahui bila masa-masa yang sesuai untuk Dia beri rezeki tu pada kita walau sebanyak mana usaha yang kita buat, sebanyak mana duit yang kita keluar. Rahsia fa jangan putus-putus berdoa, mintak pada Allah dimurahkan rezeki & dikurniakan anak yang soleh.

Selain doa & usaha, fa amalkan makan supplement. Sebab fa pernah terbaca yang badan kita ni perlukan sumber-sumber vitamin supaya badan kita lebih bersedia untuk hamil. Walaupun Fa cuma ambil ESP , Alfafa, Ostematrix (kalsium) , En.Suami pun tak pernah merungut bila suruh makan supplement. Dia sungguh-sungguh dan alhamdullilah tak pernah miss pun makan Vitamin E & Zinc yang fa belikan khas untuk dia. Oh lupa..fa pon tak pernah miss makan ASID FOLIC sebelum ni.

Jadi nampak tak? Rezeki bukan datang bergolek. Usaha tanda kejayaan! :)

**Million thanks to Erna,Kak Erlina, Kak Amylia, Isma, Aini, Rina, Junainah,Mama , En Suami dan semua-semua yang doakan fa selama ni.

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia,
Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

*Kredit To http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2013/02/doa-semasa-ibu-mengandung.html



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...