Nuffnang

Tuesday, April 23, 2013

KENAPA SHAKLEE PILIHAN YANG TERBAIK?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam Semua

Tergerak hati nak buat entri ni setelah fa terima macam-macam soalan & kata-kata negatif dari seseorang mengenai Shaklee.Rupanya masih ada yang tak faham & masih ada yang mempertikaikan kebaikan Shaklee & bandingkan dengan Vitamin-vitamin yang boleh didapati di farmasi.

1st sekali, fa tak cakap yang Shaklee tu lah yang terbaik berbanding vitamin @ supplement dari brand yang lain, Fa pon tak nafikan Fa pon makan Supplement dari brand yang lain tetapi fa teruskan dengan pengambilan Shaklee. Setiap brand ada keistimewaannya tersendiri, begitu juga dengan Shaklee. Tak perlulah menghabiskan duit beribu-ribu ringgit semata-mata untuk membeli vitamin yang banyak, sebab bagi fa sudah memadai beberapa sahaja asalkan kita tahu keperluan & kepentingan Vitamin tersebut untuk diri kita. Kita sendiri kan yang tahu apa yang diperlukan untuk badan kita. Buat apa nak ikut cakap orang?

Sesetengah orang hanya jual vitamin-vitamin ni untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Bukan untuk menolong tapi lagi membebankan kita yang membeli. Sebab itu fa selalu suggestkan pada customer fa mengikut keperluan mereka & budget mereka.

Selain itu fa juga akan memberi konsultasi & guideline kepada customer-customer fa cara yang betul dalam pengambilan vitamin. Kalau kita makan sampai 10 jenis vitamin sekalipon tak ikut cara & pengambilan serta dos yang betul, mana mungkin kita dapat hasilnya kan? Yang mungkin dapat kesan yang tak seberapa baik atau tak berkesan langsung.

Sebab itu sebelum beli sesuatu benda, sila buat research, sila ambil tahu vitamin apa yang anda perlukan  untuk diri anda & mengikut budget anda. Jangan main beli sesuka hati nanti kita juga yang
merana.

Selain dari Shaklee ni halal, Mesra Alam, Selamat dan Berkesan, Shaklee juga ialah Vitamin natural. jom baca perbezaan antara vitamin sintetik dan vitamin natural. 

*Kredit to http://hebatkan.blogspot.com/
Penghasilan
Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dengan mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.
Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.
Keserasian dengan badan
Vitamin natural dihasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.
Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.
Harga
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.
Kesan kepada tubuh badan
Vitamin natural mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.
Kesan jangka panjang
Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.
Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.
Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tapi imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.
 
Jadi diharap entri ni dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang tepat. Fa dah buat pilihan yang tepat untuk diri sendiri & keluarga fa. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...