Nuffnang

Tuesday, April 23, 2013

5 Makanan Untuk Kulit Cantik Berseri.

Siapa taknak kulit cantik kan? Fa bernasib baik sebab fa tak ada masalah kulit yang teruk. Jerawat yang teruk waktu di alam persekolahan langsung tak tinggalkan kesan pada kulit fa. Alhamdullilah. Ramai yang tanya apa fa pakai, apa fa buat.. Fa sendiri tak sedar mana hilangnya jerawat-jerawat yang besar-besar tu dulu padahal fa tak pernah pon pergi buat facial.

Tips ni Fa dapat dari google. Agak menarik jugak sebab tu fa kongsi kat sini. Mana tau boleh guna pakai kan. *Kredit to http://anizyn.blogspot.com/

5 Makanan Agar Kulit Mulus

1. Salad
Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato

Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi
Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

Set Kecantikan Shaklee terdiri daripada Vitamin B Complex, Vitamin E & Vitamin C yang dapat membantu untuk mengurangkan masalah-masalah kecelaan kulit seperti jerawat,kulit kering,kulit tidak sekata.

Hubungi fa jika berminat untuk dapatkan Set Kecantikan dengan harga Istimewa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...