Nuffnang

Monday, July 27, 2015

Buah Mata Kucing makanan penggalak susu ibu.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Siapa suka makan buah mata kucing? Raya tahun ni seronok sebab merasa lah nak makan buah mata kucing fresh petik dari pokok dekat kampung mama. Sebelum ni asik beli je, kalau tak beli pun orang bagi, tapi feel kali ni best, sebab boleh petik kat pokok terus makan.. nikmat sangat.


Gambar atas ni pokok mata kucing kat kampung mama. Buah dia besar-besar, isinya tebal dan manis. Pokok ni tak pernah berbuah. Memang rezeki tahun ni dia berbuah lebat selebatnya.

Buah mata kucing ni sebenarnya banyak khasiat. Salah satunya ialah anti-oksidan. Tapi fa suka makan buah ni sebab lepas je makan buah mata kucing ni, breast terasa penuh. Maknanya buah ni salah satu MILKBOOSTER fa. Dulu lepas bersalin, memang fa makan semua makanan yang orang share boleh banyakkan susu badan. ( Anda boleh ke link SINI untuk baca balik entri tentang makanan penggalak susu/milkbooster ) Setiap orang lain penerimaannya, macam ade setengah orang minum Yakult pon dah boleh buat susu banyak, boleh dikatakan fa cuba semua. Kurma, pegaga, kacang hijau, air longan dan banyak lagi. Yang fa nampak hasilnya bila fa makan Kurma (kurma nabi, lain-lain biasa je) pegaga, bubur kacang hijau (kadang ok kadang tak) dan BUAH MATA KUCING. Sampai sekarang asal makan je buah mata kucing ni mesti rasa breast penuh, Seronok lah airis minum.

Khasiat Buah Mata Kucing
Buah mata kucing ni satu keluarga dengan longan. Cuma longan ni mungkin besar sikit dari buah mata kucing. Kedua-dua buah ni bersaudara dekat dengan buah laici. Buah mata kucing mengandungi sukrosa, protein, lemak, glukosa, dan asam tartaric. Buah ni juga bagus dimakan oleh ibu-ibu hamil yang kurang bertenaga & baru melahirkan.

Isi buah mata kucing ni baik digunakan sebagai ubat sakit perut, sebagai pencernaan bagi mereka yang sembelit, meredakan demam, ubati racun dan bisa serta digunakan sebagai ubat pembunuh cacing perut.

Dalam sumber lain disebutkan bahwa buah ini juga mengandung zat besi, magnesium, fosfor, potassium, vitamin A dan c, tiamin, kalsium, serat, protein.

Umur Airis sekarang dah 1 tahun 7 bulan, Ramai yang tak percaya fa masih susukan airis sampai sekarang. Sebab kebanyakkan sedara mara yang anak dia sebaya airis dah campur susu bila umur hampir nak setahun. Sebab niat fa nak susukan airis sampai umur 2 tahun jadi fa kena usahakan juga untuk pastikan susu tak kering dan sentiasa ada untuk airis. Sebab airis dah besar,  fa beri jugak dia fresh milk kadang-kadang untuk minum. Tapi airis tetap nak "memen" (nenen versi airis) Alhamdullilah susu fa masih ada walaupun airis kurang menyusu. Bila anak makin membesar, makan pun dah macam-macam, dengan maknya sekali makan macam-macam. Kalau dulu pantang kemain sebab risau susu merundum, tapi percayalah, selagi niat tu ada, selagi anak masih nak menyusu, susu tu akan sentiasa ada. Itu yang fa yakin!

Kenapa fa memilih untuk Fully Breastfeed Airis?
- FREE of charge (Percuma)
- Penyusuan membantu pengecutan Uterus, mengurangkan risiko kanser payudara, pangkal rahim dan ovari.
- Penyusuan membakar kalori dan sekaligus membantu fa mengurangkan berat badan.
- Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.

Sepanjang penyusuan fa perasan yang Airis jarang sangat demam. Kalau demam pun sehari tak lebih dari tu. Perkembangan minda Airis nampak semakin maju. Nampak sangat dia cergas, cerdik, fokus dan badan nampak sihat.

Anda ada masalah kekurangan susu atau susu merundum? Buat tak tips yang fa ajar dulu dekat entri-entri lepas? Jangan gaveup. Cuba sampai dapat. Fa dulu pun bukan lah terus bersalin banyak susu, & fa bukan lah jenis susu yang banyak. Tapi sebab fa nak jugak susu kan airis sampai 2 tahun jadi fa usaha lebih sikit.

PERTAMA
Kerapkan menyusu bayi (On demand) bagi ibu yang bekerja perlu mengepam dengan konsisten setiap 3 jam sehingga payudara benar-benar kosong

KEDUA
Pengamilan air kosong yang mencukupi - 3 liter dan lebih

KETIGA
Makan makanan yang seimbang dan tak digalakan diet yang keterlaluan

KEEMPAT
Keperluan rohani untuk ketenangan, zikir dan berdoa untuk penyusuan yang lancar.

Kalau dah buat semua ni tapi susu masih merundum? Cuba makan makanan perangsang susu yang fa share. Try & error semua makanan tengok mana yang anda serasi dan yang mana boleh jadikan MILKBOOSTER anda.

Fa tambahkan lagi dengan pengambilan SET PENYUSUAN SHAKLEE supaya fa sentiasa sihat, dan bertenaga supaya mampu menghasilkan susu. Setiap supplement yang terdapat dalam set penyusuan Shaklee ni ada kelebihan dan kepentingannya tersendiri. Fa pernah ceritakan pada entri lepas. Klik SINI untuk baca tentang Kepentingan Nutrisi Selepas Melahirkan dan Menyusukan Bayi.


ISTIMEWA SET PENYUSUAN SHAKLEE
- Amat digalakkan untuk ibu yang mempunyai masalah penyusuan
- Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari…
- Set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik.
- Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang baru nak mula menyimpan stok susu.
- Set ni sesuai untuk ibu yang telah berhenti menyusukan bayi dan berhasrat ingin menyusukan semula .Jika mengamalkan set ini insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)

Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak
**HARGA BARU BERKUATKUASA 1APRIL 2015**


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...