Nuffnang

Showing posts with label WAHM. Show all posts
Showing posts with label WAHM. Show all posts

Tuesday, October 18, 2016

Handphone Rosak Lagi......

Masuk kali ni dah 2 kali dah handphone rosak. Sepanjang panjang ni, fa kalau guna handpone tak pernah rosak. Bukan nak berlagak tapi fa ni jenis kalau guna tu memang cermat. Memang banyak kali tukar handphone tapi satu handphone tu fa guna bertahun sebelum beli handphone yang baru. Yelah.. handphone ni macam nyawa, bila nyawa mesti jaga baik-baik kan. Mungkin sebab tu la handphone fa tak pernah rosak teruk. Paling busuk pon bateri yang rosak. Itu tak dapat nak buat apelah kan...

Tahun lepas bulan 12 fa terpaksa beli handphone baru sebab handphone lama fa (Samsung Advance) dah tak advance lagi, heng manjang, bateri pon rosak. Sebab ade rezeki lebih fa beli juga handphone baru (Samsung J1 Ace) masa tu harga dia tak samapi RM400 dan masa tu budget memang ngam-ngam je nak beli handphone bawah RM400 . Sebab dah terdesak beli jugak lah tak tengok spec semua main beli je. Sebab dah tanya kat seller tu yang fa ni kerja semua buat guna Handphone, dia cakap handphone ni boleh tampung memori yang banyak & besar.. ok RM400 gila murah la kan if boleh tampung segalanya...

Tapi biasa lahh.. seller..cakap ok sebab nak laris stok.. belum setahun handphone dah rosak. Taktau la kenapa, orang yang baiki tu cakap sistem dalam handphone tu rosak & bila tanya kawan dia cakap memang handphone baru masalah dia yang ni. Terpaksa reformat semua balik, contact segala dalam handphone tu habis clear macam baru. Haa baru ok balik. Rupanya internal memory handphone tu tak sampai 4gb pon. Ram pon sama.. kecik.. Jadi dengan penggunaan Aps yang banyak dan kerap, handphone tu takleh nak tampung. TAP terpadam terus tak leh on!

Kali ni kali ke-2 Handphone ni buat hal. Tengah dok wassap customer tetiba heng.. bila heng tuptup terpadam... terus blank screen & keluar ape ayat tah fa tak ingat. Bila refer kawan yang pandai baiki handphone dia cakap sistem android tak dapat update betul then terus error tu yang buat jadi gitu.....

Sudahnya sampai sekarang handphone Samsung J1 Ace ku tersadai dekat kawan sebab dia takde masa nak menggodek masalah handphone tu.. Sudahnya fa guna balik handphone Samsung Advance yang lama tapi biasalah segala Apps dah takleh install. Handphone ni pulak dah bagi kat Airis. Jadi bebila dia nak,dia ambik je.. "ni handphone Aisyish laa mamy"..hukhukhuk

Kena pulun sales banyak-banyak.. saving sungguh-sungguh .. mana tau boleh beli Handphone baru kan..?? 

Anda guna Handphone ape? Best tak? Harganya berapa? 
Ade cadangan Handphone yang best tak? Takmo dah samsung.. geleng-geleng!
Nak handphone yang cameranya cantik sebab fa suka nak ambik gamba vits-vits kesayangan & gamba gelagat airis yang macam-macam. Nak handphone yang boleh install banyak apps terutamanya pic editor yang boleh guna untuk bisness & memudahkan urusan2 bisness (email, ig, whatsapp, FB.. dll)

Rasa-rasa OPPO FIs tu best tak...........


Nak beli #Shaklee pakat whatsapp no biasa ok 012 384 1916 :)
  

Wednesday, September 14, 2016

Join Young Living Essential Oils demi kesihatan anak

Join Young Living Essential Oils Demi Kesihatan Anak

Bismillahirahmanirrahim

Lamanya tak online & update blog. Walaupun berblog ni macam syok sendiri tapi update blog ni dah sebati dalam jiwa fa. Tak kisah la ade orang baca ke tak tapi instinct ni kuat mengatakan blog ni ramai orang baca.. kalau tak tak kan la ade ramai customer Shaklee kan? Bila ditanya semua cakap dapat info dari blog... heeeee alhamdullilah. Thanks customer-customer sayang :)

Masa Raya Korban ritu handphone rosak. Langsung tak boleh on. 2 hari mati kutu. Sebab bila jiwa dah serasi dengan whatsapp, facebook tetiba Allah tarik nikmat sekejap maunya tak mati kutu kan? Alhamdullilah semalam HP dah ok balik, cuma bila reset semua habis contact hilang. Fa pulak simpan semua dalam HP takde buat backup.. padan muka. Syukur Alhamdullilah dapat pulak turn kutu Premium Stater Kit (PSK) Young Living & Kutu Periuk Noxxa sekali padahal turn kutu bulan depan. Ni namanya rezeki terpijak . Alhamdullilah

Siapa tak sayang anak kan? Kadang tu terpaksa ketepikan hak sendiri untuk utamakan hak anak. Fa mengaku, fa takut dengan virus-virus yang banyak kat Malaysian ni lately. Fa ni cepat panik jadi bila airis start demam atau selsema fa yang akan panik lebih, jadi zombie, padahal airis biasa-biasa je. Sebab tu menyusukan airis adalah cara yang terbaik untuk elak airis dari pelbagai penyakit & cara terbaik untuk Immune Booster dia.

Sama macam Shaklee yang fa makan, beli dan beri pada Airis & en.suami untuk kesihatan mereka. Apa je yang bagus untuk prevent gangguan kesihatan mereka fa akan buat. Fa tak suka beri airis ubat sintetik, For serius airis tak pernah diberi ubat klinik kecuali jika dia demam yang teruk itu pun selepas segala natural remedies fa buat tak berhasil . So far bila Airis demam hanya Vitamin C Chewable & Nutriferon Shaklee yang fa beri selain kerapkan breastfeeding (fa sendiri akan pastikan konsisten ambil vitamin Shaklee) untuk kuatkan antibodi dia.  Sebab fa percaya pengambilan supplement juga perlu untuk mereka berdua ni. Supplement ni semua untuk penuhkan kekurangan nutrisi dalam badan yang tak cukup atau hilang. Bila nutrisi cukup dalam badan, penyakit pon kurang nak datang. Kira ada benteng la dalam badan kita ni. Apa yang boleh prevent kita prevent kan..

Memang dari dulu fa dah aim Essential Oils (e.o) dari Young Living ni bila nampak ade sorang kawan sekolah yang gunakan e.o pada anak-anak beliau yang demam. Macam tertarik bila nampak Diffuser lampu biru yang dia letak tepi katil anak-anak dia untuk bantu redakan demam selsema mereka, tapi belum terdetik hati nak beli. Harga 1 set premium ni agak mahal juga. Usha-usha je lebih. Fa ni memang suka sangat pada aroma terapi. Bagi fa bila hidu bau-bau wangi ni jiwa tenang. Bila tenang dan relax semua kerja lancar je  Tapi bila ada ni airis nak lama-lama sabun-sabun badan dengan sabun aroma terapi memang tak dapat lah then lepas kes dia main api lilin bekas aroma terapi yang fa pasang tu.. tobat dah nak nyala-nyalakan dalam rumah walaupun tinggi juga fa letak masa tu. Nasib tak terbako rumah T.T.. Tapi tu aroma terapi, e.o ni bukan je berfungsi sebagai aroma terapi menenangkan tetapi sekali alternatif untuk kesihatan. 

Fa start dengan Calming blend oil yang fa beli dari Puan +Shina Wann . Actually beli Oil Blend Calming ni lepas kami berborak pasal anak yang susah nak tidur & kuat tantrum sebab restless. Alhamdullilah serasi pulak dengan Airis. Setiap malam sapu oil blend dekat kaki & belakang badan & jadikan rutin setiap malam, airis memang tidur lena. Bukan tu je, fa nampak dia more fokus, nampak lagi tenang dari sebelum fa sapukan dengan Calming Blend ni. Dalam Calming Blend ni salah satu ingredient dia Lavender.. semua tau kan Lavender tu baunya memang menenangkan sebab tu kot Airis tidur lena sekali dengan fa yang ada masalah insomnia lately tidur lena.

Bila dah nampak keserasian disitu, dah cukup baca satu-satu kebaikan setiap Essential Oils, terus tak fikir panjang join kutu Premium Starter Kit (PSK) Young Living under Puan Shina sebab tergoda dengan kesemua khasiat Essential Oils Young Living yang botolnya berkaler-kaler ni. Lagipun bila fikir nak beli satu-satu, e.o ni agak mahal & PSK ni agak jimat juga sebab dapat terus 13 botol e.o & sekali Diffuser . 

Kesemua e.o Young Living ni ada khasiatnya tersendiri. Bukan je botol yang warna-warni & comel tapi khasiat dia pon banyak. Kalau nak beli satu-satu memang boleh dikatakan mahal. Sebab YL hanya menggunakan pati tulen yang organik . Cara senang join je kutu. Terus dapat PSK & rezeki sangat bila puan Shina bitau yang fa akan dapat PSK awal dari turn. Happy gila! Alhamdullilah

Apa yang ada dalam PSK?

Nama pun Premium Starter Kit, jadi yang dapat memang sangat best. Takkesah la mahal tapi berbaloi. apelah sangat kan semua demi kesihatan anak memang fa sanggup. Bukan untuk anak je. sekali ngan fa & suami.


Dalam PSK ni fa dapat 13 essential oils. Antara e.o yang ade dalam PSK ini ...

♥ Rc
♥ Digize
♥ Copaiba
♥ Pan away
♥ Frankincense
♥ Lavender x 2
♥ Lemon x 2
♥ Thieves
♥ Pepermint
♥ Purification
         ♥ Stress Away       


              
Lain-lain yang ada dalam PSK ni ....

Dew Drop Deffusser 
FREE sample e.o packet
FREE sample bottle
FREE Slique Bar
FREE Slique Tea Sample
Catalog & Member info


Berapa punya banyak la FREE FREE FREE dia kan? Yang bestnya 13 jenis e.o tu kalau beli loose mau harganya RM2K.. Fa add sekali LEMONGRASS e.o untuk masalah nyamuk & kalau selsema boleh diffuse e.o ni.cepat kering.



Sebab dah serasi dengan oil blend Dunia Aura Puan Shina, fa order juga sinus blend - yang botol coklet gelap . Selsema makin teruk & datang berulang pulak. Lepas konsisten mega dose Vitamin C Shaklee & sapu Sinus Blend Dunia Aura alamdullilah kurang gatal hidung. Nanti fa review pasal Oil blend Dunia Aura ni pulak.



Balik je rumah, malam tu terus bukak kotak, godek-godek beg kertas YL dan terus rasmikan diffuse e.o Lemongrass & Purification. Kenapa 2 ni? sebab fa & airis selsema & 1 lagi supaya nyamuk tak masuk bilik. Bau bilik memang bau serai yang more to bau dalam SPA Shina cakap & siang tadi sebab banyak sangat kerja fa rasmi pulak e,o Lavender kasi tenang jiwa untuk siapkan semua kerja yang tertangguh.

Haa.. bila dah beli PSK ni secara rasminya fa ahli YL. Alhamdullilah. Jadi selain Shaklee, anda boleh la Whatsapp fa juga untuk beli e.o atau set diffuser ni :)

--------------------------------------------------------
15 hari lagi tau nak grab Sustained Release Vita-C & ESP dengan harga PROMOSI!



Nak beli Shaklee?

untuk info/order:
Whatsapp/SMS:
.
Your Health & beauty Consultant:
Agen Sah Shaklee

Farah
💋012-3841916💋
(SID 949399)



Tuesday, August 23, 2016

Pengalaman pertama menyusukan Airis


Entri penyusuan lagi? Kenapa la fa ni selalu je nak cerita pasal penyusuan ni dalam setiap entri kan? Sesungguhnya aku rindu gile nak menyusuan baby 😂 Menang airis masih menyusu sampai sekarang cuma lain tau perasaan menyusukan baby dengan budak.. serius lain. Baby ni sebab dia taktau pape. Semua 1st time.. semua kita kena ajar. Baringkan.. susukan.. gayakan..ajarkan...  Budak ni sukahati dia nak buat ape. Nak pusing camne, gaya camne.. sampai boleh pilih nak breast yang mana.. "mamy this 1 please...." sukahati je dia nak kiri ke kanan ke. huhuhu

Itu ler sebabnya masa pergi jenguk kawan yang baru bersalinkan baby F yang korang boleh baca kat entry link serius ringan je tangan fa nak ambik si baby F tu dan sumbatkan nenen ni dalam mulut dia sebab tak tahan tengok dia merengek takpuas netek.. huhuhu tapi tahan... anak orang kot kan.. tak memasal jadi anak susuan pulak. Actually fa tak kesah pon tapi orang lain of coz kesahkan. hihihii gian punya pasal. Bukan tak teringin nak pregnant lagi tapi semua tu kan kuasa Allah. Siapa lah fa nak soal-soalkan kerja-Nya. Mungkin tak cukup usaha. mungkin belum sampai waktu. Mana kita nak tau kan :)

Airis baru lahir - 2.9kg
Bila cerita tentang pengalaman 1st time menyusukan airis memang rasa terkilan sikit la. Selepas beberapa saat airis selamat dilahirkan, Doktor Raja letak dia atas dada fa tapi fa tak buat ape, just pandang, senyum syukur semuanya dah selamat setelah hampir 7 jam dalam LR. Sepatutnya bukan ke kena susukan dia? muahahha. aku mana tahu. kawan-kawan yang dok sibuk whatsapp dari  awal masuk LR takde pon mention kena susukan sebaik baby keluar. Nampak sangat kurang ilmu kat situ. Mungkin juga tu lah penyebab susu fa lambat sikit nak keluar sebab awal-awal takde rangsangan dilakukan. Sebab itu masa pregnant bagi 1st timer mak ni silalahh rajin membaca. Sila katam segala ilmu penyusuan tu awal-awal. :)

Untuk yang tak tahu, susu awalan kita atau kita panggil Kolostrum . Kolostrum adalah tinggi karbohidrat, tinggi protein, tinggi dalam antibodi, dan rendah lemak . Sebab itu awal-awal baby lahir kita kenalah sumbatkan dia dengan susu ibu ni sebab salah satu fungsi kolostrum ni ialah memudahkan pembuangan najis pertama si baby. Kolostrum ni juga bantu membuang lebihan bilirubin dalam darah baby. Bilirubin ni yang penyebab kuning tu. Jadi fa macam terfikir-fikir maybe sebab ini lah jaundice airis macam lama sikit nak baiknya.. haissss

Ok, nanti lah kita cerita tentang kolostrum ni. Sambung tentang breastfeed si Airis.Selepas dah transfer masuk wad, nurse tanya baby nak bagi FM atau fully breastfeed. Of course la fully breastfeed kan. Dengan semangat fa cakap "breastfeed" ingat nak menyusu tu senang. Sumbat mulut baby dengan tek terus isap? hohoho tak semudah tu ye. Setiap 5 minit fa tekan loceng panggil nurse soh nurse ajar camne nak kasi airis menyusu. Pelik budak ni tak melalak pun. Macam merelakan je ape yang fa buat. Badan baby kan fragile. Nak dukung pun takut. Nak pusing-pusingkan pun takut. Itu yang 5 minit sekali panggil nurse. Kat sini lah nampak beza kalau bersalin dekat private dengan goverment. Nurse kat sini terpaksa datang sebab aku dah tekan loceng setiap 5 minit kan. Tapi ajar nya pon tak. Dia cuma cakap je. Buat camni, buat camtu. Cuba gaya "football" cuba gaya itu-ini yang fa pun tak faham & tak reti. ilmu tak cukup gitu lah.. Long story short - terpaksa topup dengan FM sebab nurse cakap anak fa dah biru kehausan =.=" Masa tu rasa nak melalak. tapi sebab bilik share, mommy kat sebelah katil dok mengerang2 kesakitan, fa menangis je dalam hati. Siap fikir..mana susu aku? huhuhu Allah... Alhamdullilah dekat hospital semalam je. Esok pagi nurse dah mandikan Airis, siap cakap dah bagi susu FM tapi fa buat muka redha.. tak kan nak cakap ape kan? Ada hikmah dia, Hikmah dia... airis menyusu sampai sekarang. 2 tahun 8 bulan dah! Alhamdullilahh rezekiiii

Sepanjang perjalanan dalam kereta, mama bising soh beli FM. saja buat stok kang kalau tak cukup susu boleh topup... Allah.. senangnya kan? Tapi fa pekak kan telinga je. malas layan. sambil2 tu cuba google, tanya kawan-kawan macam mana exactly nak menyusukan baby tu. Lekapan tu camne nak kasi betul. Semualah fa baca kasi faham. Sambil baca sambil tutorial kat Airis. Kesian dia. Mulut dah lah comel. Kena paksa ikut macam mamy suruh.. huhuhu. 

Ni susu fa masa 2 hari lepas bersalin - nak menangis ke tak?
Masa dalam pantang, ESP memang tak miss minum. niatnya nak kasi susu banyak. Nak badan cergas, Nak sihat cepat, Nak pastikan airis dapat fully breastfeed. Masa pantang fa tak pump. Pernah pump sekali masa 2 hari dalam pantang. Susu yang keluar tu setengah oz je. Terus down. Tertanya gak apesal orang lain pump dapat 5oz aku pump setengah oz je? Kalau masa kat hospital nurse cakap airis minum susu habis 5oz. Kalau susu yang keluar ni sikit macam ni, cukup ke? stress dah kat situ. Mama asik ulang-ulang cakap pasal stok FM.. menangis la dalam hati. Emosi sangat!

Rupanya aku ni over... perut baby baru lahir besar guli je. nak sumbat susu banyak-banyak buat ape kan? Bila ilmu tu dah ada sikit-sikit baru fa faham.Susu yang ada ni cukup untuk Airis. InsyaAllah cukup. Baby akan kerap menyusu sebab susu ibu ni mudah hadam. Bukan maknanya dia tak cukup susu tau! Susu ibu ni mudah hadam. sebab tu baby kerap kencing & berak. Susu ibu ni bukan macam FM tu.. perasan tak kadang-kadang FM buat anak sembelit?

Masa kat kampung, pantang airis kerap menangis. Bayangkan dari lepas maghrib sampai subuh on off menangis. Bila azan maghrib baru berhenti. Allah je lah tau macam mana stress & letihnya badan masa tu. Airis hanya nak tidur ngempeng dengan fa. Fa terpaksa tidur duduk. Sakit semua tulang temulang ni. Nak tahan - telan ostematrix shaklee. Bukan 4 biji setiap malam tapi 4 biji lagi lepas breakfast. Airis masuk 2 bulan fa dah ajar dia menyusu sambil baring. Cara ni senang supaya fa pun dapat lunjur kaki & rehat. Tapi mama marah. takbagi sebab bila bangun airis dah tersepit kat celah ketiak. Takut lemas. Biasalah orang dalam pantang kalau dapat tidur tanpa gangguan tu nikmat gila kan. Sampai tak perasan anak dah tersepit. Tapi sampai sekarang airis memang netek baring. Bila malam je nak tidur netek.. Kalau kurang kalsium memang pinggang sakit gila ni. Tapi Alhamdullilah, fa memang makan Ostematrix Shaklee. Jadi bantu juga lah sengal-sengal badan ni.

Ni hasil masa start nak pamp nak buat stock beku. Sebelah breast dapat 2oz 
Susu perahan makin banyak lepas konsistan minum ESP & buat power pumping
Kalau tengok testimoni set penyusuan Shaklee mesti tayang susu perahan penuh 1 freezer kan? Fa takdelah nak share testimoni gitu. Sebab fa tak macam tu. Susu perahan fa pun cukup-cukup untuk airis bila fa pergi kerja. Sabtu ahad atau cuti fa pump jugak untuk buat susu frozen. Selain tu nak rangsang pengeluaran susu. Sekali pump pun bukan lah sampai 20oz.. campur dedua belah dapat dalam 10oz paling banyak. Ikut mood jugak. Kadang 5oz je.. tapi bila tengok susu tu dah keluar pun alhamdullilah. Selama kerja tak pernah pulak angah call cakap tak cukup susu. Sebab dia tau stok susu beku pun ade cukup if susu dalam chiller habis.



Benda yang tak boleh lupa sepanjang penyusuan Airis ada 2. 1 masa airis jaundice 1 lagi masa bengkak susu. Masa airis jaundice fasama-sama kena tahan wad dekat Hospital Alor Gajah. Alhamdullilah dapat hospital tu sebab kita pun boleh sekali tinggal wad. Sebab ada pengalaman kawan yang anak dia jaundice, anak je yang kena tahan. Mak kena balik. Setiap hari kena datang hospital hantar susu/susukan anak. Mungkin Allah nak bagi kemudahan kat situ sebab fa pantang dekat kampung. Suami pulak kerja kat kl. jarang balik. Yang harapnya mama & angah. Jadi kalau airis je kena tahan wad, fa tak.. macam susah dah nak ulang alik. Lagi teruk gangguan emosi kang.. Lagipun kesian mama & angah kan? Tapi yang takbest nya.. bila kena sengsorang dekat hospital.. mama takde.. anak pulak melalak non-stop dekat wad.. aku stress tahap gaban. Sampai kawan sebelah katil tegur apesal muka aku stress sangat.... Lagi stress... orang sebelah katil pam susu banyak gila.. Aku? 1oz je campur dua belah baru 2 oz.. Menangis dalam hati lagi. Padahal makan shaklee. Bukan patut untuk milkbooster? 

Haaa... korang dah salah konsep kat situ.. Shaklee ni supplement. Supplement ni bantu menambah nutrisi dalam badan si ibu yang sekaligus membantu merangsang pengeluaran susu ibu. Fa perati je kawan sebelah katil ni. Dia ada 2 anak, jadi dia dah ade pengalaman. Family dia kerap datang, suami selalu ade sampai habis waktu melawat. Gelak-gelak happy-happy.. semua tu merangsang hormon susu. Lagi pun dia jap-jap pam sebab dia cakap bengkak susu. Aku? bengkak susu pun tak terasa. Stress je memanjang. Jap-jap nak melalak. Bila nurse datang cakap jaundice airis tak turun aku stress.. mengalir air mata.. Bila call suami.. suami bz. Nak pam pun bukan selalu. Sebab asal pam airis menangis .. Ilmu tak banyak masa tu. Tak tahu ape "tandem nursing" 

Airis jaundice lama.. sampai hospital suspect dia ada masalah hati. Tapi fa tak puas hati hospital cakap gitu. Fa paksa suami ambik fa checkup dekat Columbia jumpa Paed Airis. Alhamdullilah, airis hanyalah breastfeed jaundice. Badan dia masih nak serasi dengan breastfeed. Sebab itu pentingnya kolostrum tu. Airis jaundice hampir 3 bulan. Selain susukan kerap, petua mandikan dengan air rebusan inai pun mujarab turunkan jaundice airis. Jangan nak memandai bagi baby susu/air lain selaun susu ibu. Mengarut! Masa airis jaundice tu banyak laaa pulak orang kiri kanan yang bagi petua bukan-bukan. Sampai suapkan anak "supplement *&%^*" konon bantu turunkan bacaan jaundice tu.. Kalau katakanlah betul ade macam-macam petua seeloknya biar kita yang makan. bukan anak ye. Jadi bila kita menyusu, ia akan disalurkan pada bayi melalui penyusuan. Kan?

Ni hasil perahan selepas merana bengkak susu semalaman .Alhamdullilahh banyakk!!
Siapa yang tak pernah kena bengkak susu? Ibu-ibu menyusu mesti tau perasaan bengkak susu tu camne. Nauzubillah... seksa gila. Macam fa sampai demam + menggigil 1 badan. Masa tu tengah pantang. Manalah ade lecithin ke, omega guard ke nak surutkan bengkak. (Lecithin terbaik untuk masalah bengkak susu) Jadi ape yang fa buat, tuam breast dengan botol air panas. Urut-urut dari atas ke nipple. Pastu pam. Memang memula susu tu macam susah je nak keluar. Urut & tuam kerap kali insyaAllah susu tu keluar memancut. Sambil-sambil tu zikir-zikirlah moga allah mudahkan urusan susu tu keluar. Bengkak susu tandanya susu kita banyak & terlampau banyak. Alhamdullilah. Cuma bila ianya tak dikeluarkan dengan betul atau tak habis keluar . dia jadi tersumbat dan membengkak. Sekali je la fa kena bengkak susu yang teruk. Lepas tu bila dah rajin membaca ilmu penyusuan, dah tahu susukan airis dengan lekapan yang betul. pam pun dah kerap, kurang la bengkak susu tapi susu semakin rajin nak keluar. Suka si airis minum! Mamy lagi senang hati.

Airis 5 bulan - tengok lengan dia ketak-ketak :)
Airis 1 tahun
Banyak suka duka sepanjang proses penyusuan itu. Fa share kat sini nak bagitau ia bukan lah sesenang yang kita nampak. Ada orang mengeluh bila terpaksa bangun malam menyusukan anak. Terpaksa pam setiap kali dekat opis. Tapi jika kita hayati perjalanan penyusuan itu sebenarnya sangat indah untuk dikenang. Bila tengok anak menyusu dalam dakapan kita.. hilang segala penat lelah stress emosi semua tu kan? Penyusuan bukan semata ilmu yang boleh dapat melalui pembacaan je. Penyusuan perlu ade mentor. perlu ada guru. .Jika anda seorang yang nak susukan anak anda tapi tak sure mampu ke tak.. rajin-rajin cari kelas-kelas penyusuan then start your Niat dari awal. Takpun tanya pada kawan-kawan rapat yang dah berjaya sempurnakan penyusuan ini.

Set Penyusuan Shaklee betul-betul membantu & jadi best friend fa sepanjang proses penyusuan. Seronok sangat tau bila makin lama susu makin banyak. Airis yang lahir 2.9kg je sebulan berat naik dan naik. Syukur sangat! Maknanya susu fa sentiasa cukup dan mencukupi untuk dia. InsyaAllah anak ke-2 nanti ilmu dah makin banyak didada. Boleh aplikasikan..hehehhe 

Jangan lah banyak alasan.. jangan banyak komplen itu ini. Buat kerana Allah. InsyAllah Allah permudahkan segalanya. Aamin 


Airis belum ade tanda-tanda nak wean off lagi ... Biarlah dia puas menyusu dulu kan. Sampai masa insyaAllah dia sendiri yang lepaskan :)

Sharing is Caring 

Friday, August 19, 2016

Lempeng Nasi Cicah Asam Pedas

Rupanya banyak betul draft entri dalam ni. Ni mesti kes konon nak update guna Aplikasi Bloggeroid tapi sudahnya masuk draft sebab takde idea nak taip ape dah. Yes lately ni idea nak update tu kurang nak datang. Macam takde mood disitu. Lagi suka nak melayan si Airis yang banyak sangat ragam dia.

Masa belek-belek draft ternampak draft ni. Sebenarnya entri resepi ni nak share masa kejadian buat lempeng nasi ni tapi entah bizi apehal sampai masuk draft. Lempeng nasi ni fa buat untuk breakfast masa hari kejadian tapi ni fa share untuk minum petang manalah tau ade yang tak tahu nak masak ape untuk minum petang hari ni kan? Eh tapi boleh juga buat esok untuk breakfast :)



Nasi berlebih? mesti taktau nak buat ape.. asik-asik nasi goreng. Dekat rumah ni memang selalu sangat nasi goreng. Kalau takpun buat lempeng. Lempeng nasi ni 1st time fa buat . Resepi ni biras fa yang share. Cicah pulak dengan asam pedas ikan pari asyikkk gila makan. 

RESEPI LEMPENG NASI 
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1/2 kiub ikan bilis
sikit garam

Cara-caranya:
- Blend nasi dengan 2 cawan air sampai halus
- Tuang dalam bekas yang ada tepung gandum. Campurkan kiub & garam & 1 cawan air lagi - gaul sebati (kalau cair sangat boleh tambah tepung)
- Panaskan non-stick pan, letak sikit minyak masak 
- Tuang sesenduk bancuhan lempeng atas non-stick pan biarkan seketika sampai nampak garing then terbalikkan.
- Bila dua-dua belah garing boleh angkat & hidang

Senang kan.. alahh macam masak lempeng biasa tu je. Lempeng ni cicah sambal ke..kari ke sardin ke pon sedap. Macam kes fa ni.. fa cicah asam pedas ikan pari :)

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Ikan pari
bawang besar,bawang putih lengkuas,kunyit - blend halus
cili boh
daun kesum
asam jawa
air
garam gula secukup rasa

Cara-caranya:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis cili boh & bahan blender sampai garing. (fa suka betul-betul garing) 
- Masukan air asam jawa & air (banyak mana kita nak kuah tu) - Biarkan didih
- Dah didih masukan daun kesum - masak sampai kuah agak pekat masukan ikan pari (ikan pari basuh bersih lumur dengan asam jawa perap sekejap biar hilang bau hanyir)
- Perasakan dengan garam gula / kiub ikan bilis
- Boleh campakkan bendi jika suka :)

Makan ni memang bukan sekeping tau. Berkeping-keping sekali makan. Sedap! Jadi lepas makan jangan lupa telan LECITHIN & ALFALFA ye kasi detox sistem-sistem dalam badan :)

Cuba jangan tak cuba

Sharing is caring

Friday, June 17, 2016

Puding Roti Caramel juadah berbuka puasa

Puding roti caramel ni sebenarnya fa buat hari rabu haritu, baru nak share sini. Kat rumah ni memang kerap beli roti putih Gardenia. Selalu beli yang Jumbo terus. Tapi sebab bulan puasa, roti melebih-lebih pulak. Bila dah nak expired, fa akan masukan kat dalam fridge supaya tahan lebih lama. Hanya Airis je yang tak puasa akan mencari roti nak makan tapi tu pun bukan hari-hari. Memandangkan ada baki 4 keping tu fa pun trylah buat puding roti caramel ni. Ni 1st time buat & Alhamdullilah sebab menjadi.. (selalu fa kalau buat kek ke pudding ke mesti tak jadi huhuhu)

Nampak gebu & halus je puding caramel fa ni. Terliur pulak bila tengok. Nak buat lagi telur pulak habis..huhu.. Mungkin boleh jadi idea dessert untuk berbuka puasa hri ni kan? Buat sekarang, masuk fridge nanti berbuka ke moreh ke makan sejuk-sejuk, nikmat gila! Jom cekitdout resepi kat bawah ni :) 

Nota Kaki : Kena ikut step by step & resepi kena tepat kalau nak dapat hasil yang gebu menjadi tau. 



RESEPI PUDING ROTI CARAMEL

4 keping roti putih (buang kulit tepi)
3 biji telur saiz A 
1 sudu teh esen vanila
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis

Untuk gula hangus
3 sudu besar gula pasir
1 sudu air panas

Step by step untuk buat gula hangus 
(fa terus masak dalam loyang)

Ambil loyang atau kuali/periuk kering. Letak atas api masukan 3 sudu besar gula pasir. Api kecik ye. Biarkan gula tu cair dan hampir perang. Jangan hangus pulak ye. Dah nampak perang tu terus masukan 1 sudu air panas. Tutup api & gaul sikit. Ratakan dalam loyang. ketepikan. 

Step by step buat puding roti
(mula-mula kena panaskan pengukus dulu ye. Jangan lupa!)

1. Carik-carik roti masuk dalam blender
2. Masukan sekali air 1 cawan, susu cair 1 cawan, susu manis setengah cawan . Rendam sekejap & blend sampai roti hancur
3. Dalam mangkuk lain, pecahkan 3 biji telur, letak 1 sudu esen vanila , pukul sikit kemudian masukan dalam blender tadi dan blend sekali dengan roti semua tu sampai sebati.
4. Ambik penapis, tapis mixture roti tadi terus dalam loyang yang ada gula hangus tu (kenapa tapis? supaya dapat hasil yang smooth gitu)

5. Kukus dengan api kecik 45 minit -1 jam atau sampai masak. Camne nak tau masak, cucuk je dengan lidi kalau keluar tu bersih maknanya dah masak.
6. sejukan dulu sebelum terbalikkan atas pinggan. Masukan dalam fridge biar sejuk baru sedap makan.



Si Airis ni terus meluru ke meja bila tau puding caramel ni dah siap. Panas-panas mintak potong. Biasalah orang tak puasa memang kena test rasa kan? 

Ok fa nak sambung mengemas rumah.. selamat mencuba semua :)

Sharing is Caring



Friday, June 10, 2016

Bawa Airis Iftar & Berkelah


5 Ramadhan ... amacam puasa? Ok? Dah hari ke 5 puasa selalunya badan dah serasi yang kita berpuasa.. alhamdullilah fa masih belum tinggal puasa walaupun kenkadang tu rasa tekak kering sangat sebab airis menyusu badan non stop. Memang kadang tu ada masa-masa rasa jugak letihnya dan lagi teruk kalau gastrik tu datang. Tapi badan mampu bertahan sebab fa memang yakin ESP bantu dalam masalah gastrik fa ni sepanjang puasa. ☺

Semenjak puasa ni memang belum lagi pergi bazar ramadhan. Kalau sebelum ni memang jadi rutin gak pergi bazar ramadhan. Tapi kali ni rasa nak masak je jamu famili. Lagi puas hati kan. Cuma semalam fa gantung periuk sebab suami ajak pergi bazaar dekat Putrajaya. Dah suami ajak laju je kita 'ok'..

Sebelum ade airis.. masa kerja dulu memang akan pergi beli di bazaar. Yelah nak masak memang tak sempat.. kerja lak kat KLCC tau kan betapa jem nya nak balik. Jadi bazaar la tempat kami tuju. Lepas tu lepak la mana-mana untuk berbuka. Selalu dalam kereta memang ada satu beg pinggan mangkuk. Berkelah la mana-mana hidang & berbuka.. Feefilling romantik gitu!..hehehhe

Semalam en.suami ajak berkelah berbuka macam dulu. Kali ni dengan Airis.. Prepare beg pinggan mangkuk & straight pergi bazaar Putrajaya.

Memang ramai.. jem.. tapi habis jugak la dekat nak rm40.. fuhh tak boleh buat hari-hari gini. Kalau dulu rm40 boleh dapat macam-macam smpai tak habis siap boleh smbung makan sahur. Tapi sekarang Rm40 tu dapat cukup-cukup makan je.. huhuhu

Murtabak rm4.50
Air tembikai rm3
Nasi kerabu rm7
Nasi ayam rm5
kue tiaw kawah rm4 (sikit je dapat..sekali telan habis....)
jus 'bigcup' dragon fruit rm5 (terbeli kat sini padahal jalan-jalan orang lain jual rm3 je.. pastu tawar gile..huhuhu)
Kepak Ayam madu 5 keping +
Pedal ayam 4 cucuk rm12

Dah berapa dah tu.. Tekak memang nak macam-macam tapi kena tahan.. kalau tak habis terus duit sehari.. hehehhe



Lepas dah habis shopping makanan masuk kereta dah azan maghrib terus cari pot nak berbuka. Airis la paling seronok. Selalu terperap je kat rumah kan.. 1st time bawak dia berkelah macam ni.



Sekali sekala kan.. eratkan kekeluargaan :)

Ape cerita iftar korang?

Monday, April 4, 2016

Goodbye ASTRO Hello HyppTV

Cerita ni start beberapa hari lepas bila acc Astro tetiba kena potong. Padahal baru je minggu lepasnya fa bayar. Bila cek dengan CS Astro rupanya fa ade tunggakan sebulan yang fa termiss bayar & disebabkan tunggakkan itulah Astroku dipotong. Astro memang, selalu cepat je nak potong. Memandangkan masa tu belum gaji maka fa biarkan je la malas nak sambungkan balik.. sunyi kejap la rumah buat dua tiga hari.. hehehhe

Lagi pun airis bukan tengok TV. Seriusly, Tv kami bukak sebab taknak rumah sunyi je. Airis sibuk menghadap Tab dia. Fa pun kalau tak depan laptop mesti kat dapur masak atau mengemas. Cerita kat Astro pun ulangan kan.. kalau tak dapat tengok hari ni..esok lusa ade balik. Kecuali kalau time en.suami ada then dia akan duduk menghadap TV. Tengok Movie, Drama, Berita..etc

Selama beberapa hari takde Astro, sebab suami balik nak tengok berita, fa connect balik laa HyppTV yang dah sekian lama tak on. Remote Control pon taktau dah kemana punya lama tak on HyppTV. Kami memang ada Unifi tapi yang Basic + LiveTV yang biasa-biasa dan Free. Bila dan connect balik tu tengok TV3 je la.. Suami pon kaki drama, tengok je la drama kat TV3. Berita pon TV3. Then basic HyppTV ni ade gak channel free macam Nat Geo People - Segala cerita masak ke travel ke dalam channel ni. Ok laa fa memang suka tengok cerita camni.

Fa bincang dengan suami..why not kita terminate Astro & ambil HyppTV pakej? Fa dah tanya adik-adik dorang ok je sebab sorang duduk Melaka jarang balik KL, sorang ni kerja siang malam, balik ngadap laptop dwnload movie jadi memang tak tengok TV. Suami pulak...ok je jawapan dia janji tak membebankan.

Sebab Astro sebenarnya agak membebankan kami jugak lah..walaupun hanya rm117/mth pembaziran bila bukan semua channel kita tengok. Itu pon dah banyak kali fa tukar-tukar pakej. Sampai lah yang kali ni channel basic je + add on mini-mini pack yang buat bill tinggi. Mini-mini pack ni kena sub semua, tapi yang tengok satu channel je. Sports, News semua tu takde.

Sebelum ambil keputusan nak langgan HyppTV ni sampai 4 kali fa call CS TM. Layanan dorang memang superb. Jelas je penjelasan dorang. Sekarang tengah ada promosi Unifi 30mbps hanya RM179/mth. Kalau tak harga dia RM199 camtu tak termasuk GST. Tapi promosi RM179 ni hanya dapat if korang daftar melalui talian 100 atau call CS TM.







Untuk Unifi30 ni korang boleh pilih HyppTV channel pakej yang korang nak. Macam fa pilih Pakej Aneka. Pilihan lain seperti Pakej Varnam & Ruby. Tapi kalau korang jenis yang memang suka tengok movie,series, entertaiment, sport semua tu better ambik Pakej Jumbo (lebih 60 channel) tapi harga dia akan jadi RM209/mth.



Cuma Pakej Unifi30 ni tak termasuk Voiceplan ( Free TM ke TM) kalau korang jenis memang guna phone rumah call rumah ke rumah korang add RM20 untuk Voiceplan ni kalau tak, call ke no TM atau lain-lain ID akan dikenakan cas 20sen/minit. Macam fa takpernah pon guna phone rumah. Kat kampung pun takde phone rumah semua guna HP jadi fa tak add Voiceplan ni

Bila buat kira-kira memang berganda jimat dari bayar Astro + Unifi bulanan. Bayangkan setiap bulan fa bayar Astro RM117 & Unifi RM159 total dedua ni bulanan RM276 tapi dengan langgan Unifi+HyppTV fa hanya bayar RM179 masuk GST dalam RM189+ la lebih kurang. Tapi sebab fa ada addon channel HyppFlick (RM15/mth) & BabyFirst (RM6/mth) jumlah keseluruhan fa kena bayar bulanan ialah dalam RM210+ (beza RM60+) banyak juga laa beza dia.

Mana yang boleh jimat HARUS dijimatkan. Kos sara hidup sekarang makin tinggi kan. Lagipun fa ni bisness online..jadi unifi tu lebih penting dari Astro. Adik fa pon jenis kerja men download movie je kerjanya.. airis pon tengok YouTube memanjang.. hanya suami je la nak tengok TV rehat-rehat kepala balik kerja.



Owh ye, jangan risau..HyppTV tak akan ganggu speed Unifi korang sebab kabelnya lain-lain. Fa dah tanya CS TM pasal ni. Sebab ye laa kang syok-syok tengok HyppFlick sambil update blog ke dwnload ke asik kena sekat-sekat je. Jadi bila CS cakap tak akan ganggu speed Unifi ada sikit lega laa dihati. Cuma kalau korang tak bayar bill Unifi tu otomatik HyppTV pon takde ye.. krik krik krik.

Untuk keterangan lanjut korang boleh call TM tanya la ape je pon tentang plan Unifi & HyppTV ni. Customer Service mereka terbaik! Layan pun baik je.. ok laa kan..

NOTA KAKI :: Fa suka sangat Channel HyppFlick (ch811) sebab kita tengok tu macam tengok DVD. Kalau nak g toilet ke..masak ke.. boleh pause then play balik. Boleh nak cepatkan atau kebelakangkan.. Cerita dia pon not bad la..


posted from Bloggeroid

Friday, March 11, 2016

Rezeki Hari Jumaat

Rezeki Hari Jumaat

Assalamualaikum

Hari Jumaat Penghulu Segala Hari | Disebabkan itu kita digalakkan Istigfar sebanyak mungkin & perbanyakan sedekah di hari Jumaat ni semoga Allah memberkati rezeki kita sentiasa dan dibawah lidungan Allah. 

Selalunya, kalau bab COD (cash on delivery) fa memang akan mengharap en.suami teman. Kebanyakkan customer fa dari sg.besi. Tapi sejak kebelakangan ni suami sibuk 24/7 jadi fa doa semoga segala urusan bisness fa ni dipermudahkan. 

Alhamdullilah, hari ni Allah permudahkan urusan COD fa. Semua Customer yang nak COD sangat bertolak ansur nak datang area berdekatan dengan rumah fa jadi senang la fa nak angkut Airis sekali. Suami pagi-pagi dah pergi kerja. Fa kejutkan airis, siapkan dia sebab dah janji dengan customer nak jumpa pukul 10 pagi depan apartment Endah Regal.

Dapat customer yang baik & mudah berurus niaga juga rezeki kan? Alhamdullilah. Rezeki Airis juga sebab customer baik hati beri airis upah untuk beli roti krim sebab teman mamy :)

Jadi suri rumah & berbisness online bukan sesuatu yang mudah sebenarnya walaupun ia nampak mudah dimata sesetengah orang. Fa tinggalkan gaji beribu-ribu & pilih kerjaya suri rumah sepenuh masa dengan niat untuk membesarkan anak sendiri depan mata. Bukan satu keputusan yang senang-senang nak putuskan. 

TAPI YAKIN..REZEKI ITU MILIK ALLAH!

Kalau dulu setiap bulan ade gaji beribu, nak beli ape boleh takde masalah
Kalau dulu nak hangup dengan kawan-kawan selepas opis boleh je sebab anak kat rumah takde gangguan

Sekarang memang bergantung pada rezeki bisness yang bukan selalu naik adakalanya turun jugak tapi lebih banyak bersyukur sebab Allah tak pernah putuskan rezeki.Sentiasa mencukupi. Lagi penting sekarang ape-ape anak ada depan mata. 

Kalau dulu balik malam-malam dari opis...
Kalau dulu balik penat harap anak tidur sebab tak larat nak melayan anak...
Kalau dulu langsung takde masa nak layan anak sebab kenkadang sabtu ahad pon kena kerja..
Kalau dulu selalu lengah solat, dhuha tahajud apetah lagi...
Kalau dulu stress kat opis dibawak sampai kerumah anak asik kena marah je...

Sekarang anak depan mata. Ape-ape anak ada depan mata. Anak membesar depan mata. Kita jaga dia sendiri. Melayan anak tu lah yang paling seronok sebab kita tak akan rasa lagi macam ni bila anak dah besar. Bahagiankan anak & suami juga punca rezeki.  Alhamdulilah banyak masa kat rumah, lebih banyak masa nak bertemu Allah. Diri pon lagi tenang je :)

Bila tenang, Bila dekat dengan Allah, rezeki pun senang la nak masuk kan?? Alhamdullilahh










Sunday, March 6, 2016

Asam Pedas Ayam dengan Daun Kesum


Rezeki bukan pada wang ringgit je. Rezeki datang dalam bermacam-macam bentuk.


Semalam fa dapat sepokok kesum dari Aunty fa. En.suami dah berkali-kali tanam pokok kesum yang kami ambil batang dia kat kampung tapi tak pernah hidup. Asal balik kampung je ambik untuk tanam kat rumah tapi mesti tak hidup. Sekali je la nampak bertunas tapi kena makan dek siput..
Daun kesum seikat sikit je pon dah seringgit.. lepas tu bukan segar pon. Kering je. Daun pon layu-layu. Kadang-kadang teringin nak makan asam pedas tapi nak mencari daun kesum selalu takde. Kalau ade pon macam fa cakap.. layu ,kering, daun pon bukan penuh setangkai..


Alhamdullilah semalam dapat sepokok. Subahanallah cantik sangat pokok kesum tu.. segar bugar. Daun gemok-gemok. Bau semerbak! Bila tengok pokok kesum..bau pulak semerbak tekak pon terasa laa nak makan asam pedas.

Selalu kat rumah ni kalau asam pedas mesti ikan pari. Tapi ikan pari takde. Ikan lain macam kureng sikit nak buat asam pedas. Daging pulak jarang-jarang ade dalam freezer. Yang selalu ade ayam. Maka hari ni menu dinner ASAM PEDAS AYAM DENGAN DAUN KESUM


Asam pedas ayam dengan daun kesum

Ayam (potong sedang-sedang)
Daun kesum (ikot banyak mana yang nak)
Cili giling/cili boh (4 sudu besar / 2 senduk)
Garam/serbuk perasa
Air 3 cawan
Asam jawa

Bahan blend :
2 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih
Sikit lengkuas
Kunyit hidup besar ibu jari
Sesudu biji lada hitam
Sikit belacan

Fa ni jenis masak main campak ikut suka. Anda yang baru nak belajar masak tu kena la pandai mengagak..

Selalu fa tak guna sekor ayam. Sebab dok bertiga je kan. Selalu fa masak dalam 8 ketul camtu. Sebab selalu kalau beli ayam fa soh orang tu potong 12 ikot saiz ayam tu. Jadi resepi kat atas ni kira 8 ketul ayamlaa ye.

Cara masak :
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar & cili giling sampai pecah minyak dan naik bau wangi.

Masukan air secawan kacau-kacau biar didih sikit. Asam jawa dalam sesudu besar ramas dengan dua cawan air tadi & masukkan dalam periuk. Biar mendidih.

Bila kuah dah pekat sikit, masukkan ayam & daun kesum. Tunggu sampai ayam masak. Perasakan dengan garam & serbuk perasa.

Biar kuah pekat..rasa dah balance tutup api & hidang! Siap!

Senang yang aaamattttt buat asam pedas ni tau. Ni cara fa masak. Ade macam- macamcara & resepi asam pedas ni. Ade yang suka letak serai & daun limau purut. Ape-ape pon ikot la cara masing-masing je :)

Lauk ni bisa buat si pemakan menambah-nambah nasi. Fa sendiri 2 kali tambah! Bahaya gila lauk ni.

Nota Kaki :: Lepas makan tu kenalaah telan Omega Guard & Alfalfa. Supaya lemak & kolestrol tak melekat diflush keluar dan dibakar dengan jayanya. heeee :)

Happy Sharing



posted from Bloggeroid

Facebook Personal yang Baru


Selamat Tengah Hari semua! Fa nak ajak ni kawan-kawan dalam ni add FB personal fa yang baru. 

Orang kata kata buang yang keruh ambil yang jernih :)

Jangan terkejut la dalam tu ade beberapa kerat je orang sebab fa belum sempat nak add-add kawan-kawan lagi.

Anda boleh gak comment kat bawah ni & tinggalkan nama FB anda & fa akan add ke friendlist :)

Happy Sharing 

Klik Link FaceBook ni ye & Klik Add Friend :) -----> Fafa Zahirah 

Untuk FaceBook Page & view tentang promo produk klik & Like Page kat sini ye -----> Finurz Creations


Wednesday, February 17, 2016

Suri Rumah Buat Duit Dengan Shaklee -Jana Pendapatan Dengan Shaklee

Assalamualaikum Semua. 

Pengedar Shaklee Sri Petaling

'Saya buat 10x Solat Sunat Hajat sehari, sebelum dan selepas solat fardhu. Tahajud, dhuha & Zikir' ini sharing Dato Sri Vida yang fa dapat dari sharing-sharing dalam group satu masa dulu. No wonder lah Dato Sri Vida ni makin kaya dan kaya raya. Perniagaan dia makin maju dan semakin maju. Betul! Rezeki Allah yang pegang. Kita ni hanya perlu berusaha & tawakal. Fa suka konsep jemput rezeki yang selalu dishare oleh upline fa dalam group besar Shaklee kami. Macamana kita usaha tapi kalau lupa Allah tak kemana pon hasil usaha kita tu. Jadi ape-ape berbalik lah pada Allah. Sebab Dialah yang Maha memberi Rezeki.

Semalam adalah satu post lalu-lalu beberapa kali dekat wall FB fa pasal 1 skim pelaburan atau cincai lah orang cakap main kutu letak duit sekian-sekian makin lama duit tu makin banyak. Siapa pernah masuk skim ni mesti tau kan. Alah benda ni bukan asing lagi. Banyak je skim-skim piramid macam ni dari dulu. Yang bestnya masa ni la kawan-kawan yang tak pernah muncul tetiba muncul ajak join hehehe

Ceritanya start macam ni..bukan sorang dua yang ajak fa join skim ni. Ade lah beberapa..fa senyum je bila mereka cerita panjang lebar dalam whatsapp.. siap tayang duit masuk dalam acc bank. Bila tanya berapa lama dah join 'baru sebulan..tapi alhamdullilah sebulan pon duit masuk dah banyak' ok.. sebulan.. takpe lah fa tak berminat skim-skim macam ni sebab bagi fa mengarut. Hanya duduk dendiam duit masuk katanya... senangnya kan nak dapat duit. For me, duit senang dapat maka senang jugak lah ianya lenyap... Nah dah viral pon kat FB tentang skim tu dimana pengasasnya lari tinggalkan anak-anak dwnline2 dibawah tertanya-tanya terkontang kanting fikir mana duit yg mereka labur tu lesap...

Kenapalaa suka sangat terpedaya? Duit bukan senang untuk dicari. Orang tanya fa, Shaklee pon MLM jugak. Ye memang Shaklee MLM tapi bukan macam MLM yang bersepah tapi takde arah tujuan. Kalau Shaklee MLM cikai, tak mungkin dah berpuluh tahun bertahta kat Malaysia kan? Dah berapa ramai yang berjaya dengan Shaklee ni. Ramaiii.. kebanyakannya melayu kita. ALHAMDULLILAH.

KENAPA SHAKLEE BERBEZA DARI MLM YANG LAIN? 
1) Boleh dapat bonus setiap bulan walaupun tiada Downline 
2) Boleh buat income lagi tinggi dari Upline. 
3) Boleh dapat pangkat lagi tinggi dari Upline. (Siapa lagi rajin dialah yang lagi berjaya) 
4) Bonus yang ditawarkan pun agak lumayan + bonus-bonus tambahan seperti Car Bonus & Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).

Fa dah join Shaklee hampir 3 tahun. Biasalah bisness memang ade pasang surutnya. Alhamdullilah Shaklee tetap mendpat perhatian ramai. Alhamdullilah fa masih bersama Shaklee dan dari sideincome kini jadi punca pendapatan utama fa semenjak fa ambik keputusan nak berhenti kerja & jadi full time housewife.

Bulan pertama Bonus fa tak sampai pon seratus. Tapi tu pon dah happy. Ye lah masa tu fa pregnant, duit tu fa simpan dalam tabung Airis. Jadi kumpul-kumpul boleh beli barang-barang airis nanti. Dulu semata side income. Sekarang dah main income. Shaklee lah punca pendapatan fa 100% sekarang ni. Alhamdullilah ni hasil usaha fa bulan lepas. Alhamdullilah boleh lar bantu-bantu suami sikit-sikit.

Pengedar Shaklee Sri Petaling


Bagi fa rezeki Allah maha luas. Kena seiring dengan usaha. Siapa buat dia yang dapat. Walaupun kerja surirumah bukan senang bukan goyang kaki tengok drama. Surirumah lah kerja paling susah, mencabar & memenatkan. Start selepas subuh sampai lah masa nak tidur.

Bila anak tidur ade la sikit masa nak update blog, nak update FB nak lunjur kaki. Seronoknya bila niat kita tu betul, InsyaAllah Allah mesti bantu.

Pengedar Shaklee Sri Petaling
Atas ni gamba tahun lepas masa National Conference (NC) Fa datang bagi support pada rakan-rakan Shaklee & Super Upline fa Master +Nor Jannatul Fadilah. Ambil inspirasi & semangat mereka semua. InsyaAllah tahun ni fa niat nak naik stage ambil Award. Kena pulun sikit laa.. Kawan-kawan doakan ye. 

Seronok buat Shaklee. Seronok berbisness Shaklee. Seronok kenal dengan ramai orang. Belajar tentang banyak pekara. Anda suri rumah,student, suami, isteri sesiapa sahaja pon boleh buat Shaklee. Boleh bisness Shaklee. Nak join boleh je Whatsapp fa & fa akan terangkan satu per satu :)

Anda boleh baca lagi tentang Shaklee kat SINI 

Pengedar Shaklee Sri Petaling

posted from Bloggeroid

Friday, January 29, 2016

Nasi Goreng Kimchi Sedap!

Assalamualaikum
Seri Petaling hujan lagi. Alhamdullilah. Hujan rezeki hujan rahmat. Hujan-hujan ni kalau dapat kopi O segelas, cicah biskut sedap kan. Tapi fa bukan nak cerita pasal kopi. Fa nak cerita pasal Kimchi.

Seumur hidup dah masuk 31 tahun ni fa tak pernah rasa kimchi. Masa airis dalam perut ade la terasa-terasa kat tekak nak rasa kimchi tapi takde siapa pon nak layankan kerenah mak mengandung ni dan terasa nak makan kimchi tu tak boleh lawan mengidam nak makan durian masa tu. Jadi sampai kesudah tak dapat nak rasa kimchi.

Tahun lepas tetiba "teringin'nak kimchi tu datang balik. Sebab si airis ni asik ulang-ulang tengok cerita pororo episode kimchi yang siap ade lagu kimchi lagi. Dalam kartun tu pon kimchi nampak sedap je.. buat lagi la mamy nak rasa ape sedapnya kimchi tu.

Orang asik sharing kat FB pergi makan restoren korean. Siap tayang2 kimchi tu.. tapi macam biasa.. takde geng yang nak bawak fa g makan kat restoren korean. Kimchi ni boleh beli online. Tapi taktau laa apesal tak tergerak hati nak beli online. Kat online RM28 sekali pos. Maybe sebab harga tu kot buat fa berkira-kira.. yelah dibuatnya tak kena tekak..RM28 mak melayang cenggitu je.

Long story short, kawan baik fa, rina bagitai whynot fa beli je kimchi kat supermarket. Ade je jual. Cuma rina cakap taktau la kena tak ngan tekak fa. Dia discribe kimchi ni rasa jeruk, bau bawang putih kuat. Kalau makan camtu je mungkin pelik for 1st timer cam fa, so dia cakap kalau nak makan kena makan dengan something ie nasi ke maggi ke..

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Hari selasa ritu, fa g mydin nampak pulak ade jual kimchi ni kat mydin. Heksaited gila bila nampak. Terus rasa meleleh je air liur ni. Padahal bukan mgidam ke hape. Tak fikir panjang fa ambik je. Harga RM14.80 untuk 480g . Kalau 500g RM16++ jadi fa ambik yg 480g dulu kate pon nak rasa kan.

Suami ajak makan kat luar fa tolak. Fa cakap kat rumah ade bubur nasi. Sebenarnya dah bayang-bayang dalam otak ni bubur+ kimchi + tabur ikan bilis + telur mata. Eat like korean people si rina cakap..

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Ape rasa kimchi? Masam, rangup sebab kobis tu memang rangup. Masam takde la masam sangat. Bau bawang putih memang kuat tapi... SEDAP!!!!!! serius fa suka!! Selasa kan fa beli kimchi tu, hari ni dah jumaat. Kimchi tggal 1 sudu besar je dalam botol tu. Hari-hari kalau boleh nak makan. Patutlaa orang suka kimchi. Bukan org korea je. Orang mesia ni pon suka kan....

Hari pertama kimchi dengan megi & bubur
Hari kedua kimchi dengan nasi panas & telur
Hari ketiga Nasi Goreng Kimchi
Hari keempat Nasi Goreng Kimchi lagi...
Hari ni tak makan kimchi sebab fa buat nasi lemak..

So hari ni fa nak share cara buat nasi goreng kimchi yang bisa menaikan selera makan anda. Cepat salin. Esok breakfast boleh buat.

Resepi Nasi Goreng Kimchi Sedap

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Bahan-bahannya:

Nasi
1 sudu cili kisar/cili boh
1 sudu sos tiram
Kimchi (ikut berapa banyak-potong2 sikit)

Bahan tumbuk:
3 Bawang putih
4 Bawang merah

Bahan isi: (optional & boleh diganti ikot selera anda)
Daging
Crabstix
Daun kuchai

Cara-cara nak masak:
1) Panaskan minyak, tumis bawang yang dah ditumbuk.

Pengedar Shaklee Sri Petaling

2) Masukkan cili boh,sos tiram goreng sekejap sampai naik bau

Pengedar Shaklee Sri Petaling

3) Masukkan daging goreng kejap pastu terus masukkan kimchi,crabstix,daun kuchai

Pengedar Shaklee Sri Petaling

4) Masukkan nasi gaul-gaul dan perasakan dengan garam

Pengedar Shaklee Sri Petaling

5) Dah siap boleh hidang!

Ok kimchi dah nak habis, cakap korea takreti-reti lagi. Kena la tengok cerita korea banyak-banyak lagi. Alahai...

Selamat mencuba😘

'Giveaway by finurz creations' tinggal 4 hari lagi!

Promosi VIVIX SHAKLEE tinggal 2 hari lagi! Grab fast while stock last.

posted from Bloggeroid

Thursday, January 7, 2016

Cara update blog guna Aplikasi Bloggeroid

Cara update blog guna Aplikasi Bloggeroid

Assalamualaikum
Entry lepas fa ade cerita tentang 'bloggeroid' kalau la anda ade baca. Hari ni fa nak cerita detail lagi tentang aplikasi yang best untuk anda yang aktif berblogging

Fa selalu ade masalah nak update blog. Lepas ade airis ni nak update blog memang mencabar. Tapi sebab blog ni la punca rezeki fa jadi nak tak nak memang kena update. Cuma tak lah konsisten. Kejap ade entry..kejap seminggu takde.. 80% dari customer fa datang dari blog. Jadi penting bagi fa untuk update blog setiap hari.

Kalau fa on laptop, masa tu lah airis akan datang nak susu..nak makan..nak tidur..nak mengada.. siapa ada anak mesti faham. Jadi fa kena buat semuanya bila malam atau masa airis tidur. Tapi airis jenis tidur sekejap-sekejap. Baru on laptop dia dah bangun. Kalau malam pulak tidur la ape lagi. Seharian dah penat kan.. memang malam tak terjaga langsung. Kalau terjaga tu alhamdullilah. Buat la draf banyak-banyak pastu schedulekan.

Paling senang kalau guna hp. Airis tak heran sangat kalau fa menghadap HP. Sebelum install aplikasi Bloggeroid ni, fa email kan draft entry terus ke aplikasi blogger. Kang bila ade masa on laptop baru fa edit ape yang patut dan publish. Lagipon aplikasi blogger tu macam menyusahkan nak update blog. Kira macam tak mesra pengguna. Leceh!

Cara update blog guna Bloggeroid

✔Step 1
Install Bloggeroid dekat playstore (apps ni hanya ade kat  android je. Iphone takde ye)

Pengedar Shaklee Sri Petaling

✔Step 2
Lepas settle install open apps dan anda akan nampak macam gamba kat bawah ni. Boleh la start taip entry korang. Sebelum nak taip tu printscreen dulu sebab segala aturan yang dinyatakan tu anda akan atau mungkin guna.

Bold : **ayat**
Italic : __Ayat__
Strike  : --strike--
^^Superscript^^
Link text : [link text http://link adress] --> perkataan link text tu anda boleh tukar 

Anda boleh guna semua HTML text cara dia :
<b> HTML text </b>

Pengedar Shaklee Sri Petaling

✔Step 3
Boleh start taip entry. Kalau nak add gamba, klik kat bintik 3 kat atas belah kanan. Klik kat Add Images letak je kat mana gambar anda nak tu berada. Kalau image tu dah masuk dia akan tulis camni [image_0] (contoh)

Pengedar Shaklee Sri Petaling

✔Step 4
Dah settle letak image, dah settle tulis entry boleh tekan publish kat atas belah kanan
Lepas tu korang tick kat mana yang perlu. Nak ikot yang fa tick pon boleh. Then tekan PUBLISH

Pengedar Shaklee Sri Petaling

✔Step 5
Jika korang tick share to google+ entry korang tu akan automatiknya akan dishare ke G+

Pilih email google+ korang & tulis la ape-ape yang korang nak utk sharing di G+ kalau naklah. lepas tu entry tadi akan terus publish terus ke blog anda!!

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Siap satu entry! Senang kan. Cuma tak boleh nak center kan je la. Semua tu nanti boleh edit bila senang nanti. Macam entry ni fa dah siap edit!

Harap korang faham la ye & diharapnya membantu korang yang susah atau takade masa nak on laptop untuk update blog.

♡ Sharing is caring ♡
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...