Nuffnang

Friday, June 17, 2016

Puding Roti Caramel juadah berbuka puasa

Puding roti caramel ni sebenarnya fa buat hari rabu haritu, baru nak share sini. Kat rumah ni memang kerap beli roti putih Gardenia. Selalu beli yang Jumbo terus. Tapi sebab bulan puasa, roti melebih-lebih pulak. Bila dah nak expired, fa akan masukan kat dalam fridge supaya tahan lebih lama. Hanya Airis je yang tak puasa akan mencari roti nak makan tapi tu pun bukan hari-hari. Memandangkan ada baki 4 keping tu fa pun trylah buat puding roti caramel ni. Ni 1st time buat & Alhamdullilah sebab menjadi.. (selalu fa kalau buat kek ke pudding ke mesti tak jadi huhuhu)

Nampak gebu & halus je puding caramel fa ni. Terliur pulak bila tengok. Nak buat lagi telur pulak habis..huhu.. Mungkin boleh jadi idea dessert untuk berbuka puasa hri ni kan? Buat sekarang, masuk fridge nanti berbuka ke moreh ke makan sejuk-sejuk, nikmat gila! Jom cekitdout resepi kat bawah ni :) 

Nota Kaki : Kena ikut step by step & resepi kena tepat kalau nak dapat hasil yang gebu menjadi tau. 



RESEPI PUDING ROTI CARAMEL

4 keping roti putih (buang kulit tepi)
3 biji telur saiz A 
1 sudu teh esen vanila
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis

Untuk gula hangus
3 sudu besar gula pasir
1 sudu air panas

Step by step untuk buat gula hangus 
(fa terus masak dalam loyang)

Ambil loyang atau kuali/periuk kering. Letak atas api masukan 3 sudu besar gula pasir. Api kecik ye. Biarkan gula tu cair dan hampir perang. Jangan hangus pulak ye. Dah nampak perang tu terus masukan 1 sudu air panas. Tutup api & gaul sikit. Ratakan dalam loyang. ketepikan. 

Step by step buat puding roti
(mula-mula kena panaskan pengukus dulu ye. Jangan lupa!)

1. Carik-carik roti masuk dalam blender
2. Masukan sekali air 1 cawan, susu cair 1 cawan, susu manis setengah cawan . Rendam sekejap & blend sampai roti hancur
3. Dalam mangkuk lain, pecahkan 3 biji telur, letak 1 sudu esen vanila , pukul sikit kemudian masukan dalam blender tadi dan blend sekali dengan roti semua tu sampai sebati.
4. Ambik penapis, tapis mixture roti tadi terus dalam loyang yang ada gula hangus tu (kenapa tapis? supaya dapat hasil yang smooth gitu)

5. Kukus dengan api kecik 45 minit -1 jam atau sampai masak. Camne nak tau masak, cucuk je dengan lidi kalau keluar tu bersih maknanya dah masak.
6. sejukan dulu sebelum terbalikkan atas pinggan. Masukan dalam fridge biar sejuk baru sedap makan.



Si Airis ni terus meluru ke meja bila tau puding caramel ni dah siap. Panas-panas mintak potong. Biasalah orang tak puasa memang kena test rasa kan? 

Ok fa nak sambung mengemas rumah.. selamat mencuba semua :)

Sharing is Caring



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...