Nuffnang

Tuesday, June 21, 2016

Gulai Ikan Tongkol Sedap


Sepanjang bulan puasa ni memang tak dan sangat nak jenguk blog. Idea nak update pon sikit kureng tapi Alhamdullilah rezeki Allah beri takpernah putus. Ada je sentiasa order atau whatsapp dari customer yang ingin repeat atau customer baru yang nak beli Vitamin Shaklee

Berbuka apa tadi? Kami berbuka Roti Jala & Kari Ayam je. Sebab bila bulan puasa ni hampir setiap hari makan nasi. Jadi hari ni sepakat taknak makan nasi. Tapi hari ni Fa nak share resepi Gulai Ikan Tongkol yang fa buat semalam. Fa tak buat Nasi Dagang sebab pelengkapnya tak ade. Jadi gulai ni makan dengan nasi putih je & sayur kailan goreng pun dah membuka selera. Bertambah nasi weii.. sebab tu la rini kami taknak makan nasi .....

Tak pernah terlintas pon nak beli ikan tongkol ni sebab fa ni bukan reti pon nak masak ikan yang tak pernah beli. Ikan tongkol selalunya orang buat masak gulai nasi dagang je yang fa tau tapi sebebarnya kalau google banyak je resepi ikan tongkol ni.. masak kicap pon boleh eh sebenarnya..

Ikan tongkol ni en.suami beli kat Mydin Subang Jaya. Seekor RM8.90 (sekilo RM8.99) hampir sekilo jugak kan.. dan beli pon minggu lepas jadi dah seminggu dalam freezer wajib la masak sebelum lagi lama dlm freezer tu. Fa google resepi banyak yang buat gulai guna rempah gulai special untuk gulai ikan nasi dagang. Memandangkan fa takde rempah fa pon tanya aunty fa yang memang pandai buat nasi dagang & gulai ikan tongkol & rupanya takperlu rempah special pon takpe.. gantikan dengan serbuk ketumbar & serbuk jintan manis

Fa share sini sebelum fa terlupa & boleh jadi rujukan fa masa akan datang.. happy sharing ☺



Resepi Gulai Ikan Tongkol/Aye

Bahan-bahan:
Seekor ikan Tongkol
Seinci halia*
Seinci lengkuas*
Seinci kunyit hidup*
Bawang besar*
Bawang putih*
Sesenduk Cili kisar
1 SB rempah kari ikan
Setengah SB serbuk jintan manis
Setengah SB serbuk ketumbar
1 SB halba
1 SB gula merah/gula melaka
Santan kotak (kecil)
Cili padi/cili merah/hijau (ikot suka berapa banyak)
Asam keping
Garam,gula,perasa
Air

Step 1
Seekor Ikan Tongkol (potong, bersihkan & rebus - air separa ikan, masukan sekali 4 keping asam keping & garam) Rebus sampai ikan masak dengan api sederhana.

Step 2
Blend kan bahan bertanda * dengan sedikit air - ketepikan

Step 3
Dalam periuk lain, masukkan santan masak sampai pecah minyak. Dah pecah minyak baru masukan bahan blender , cili giling, bahan rempah, halba, gula gaul sebati dan biar garing sedikit.

Step 4
Masuk kan air rebusan ikan & ikan & asam keping masak dengan api kecil sampai gulai pekat dan pecah minyak, perasakan dengan garam .. terus masukan cili padi. Masak sekejap tutup api..

Nampak je macam leceh tapi sebenarnya senang je nak buat ni. Lagi pekat kuah lagi sedap. Ikan tongkol ni kalau masak lagi lama sampai tulang dia lembut macam sardin tu pon boleh.

Dah reti buat gulai ikan tongkol ni nanti next time fa nak cuba buat nasi dagang jugak. En.suami cakap sedap gulai ni sedap macam gulai nasi dagang yg jual kat kedai-kedai.. hehehhe

💜Sharing is Caring 💜


posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...