Nuffnang

Friday, August 19, 2016

Lempeng Nasi Cicah Asam Pedas

Rupanya banyak betul draft entri dalam ni. Ni mesti kes konon nak update guna Aplikasi Bloggeroid tapi sudahnya masuk draft sebab takde idea nak taip ape dah. Yes lately ni idea nak update tu kurang nak datang. Macam takde mood disitu. Lagi suka nak melayan si Airis yang banyak sangat ragam dia.

Masa belek-belek draft ternampak draft ni. Sebenarnya entri resepi ni nak share masa kejadian buat lempeng nasi ni tapi entah bizi apehal sampai masuk draft. Lempeng nasi ni fa buat untuk breakfast masa hari kejadian tapi ni fa share untuk minum petang manalah tau ade yang tak tahu nak masak ape untuk minum petang hari ni kan? Eh tapi boleh juga buat esok untuk breakfast :)



Nasi berlebih? mesti taktau nak buat ape.. asik-asik nasi goreng. Dekat rumah ni memang selalu sangat nasi goreng. Kalau takpun buat lempeng. Lempeng nasi ni 1st time fa buat . Resepi ni biras fa yang share. Cicah pulak dengan asam pedas ikan pari asyikkk gila makan. 

RESEPI LEMPENG NASI 
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1/2 kiub ikan bilis
sikit garam

Cara-caranya:
- Blend nasi dengan 2 cawan air sampai halus
- Tuang dalam bekas yang ada tepung gandum. Campurkan kiub & garam & 1 cawan air lagi - gaul sebati (kalau cair sangat boleh tambah tepung)
- Panaskan non-stick pan, letak sikit minyak masak 
- Tuang sesenduk bancuhan lempeng atas non-stick pan biarkan seketika sampai nampak garing then terbalikkan.
- Bila dua-dua belah garing boleh angkat & hidang

Senang kan.. alahh macam masak lempeng biasa tu je. Lempeng ni cicah sambal ke..kari ke sardin ke pon sedap. Macam kes fa ni.. fa cicah asam pedas ikan pari :)

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Ikan pari
bawang besar,bawang putih lengkuas,kunyit - blend halus
cili boh
daun kesum
asam jawa
air
garam gula secukup rasa

Cara-caranya:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis cili boh & bahan blender sampai garing. (fa suka betul-betul garing) 
- Masukan air asam jawa & air (banyak mana kita nak kuah tu) - Biarkan didih
- Dah didih masukan daun kesum - masak sampai kuah agak pekat masukan ikan pari (ikan pari basuh bersih lumur dengan asam jawa perap sekejap biar hilang bau hanyir)
- Perasakan dengan garam gula / kiub ikan bilis
- Boleh campakkan bendi jika suka :)

Makan ni memang bukan sekeping tau. Berkeping-keping sekali makan. Sedap! Jadi lepas makan jangan lupa telan LECITHIN & ALFALFA ye kasi detox sistem-sistem dalam badan :)

Cuba jangan tak cuba

Sharing is caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...