Nuffnang

Showing posts with label MAKAN-MAKAN. Show all posts
Showing posts with label MAKAN-MAKAN. Show all posts

Friday, August 19, 2016

Lempeng Nasi Cicah Asam Pedas

Rupanya banyak betul draft entri dalam ni. Ni mesti kes konon nak update guna Aplikasi Bloggeroid tapi sudahnya masuk draft sebab takde idea nak taip ape dah. Yes lately ni idea nak update tu kurang nak datang. Macam takde mood disitu. Lagi suka nak melayan si Airis yang banyak sangat ragam dia.

Masa belek-belek draft ternampak draft ni. Sebenarnya entri resepi ni nak share masa kejadian buat lempeng nasi ni tapi entah bizi apehal sampai masuk draft. Lempeng nasi ni fa buat untuk breakfast masa hari kejadian tapi ni fa share untuk minum petang manalah tau ade yang tak tahu nak masak ape untuk minum petang hari ni kan? Eh tapi boleh juga buat esok untuk breakfast :)



Nasi berlebih? mesti taktau nak buat ape.. asik-asik nasi goreng. Dekat rumah ni memang selalu sangat nasi goreng. Kalau takpun buat lempeng. Lempeng nasi ni 1st time fa buat . Resepi ni biras fa yang share. Cicah pulak dengan asam pedas ikan pari asyikkk gila makan. 

RESEPI LEMPENG NASI 
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1/2 kiub ikan bilis
sikit garam

Cara-caranya:
- Blend nasi dengan 2 cawan air sampai halus
- Tuang dalam bekas yang ada tepung gandum. Campurkan kiub & garam & 1 cawan air lagi - gaul sebati (kalau cair sangat boleh tambah tepung)
- Panaskan non-stick pan, letak sikit minyak masak 
- Tuang sesenduk bancuhan lempeng atas non-stick pan biarkan seketika sampai nampak garing then terbalikkan.
- Bila dua-dua belah garing boleh angkat & hidang

Senang kan.. alahh macam masak lempeng biasa tu je. Lempeng ni cicah sambal ke..kari ke sardin ke pon sedap. Macam kes fa ni.. fa cicah asam pedas ikan pari :)

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Ikan pari
bawang besar,bawang putih lengkuas,kunyit - blend halus
cili boh
daun kesum
asam jawa
air
garam gula secukup rasa

Cara-caranya:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis cili boh & bahan blender sampai garing. (fa suka betul-betul garing) 
- Masukan air asam jawa & air (banyak mana kita nak kuah tu) - Biarkan didih
- Dah didih masukan daun kesum - masak sampai kuah agak pekat masukan ikan pari (ikan pari basuh bersih lumur dengan asam jawa perap sekejap biar hilang bau hanyir)
- Perasakan dengan garam gula / kiub ikan bilis
- Boleh campakkan bendi jika suka :)

Makan ni memang bukan sekeping tau. Berkeping-keping sekali makan. Sedap! Jadi lepas makan jangan lupa telan LECITHIN & ALFALFA ye kasi detox sistem-sistem dalam badan :)

Cuba jangan tak cuba

Sharing is caring

Sunday, May 15, 2016

The Original Boat Noodle : Jom Lunch!


Blanja satu gamba dulu.... Rina ni BFF fa masa fa kerja dekat HQ TGV Cinemas KLCC. Dari start berkawan sampai sekarang kami berkawan baik. Muka pon sama kan?? Semua ingat kami adik beradik, mungkin sebab tu kami boleh stick together, sharing macam-macam.

14/4 lepas birthday dia, fa ajak dia hangout lepak sama nak bergosip, bila tiba lunch kali pilih untuk makan dekat The Original Boat Noodle - Avenue K (Klcc) . Ni 1st tima fa makan kat sini, memang selalu nampak je kawan-kawan checked in kat sini tapi fa sendiri pon tak sure ape sedapnya kat restoran ni sampai Rina ajak fa cuba makan kat sini.


Kalau orang sebut boat noodle, mesti terbayang mee yang orang jual atas boat/sampan kat sepanjang sungai di Thailand, itu  yang fa tau la. Selalunya mee ini dijual dalam mangkuk-mangkuk kecil dalam portion yang sikit supaya senang nak past kat pelangan dan mudah untuk si penjual mee ini untuk sediakan mee dalam sampan kecil mereka. Boat noodle kat thailand selalunya tak halal sebab bahan utama dalam sup ini ialah pork, tapi dekat restoran "The Original Boat Noodle" ni digantikan dengan Ayam & Daging lembu, jadi ianya halal dimakan. 



Semangkuk Boat Noodle ni hanya Rm1.90, kalau tengok harga memang murah kan? Tapi isi dia pon sama dengan harga semangkuk ni. Rina cakap "kau suap 2 kali habis dah, kalau mulut kau besar sekali sedut je...." =.='



Ok, kenyang ke makan? sebab tu orang yang nak makan kat sini tak akan order semangkuk sorang. Min dorang akan order sorang 2-3 mangkuk beserta side dish. Bila dah makan tu kena susun tinggi-tinggi sebab tak ade tempat nak letak mangkuk ni meja kecik-kecik je.

 Mee dia pulak ade macam-macam perasa, sebab ade ayam & daging dengan 2 perasa kat situ kami ambik sorang 4 mangkuk (2 ayam, 2 daging) huhuhu sebab tak tau mana sedap kan, nama pon nama Thai, mee dia ade egg noodle & rice noodle, kami ambik rice noodle je.

Untuk side dish, kami pilih "Thai Popeye's Tempura" atau Tempura Bayam@Spinach & Kerabu Maggie (tak ingat apa nama dia ni kat menu) 


Tapi yang win kat sini ialah "Thai Green Tea" memang sampai sekarang tekak rasa nak minum je air sedap ni. Dah tinggal separuh baru tringat nak ambik gamba. 




Overall makanan kat sini fa kasi la 3 bintang setengah...untuk 1st time makan, & untuk mee yang fa makan ni, Maybe tekak belum serasi nak makan kat sini kot kan.. Boat Noodle ni bukan je ade mee je, tapi ada juga nasi & makanan lain. Untuk 2 orang makan ni harganya semua termasuk GST Rm49+ oklah kot kan.

Jadi kalau korang dekat area KLCC@Avenue K boleh la datang singgah lunch dekat Restaurant The Original Boat Noodle ni. :)

Happy Sharing & Happy Weekend!

Nota Kaki : Tahniah buat Team JDT. Tak sia-sia sokong JDT semalam..hehehhe


Saturday, April 2, 2016

D Freeze Rolls - Aiskrim Gulung


Panas-panas gini kalau makan aiskrim sedap kan? Siapa yang tak suka aiskrim. Khamis ritu fa dapat juga merasa aiskrim gulung dekat Mydin Subang Jaya. Selalu kalau nak makan aiskrim mahal ni fa selalu makan Baskin Robins je. Aiskrim gulung ni pon boleh dikira mahal gak la.



Takboleh makan selalu..huhuhu satu cup yang fa pilih tu RM10.50. Tapi berbaloi la dengan harga sebab satunya sedap, duanya unik, tiganya bahan dia guna bahan berkualiti & caranya tersendiri. Jangan cakap hakak tak payung. Heheh..Fa ambik perisa Vanila,oreo,banana & Nutella

Sebab nak rasa & teringin sangat sampai tak nampak dah yang lain. Dah order baru baca menu. Korang boleh buat pilihan korang sendiri. Tak perlu ambik yang signature cam fa ambik. Kalau pilih perisa aiskrim sendiri add topping pilihan harga hanyalah RM8.00. Mix la ikut kretiviti & selera korang


Taknak aiskrim gulung? Korang boleh pilih untuk beli aiskrim cone. RM3 untuk satu scoop tu rasanya murah jugak. Fa taksure la besar mana scoop tu.


Tak suka aiskrim? Korangboleh beli Mix Fruits. Harga RM9 korang boleh pilih 2 jenis buah + 1 topping + 1 sauce.


Aiskrim gulung ni dibuat guna alat khas. Cara dia mula-mula dia mix topping & sauce. Macam fa pilih oreo, banana & nutella. Ketiga bahan ni disebatikan dan dihancurkan sebelum dia letak mixture aiskrim.



Lepas tu mixture aiskrim & toppings disebatikan sampai jadi aiskrim then dia leper-leperkan atas base sejuk dan dia kikis menjadi gulung-gulung.


Faham tak? Hahhaha kalau tak berapa faham boleh laa korang ke Mydin Subang Jaya dan cari booth D Freeze Rolls pilih sendiri ape yang sedap dek tekak & hati korang. Aiskrim je cepat cair tau. Tengok fa punya dah cair dah sebab mencari-cari En.suami yg hilang dalam Mydin. Nampak tak gelungan aiskrim tu? Dia ada 4 gulung kot camtu.


Macam biasa upah airis main kereta ni. 6 kali naik benda ni langsai RM6.....huhuhu


Nota Kaki :: Jangan buang masa, jangan tunggu lagi untuk beli Vitamin C & Omega Guard dengan harga promo bulan ni tauu!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...