Nuffnang

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Sunday, May 15, 2016

The Original Boat Noodle : Jom Lunch!


Blanja satu gamba dulu.... Rina ni BFF fa masa fa kerja dekat HQ TGV Cinemas KLCC. Dari start berkawan sampai sekarang kami berkawan baik. Muka pon sama kan?? Semua ingat kami adik beradik, mungkin sebab tu kami boleh stick together, sharing macam-macam.

14/4 lepas birthday dia, fa ajak dia hangout lepak sama nak bergosip, bila tiba lunch kali pilih untuk makan dekat The Original Boat Noodle - Avenue K (Klcc) . Ni 1st tima fa makan kat sini, memang selalu nampak je kawan-kawan checked in kat sini tapi fa sendiri pon tak sure ape sedapnya kat restoran ni sampai Rina ajak fa cuba makan kat sini.


Kalau orang sebut boat noodle, mesti terbayang mee yang orang jual atas boat/sampan kat sepanjang sungai di Thailand, itu  yang fa tau la. Selalunya mee ini dijual dalam mangkuk-mangkuk kecil dalam portion yang sikit supaya senang nak past kat pelangan dan mudah untuk si penjual mee ini untuk sediakan mee dalam sampan kecil mereka. Boat noodle kat thailand selalunya tak halal sebab bahan utama dalam sup ini ialah pork, tapi dekat restoran "The Original Boat Noodle" ni digantikan dengan Ayam & Daging lembu, jadi ianya halal dimakan. 



Semangkuk Boat Noodle ni hanya Rm1.90, kalau tengok harga memang murah kan? Tapi isi dia pon sama dengan harga semangkuk ni. Rina cakap "kau suap 2 kali habis dah, kalau mulut kau besar sekali sedut je...." =.='



Ok, kenyang ke makan? sebab tu orang yang nak makan kat sini tak akan order semangkuk sorang. Min dorang akan order sorang 2-3 mangkuk beserta side dish. Bila dah makan tu kena susun tinggi-tinggi sebab tak ade tempat nak letak mangkuk ni meja kecik-kecik je.

 Mee dia pulak ade macam-macam perasa, sebab ade ayam & daging dengan 2 perasa kat situ kami ambik sorang 4 mangkuk (2 ayam, 2 daging) huhuhu sebab tak tau mana sedap kan, nama pon nama Thai, mee dia ade egg noodle & rice noodle, kami ambik rice noodle je.

Untuk side dish, kami pilih "Thai Popeye's Tempura" atau Tempura Bayam@Spinach & Kerabu Maggie (tak ingat apa nama dia ni kat menu) 


Tapi yang win kat sini ialah "Thai Green Tea" memang sampai sekarang tekak rasa nak minum je air sedap ni. Dah tinggal separuh baru tringat nak ambik gamba. 




Overall makanan kat sini fa kasi la 3 bintang setengah...untuk 1st time makan, & untuk mee yang fa makan ni, Maybe tekak belum serasi nak makan kat sini kot kan.. Boat Noodle ni bukan je ade mee je, tapi ada juga nasi & makanan lain. Untuk 2 orang makan ni harganya semua termasuk GST Rm49+ oklah kot kan.

Jadi kalau korang dekat area KLCC@Avenue K boleh la datang singgah lunch dekat Restaurant The Original Boat Noodle ni. :)

Happy Sharing & Happy Weekend!

Nota Kaki : Tahniah buat Team JDT. Tak sia-sia sokong JDT semalam..hehehhe


Tuesday, April 5, 2016

Peel off Charcoal Mask Daiso - Tarik keluar semua Whitehead


Sebenarnya fa bukan la seorang yang rajin nak jaga kulit muka. Lepas ada anak memang jarang la nak ber'masker' ni. Lebih rajin nak scrub muka guna NutriWhite Makeup Remover itu pun jarang juga laa.. Kalau seharian kat rumah tak keluar memang tak cuci pon muka. Pagi je la cuci guna NutriWhite Cleanser

Dulu masa zaman anak dara memang duit habis dekat Guardian beli macam-macam jenis produk penjagaan wajah sebab muka fa ni jenis berminyak. Pori-pori agak luas juga laa dan masalah whitehead kat hidung memang ketara. Selalu fa akan guna Biore Pore pack Strip tapi macam kurang berkesan. Cam tak puas hati je bila tengok.

Whitehead ni sebenarnya kotoran (kulit mati, minyak, bakteria) yang terumbat kat pori-pori. Sebab tu kena rajin mencuci muka..scrub muka. Fa sebab dok rumah kan.. tahu-tahu sajelahh ye..


Sepupu fa suggest Peeloff Charcoal Mask Daiso (Kedai Jepun RM5.30) dah nama pon kedai RM5.30 jadi mask ni pon RM5.30 termasuk GST. disebabkan kulit fa ni sensetif, takut gak nak beli & guna kan.. lepas google baru beli. So far review & feedback orang yang pakai ni semua ok & puas hati.

Fa try pakai kat area hidung & dagu dulu mula-mula. Sebab nak tengok kot tak sesuai ke kan.. so far lepas guna, tanggal & bersihkan takde merah-merah kat tempat fa sapu tu maknanya fa sesuai dengan mask ni. Tapi 1st time sapu nipis je.. jadi bila peel tu ade la white head yang besar-besar ikot sekali. Tapi tak semua.

Jadi kali kedua fa buat sapuan agak tebal sikit seluruh muka. Takde buat pape kan, airis pulak asik nak usik je. Dah la benda ni mengeras kat muka..senyum pon takleh, cakap pon takleh.. tepis-tepis je la tangan si Airis.


Jangan kecam mak k bila tengok gamba ni!!

Sebab cuaca panas..cepat la kering mask ni.. cabut dari bawah keatas.. hasil dia.....


Kat hidung


Kat sekitar muka & pipi

Nampak takkkk punya banyak whitehead yang keluar.. geli gila bila tengok tapi shok laa rasa bersih je muka. Tengok kat mata kasar memang muka fa taknampak pun whitehead ni, bila guna mask kelua segala datuk nenek...Lepas dah tanggal tu cuci muka dengan Nutriwhite Cleanser memang lembut je rasa kulit muka. Mana yang whitehead baki-baki tu hilang terus lepas cuci dengan NW Cleanser.


Boleh laa buat seminggu sekali ke atau bila nampak terlalu banyak Whitehead kat muka. Anda mencari produk penjagaan wajah yang natural & bagus - NUTRIWHITE sangat Recommended! Bukan sebab fa jual Shaklee tapi fa sharing sebab fa adalah pengguna NW ni




posted from Bloggeroid

Saturday, April 2, 2016

D Freeze Rolls - Aiskrim Gulung


Panas-panas gini kalau makan aiskrim sedap kan? Siapa yang tak suka aiskrim. Khamis ritu fa dapat juga merasa aiskrim gulung dekat Mydin Subang Jaya. Selalu kalau nak makan aiskrim mahal ni fa selalu makan Baskin Robins je. Aiskrim gulung ni pon boleh dikira mahal gak la.



Takboleh makan selalu..huhuhu satu cup yang fa pilih tu RM10.50. Tapi berbaloi la dengan harga sebab satunya sedap, duanya unik, tiganya bahan dia guna bahan berkualiti & caranya tersendiri. Jangan cakap hakak tak payung. Heheh..Fa ambik perisa Vanila,oreo,banana & Nutella

Sebab nak rasa & teringin sangat sampai tak nampak dah yang lain. Dah order baru baca menu. Korang boleh buat pilihan korang sendiri. Tak perlu ambik yang signature cam fa ambik. Kalau pilih perisa aiskrim sendiri add topping pilihan harga hanyalah RM8.00. Mix la ikut kretiviti & selera korang


Taknak aiskrim gulung? Korang boleh pilih untuk beli aiskrim cone. RM3 untuk satu scoop tu rasanya murah jugak. Fa taksure la besar mana scoop tu.


Tak suka aiskrim? Korangboleh beli Mix Fruits. Harga RM9 korang boleh pilih 2 jenis buah + 1 topping + 1 sauce.


Aiskrim gulung ni dibuat guna alat khas. Cara dia mula-mula dia mix topping & sauce. Macam fa pilih oreo, banana & nutella. Ketiga bahan ni disebatikan dan dihancurkan sebelum dia letak mixture aiskrim.



Lepas tu mixture aiskrim & toppings disebatikan sampai jadi aiskrim then dia leper-leperkan atas base sejuk dan dia kikis menjadi gulung-gulung.


Faham tak? Hahhaha kalau tak berapa faham boleh laa korang ke Mydin Subang Jaya dan cari booth D Freeze Rolls pilih sendiri ape yang sedap dek tekak & hati korang. Aiskrim je cepat cair tau. Tengok fa punya dah cair dah sebab mencari-cari En.suami yg hilang dalam Mydin. Nampak tak gelungan aiskrim tu? Dia ada 4 gulung kot camtu.


Macam biasa upah airis main kereta ni. 6 kali naik benda ni langsai RM6.....huhuhu


Nota Kaki :: Jangan buang masa, jangan tunggu lagi untuk beli Vitamin C & Omega Guard dengan harga promo bulan ni tauu!! 

Tuesday, March 22, 2016

Munafik :: Buah Tangan Terbaik Syamsul Yusuf

Selalu lalu-lalu kat wall facebook orang dok cerita pasal Filem Munafik. Jadi semalam fa pon ambik kesempatan keluar dating berdua dengan en.suami (Airis kena tinggal dengan auntie mama dia sementara) tengok Filem Munafik kat GSC Midvalley sebab nak sangat tahu cerita ni seram tahap kuasa berapa.....Sebelum pergi malam tu fa dah tanya kawan-kawan yang dah tengok cerita ni dan tanya feedback dorang & semua cakap "Must Watch!" Seram gila katanya.. Jadi sebab En.suami hanya ade masa malam, kami ambil showtime 10.30mlm.. Bila dah malam baru laa feel tengok cerita seram kan??



Fa kasi 10 Bintang! Seram tahap kuasa ke10.. Haaa kau nampak tak seramnya? Fa memang peminat cerita seram. Selalu cerita seram mesti ade gambaran momok yang rambut panjang, muka buruk, lidah terjelir yang memang biasa ada dalam filem-filem seram kan.. Tapi lain dengan Minafik.. Gambaran 'momok' tu bukan selalu.. sikit-sikit je tapi effect yang ditonjolkan dalam filem ni memang buat buluroma meremang jee.. 80%  fa tutup mata masa tengok cerita ni tandanya memang seram! Korang tengok Video yang fa add ni & perati sendiri reaksi penonton filem ini. Macam tu la fa dalam panggung semalam. Memang seram baru 10 minit dalam tu fa dah rasa nak keluar panggung. huhuhu



Jom baca sikit sinopsis Filem Munafik ni dulu
Credit : http://www.budiey.com/sinopsis-filem-munafik/

Adam dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami.

Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung.

Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada & Qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir.

Dalam masa yang sama, Maria, salah seorang penduduk di kampung Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius).

Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa makna apa-apa bila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya,Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan.

Sementara itu, Adam semakin tertekan kerana anaknya juga bersedih merindui arwah ibunya. Walau dalam keadaan tertekan, Adam terpaksa akur dan bersetuju untuk mengubati Maria selepas dipujuk dengan bersungguh-sungguh oleh Imam kampungnya. Bapa Adam, Rahim pula secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Dia juga menasihatkan Adam untuk membantu Maria. Gelagat Rahim yang agak pelik dicurigai Adam dan anaknya.

Dari saat pertama Adam bertemu Maria, misteri sebenar bermula dan persoalan demi persoalan timbul dalam pemikiran mereka. Ada kesinambungan cerita yang cuba diungkai tetapi masih tak jumpa. Episod demi episod gangguan telah menyentak kesedaran Adam. Dia zahirkan satu persatu petanda.

Apa yang sebenarnya melanda dalam kehidupan mereka berdua? Segala jawapan yang bakal terungkai semestinya mengubah seluruh kehidupan dan kekuatan iman Adam buat selama-lamanya.

Jadi siapa sebenarnya MUNAFIK? Jom ramai-ramai pergi tengok Filem Seram Terbaik 2016 dari Syamsul Yusuf di pawagam berhampiran anda!

Yang bestnya Filem ni tak terlalu 'straight forward' dan buatkan kita nak tengok terus sampai habis sebab tahu ending dia. Maknanya sepanjang cerita ni kita akan tertanya-tanya siapa sebenarnya Munafik..heheh.. Tapi lebih penting pengajaran yang cuba disampaikan memang terserap dijiwa! Kang cerita lebih-lebih spoiler lak kan.. korang kena tengok & nilai sendiri kehebatan Filem ni & Share feedback korang dengan fa ye:)



Nota Kaki :: Sebenarnya baru iklan sound effect sebelum wayang start pon fa dah rasa nak keluar panggung.. bila 10 minit start rasa nak terkucil..stress gila tengok cerita seram Syamsul Yusuf ni!!



Wednesday, September 2, 2015

Cake & Brownies Sedap dari BAKE ME CAKES! by Naz.

Cake & Brownies Sedap dari BAKE ME CAKES! by Naz.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

I loves Cakes! Fa memang penggemar cake & brownies. Kalau dah dapat satu tempat yang sedap, memang fa tak cari lain dah. Fa suka kemanisan Brownies lebih-lebih lagi bila minum dengan secawan Coffee panas! yums.. buat lapar pulak tengah hari ni.

Lagi 2-3 bulan camtu birthday airis. Masa 1st birthday celebration dia, fa order cake dari cousin fa , Naz. Cik Naz ni memang pandai gila buat kek dan kek dia subahanallah SEDAP! Kira dia buat penuh dengan kasih sayang dan ikhlas dari hati! Ok gamba bawah ni 1st birthday cake airis .

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Masa ni fa pilih tema Mickey Mouse, sekali terkejut tengok kek yang Cik Naz buat lebih dari apa yang fa sangkakan. Cake Rainbow dia sangat sedap! Orang yang tak suka kek pon boleh jadi suka. Tahun ni tak sure lah nak tema ape. Airis tengah fikir-fikir lagi - Boleh? heheheh

Cakes & Brownies from Bake Me Cakes by Naz hanya boleh delivery area KLCC, Bukit Jalil & Sri Petaling sahaja. Jadi untuk korang yang tinggal berhampiran kawasan yang disebut dan memang tengah mencari -cari kek untuk majlis harijadi, wedding, atau ape je occasion, boleh lah Contact Cik Naz ni.

Cik Naz ni aktif dekat Instagram (IG) je. Pakat ramai-ramai follow IG dia & Tengok sendiri hasil seni dia kat kek-kek dia. For me, Brownies dia yang paling sedap & semua kek-kek dia buat sedap. Harga berpatutan & sangat berbaloi.

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Bake Me Cakes! by Naz
 Follow Intragram : @NAZ_BAKEMECAKES
Delivery area : KLCC, Bukit Jalil, Sri Petaling
To Order / Inquiry : Whatsapp 0172000558

Nak beli Shaklee, Whatsapp fa ye.. Sharing is Caring :)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Shaklee ID (949399)

SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...