Selalu lalu-lalu kat wall facebook orang dok cerita pasal Filem Munafik. Jadi semalam fa pon ambik kesempatan keluar dating berdua dengan en.suami (Airis kena tinggal dengan auntie mama dia sementara) tengok Filem Munafik kat GSC Midvalley sebab nak sangat tahu cerita ni seram tahap kuasa berapa.....Sebelum pergi malam tu fa dah tanya kawan-kawan yang dah tengok cerita ni dan tanya feedback dorang & semua cakap "Must Watch!" Seram gila katanya.. Jadi sebab En.suami hanya ade masa malam, kami ambil showtime 10.30mlm.. Bila dah malam baru laa feel tengok cerita seram kan??
Fa kasi 10 Bintang! Seram tahap kuasa ke10.. Haaa kau nampak tak seramnya? Fa memang peminat cerita seram. Selalu cerita seram mesti ade gambaran momok yang rambut panjang, muka buruk, lidah terjelir yang memang biasa ada dalam filem-filem seram kan.. Tapi lain dengan Minafik.. Gambaran 'momok' tu bukan selalu.. sikit-sikit je tapi effect yang ditonjolkan dalam filem ni memang buat buluroma meremang jee.. 80% fa tutup mata masa tengok cerita ni tandanya memang seram! Korang tengok Video yang fa add ni & perati sendiri reaksi penonton filem ini. Macam tu la fa dalam panggung semalam. Memang seram baru 10 minit dalam tu fa dah rasa nak keluar panggung. huhuhu
Fa kasi 10 Bintang! Seram tahap kuasa ke10.. Haaa kau nampak tak seramnya? Fa memang peminat cerita seram. Selalu cerita seram mesti ade gambaran momok yang rambut panjang, muka buruk, lidah terjelir yang memang biasa ada dalam filem-filem seram kan.. Tapi lain dengan Minafik.. Gambaran 'momok' tu bukan selalu.. sikit-sikit je tapi effect yang ditonjolkan dalam filem ni memang buat buluroma meremang jee.. 80% fa tutup mata masa tengok cerita ni tandanya memang seram! Korang tengok Video yang fa add ni & perati sendiri reaksi penonton filem ini. Macam tu la fa dalam panggung semalam. Memang seram baru 10 minit dalam tu fa dah rasa nak keluar panggung. huhuhu
Jom baca sikit sinopsis Filem Munafik ni dulu
Credit : http://www.budiey.com/sinopsis-filem-munafik/
Adam dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami.
Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung.
Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada & Qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir.
Dalam masa yang sama, Maria, salah seorang penduduk di kampung Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius).
Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa makna apa-apa bila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya,Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan.
Sementara itu, Adam semakin tertekan kerana anaknya juga bersedih merindui arwah ibunya. Walau dalam keadaan tertekan, Adam terpaksa akur dan bersetuju untuk mengubati Maria selepas dipujuk dengan bersungguh-sungguh oleh Imam kampungnya. Bapa Adam, Rahim pula secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Dia juga menasihatkan Adam untuk membantu Maria. Gelagat Rahim yang agak pelik dicurigai Adam dan anaknya.
Dari saat pertama Adam bertemu Maria, misteri sebenar bermula dan persoalan demi persoalan timbul dalam pemikiran mereka. Ada kesinambungan cerita yang cuba diungkai tetapi masih tak jumpa. Episod demi episod gangguan telah menyentak kesedaran Adam. Dia zahirkan satu persatu petanda.
Apa yang sebenarnya melanda dalam kehidupan mereka berdua? Segala jawapan yang bakal terungkai semestinya mengubah seluruh kehidupan dan kekuatan iman Adam buat selama-lamanya.
Jadi siapa sebenarnya MUNAFIK? Jom ramai-ramai pergi tengok Filem Seram Terbaik 2016 dari Syamsul Yusuf di pawagam berhampiran anda!
Yang bestnya Filem ni tak terlalu 'straight forward' dan buatkan kita nak tengok terus sampai habis sebab tahu ending dia. Maknanya sepanjang cerita ni kita akan tertanya-tanya siapa sebenarnya Munafik..heheh.. Tapi lebih penting pengajaran yang cuba disampaikan memang terserap dijiwa! Kang cerita lebih-lebih spoiler lak kan.. korang kena tengok & nilai sendiri kehebatan Filem ni & Share feedback korang dengan fa ye:)
Nota Kaki :: Sebenarnya baru iklan sound effect sebelum wayang start pon fa dah rasa nak keluar panggung.. bila 10 minit start rasa nak terkucil..stress gila tengok cerita seram Syamsul Yusuf ni!!
No comments:
Post a Comment