Nuffnang

Sunday, May 15, 2016

The Original Boat Noodle : Jom Lunch!


Blanja satu gamba dulu.... Rina ni BFF fa masa fa kerja dekat HQ TGV Cinemas KLCC. Dari start berkawan sampai sekarang kami berkawan baik. Muka pon sama kan?? Semua ingat kami adik beradik, mungkin sebab tu kami boleh stick together, sharing macam-macam.

14/4 lepas birthday dia, fa ajak dia hangout lepak sama nak bergosip, bila tiba lunch kali pilih untuk makan dekat The Original Boat Noodle - Avenue K (Klcc) . Ni 1st tima fa makan kat sini, memang selalu nampak je kawan-kawan checked in kat sini tapi fa sendiri pon tak sure ape sedapnya kat restoran ni sampai Rina ajak fa cuba makan kat sini.


Kalau orang sebut boat noodle, mesti terbayang mee yang orang jual atas boat/sampan kat sepanjang sungai di Thailand, itu  yang fa tau la. Selalunya mee ini dijual dalam mangkuk-mangkuk kecil dalam portion yang sikit supaya senang nak past kat pelangan dan mudah untuk si penjual mee ini untuk sediakan mee dalam sampan kecil mereka. Boat noodle kat thailand selalunya tak halal sebab bahan utama dalam sup ini ialah pork, tapi dekat restoran "The Original Boat Noodle" ni digantikan dengan Ayam & Daging lembu, jadi ianya halal dimakan. 



Semangkuk Boat Noodle ni hanya Rm1.90, kalau tengok harga memang murah kan? Tapi isi dia pon sama dengan harga semangkuk ni. Rina cakap "kau suap 2 kali habis dah, kalau mulut kau besar sekali sedut je...." =.='



Ok, kenyang ke makan? sebab tu orang yang nak makan kat sini tak akan order semangkuk sorang. Min dorang akan order sorang 2-3 mangkuk beserta side dish. Bila dah makan tu kena susun tinggi-tinggi sebab tak ade tempat nak letak mangkuk ni meja kecik-kecik je.

 Mee dia pulak ade macam-macam perasa, sebab ade ayam & daging dengan 2 perasa kat situ kami ambik sorang 4 mangkuk (2 ayam, 2 daging) huhuhu sebab tak tau mana sedap kan, nama pon nama Thai, mee dia ade egg noodle & rice noodle, kami ambik rice noodle je.

Untuk side dish, kami pilih "Thai Popeye's Tempura" atau Tempura Bayam@Spinach & Kerabu Maggie (tak ingat apa nama dia ni kat menu) 


Tapi yang win kat sini ialah "Thai Green Tea" memang sampai sekarang tekak rasa nak minum je air sedap ni. Dah tinggal separuh baru tringat nak ambik gamba. 




Overall makanan kat sini fa kasi la 3 bintang setengah...untuk 1st time makan, & untuk mee yang fa makan ni, Maybe tekak belum serasi nak makan kat sini kot kan.. Boat Noodle ni bukan je ade mee je, tapi ada juga nasi & makanan lain. Untuk 2 orang makan ni harganya semua termasuk GST Rm49+ oklah kot kan.

Jadi kalau korang dekat area KLCC@Avenue K boleh la datang singgah lunch dekat Restaurant The Original Boat Noodle ni. :)

Happy Sharing & Happy Weekend!

Nota Kaki : Tahniah buat Team JDT. Tak sia-sia sokong JDT semalam..hehehhe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...