Nuffnang

Friday, January 29, 2016

Nasi Goreng Kimchi Sedap!

Assalamualaikum
Seri Petaling hujan lagi. Alhamdullilah. Hujan rezeki hujan rahmat. Hujan-hujan ni kalau dapat kopi O segelas, cicah biskut sedap kan. Tapi fa bukan nak cerita pasal kopi. Fa nak cerita pasal Kimchi.

Seumur hidup dah masuk 31 tahun ni fa tak pernah rasa kimchi. Masa airis dalam perut ade la terasa-terasa kat tekak nak rasa kimchi tapi takde siapa pon nak layankan kerenah mak mengandung ni dan terasa nak makan kimchi tu tak boleh lawan mengidam nak makan durian masa tu. Jadi sampai kesudah tak dapat nak rasa kimchi.

Tahun lepas tetiba "teringin'nak kimchi tu datang balik. Sebab si airis ni asik ulang-ulang tengok cerita pororo episode kimchi yang siap ade lagu kimchi lagi. Dalam kartun tu pon kimchi nampak sedap je.. buat lagi la mamy nak rasa ape sedapnya kimchi tu.

Orang asik sharing kat FB pergi makan restoren korean. Siap tayang2 kimchi tu.. tapi macam biasa.. takde geng yang nak bawak fa g makan kat restoren korean. Kimchi ni boleh beli online. Tapi taktau laa apesal tak tergerak hati nak beli online. Kat online RM28 sekali pos. Maybe sebab harga tu kot buat fa berkira-kira.. yelah dibuatnya tak kena tekak..RM28 mak melayang cenggitu je.

Long story short, kawan baik fa, rina bagitai whynot fa beli je kimchi kat supermarket. Ade je jual. Cuma rina cakap taktau la kena tak ngan tekak fa. Dia discribe kimchi ni rasa jeruk, bau bawang putih kuat. Kalau makan camtu je mungkin pelik for 1st timer cam fa, so dia cakap kalau nak makan kena makan dengan something ie nasi ke maggi ke..

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Hari selasa ritu, fa g mydin nampak pulak ade jual kimchi ni kat mydin. Heksaited gila bila nampak. Terus rasa meleleh je air liur ni. Padahal bukan mgidam ke hape. Tak fikir panjang fa ambik je. Harga RM14.80 untuk 480g . Kalau 500g RM16++ jadi fa ambik yg 480g dulu kate pon nak rasa kan.

Suami ajak makan kat luar fa tolak. Fa cakap kat rumah ade bubur nasi. Sebenarnya dah bayang-bayang dalam otak ni bubur+ kimchi + tabur ikan bilis + telur mata. Eat like korean people si rina cakap..

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Ape rasa kimchi? Masam, rangup sebab kobis tu memang rangup. Masam takde la masam sangat. Bau bawang putih memang kuat tapi... SEDAP!!!!!! serius fa suka!! Selasa kan fa beli kimchi tu, hari ni dah jumaat. Kimchi tggal 1 sudu besar je dalam botol tu. Hari-hari kalau boleh nak makan. Patutlaa orang suka kimchi. Bukan org korea je. Orang mesia ni pon suka kan....

Hari pertama kimchi dengan megi & bubur
Hari kedua kimchi dengan nasi panas & telur
Hari ketiga Nasi Goreng Kimchi
Hari keempat Nasi Goreng Kimchi lagi...
Hari ni tak makan kimchi sebab fa buat nasi lemak..

So hari ni fa nak share cara buat nasi goreng kimchi yang bisa menaikan selera makan anda. Cepat salin. Esok breakfast boleh buat.

Resepi Nasi Goreng Kimchi Sedap

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Bahan-bahannya:

Nasi
1 sudu cili kisar/cili boh
1 sudu sos tiram
Kimchi (ikut berapa banyak-potong2 sikit)

Bahan tumbuk:
3 Bawang putih
4 Bawang merah

Bahan isi: (optional & boleh diganti ikot selera anda)
Daging
Crabstix
Daun kuchai

Cara-cara nak masak:
1) Panaskan minyak, tumis bawang yang dah ditumbuk.

Pengedar Shaklee Sri Petaling

2) Masukkan cili boh,sos tiram goreng sekejap sampai naik bau

Pengedar Shaklee Sri Petaling

3) Masukkan daging goreng kejap pastu terus masukkan kimchi,crabstix,daun kuchai

Pengedar Shaklee Sri Petaling

4) Masukkan nasi gaul-gaul dan perasakan dengan garam

Pengedar Shaklee Sri Petaling

5) Dah siap boleh hidang!

Ok kimchi dah nak habis, cakap korea takreti-reti lagi. Kena la tengok cerita korea banyak-banyak lagi. Alahai...

Selamat mencuba😘

'Giveaway by finurz creations' tinggal 4 hari lagi!

Promosi VIVIX SHAKLEE tinggal 2 hari lagi! Grab fast while stock last.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...