Nuffnang

Wednesday, January 27, 2016

Penyusuan & Masalah Puting Tenggelam

Assalamualaikum

Bukan senang sebenarnya nak menyusukan anak ni. Lagi-lagi nak lakukan penyusuan secara ekslusif sehingga anak mencapai umur 2 tahun.

Saya sendiri ada masalah susu sikit diawal kelahiran Airis. Tapi tekad jugak tak pandang susu formula dan usaha siang malam nak pastikan susu semakin banyak. Tidur pun tak cukup. Set alarm setiap 2-3 jam untuk buat power pumping. Sebab masa tu saya kerja. Jadi perlu jugak ada stok susu yang cukup nak stanby untuk airis. Itu pun angah selalu cakap 'susu kau tinggalkan tak cukup. Anak kau minum lebih hari ni..tinggah lebih sikit boleh?'

Sebab tu saya pastikan stok frozen lebih dari yang sepatutnya. Tapi lama-lama sebab kesabaran dan usaha dan doa dan tawakal... allah bagi jugak susu yang melimpah ruah dan tak pernah habis. Airis dah 2 tahun 1 bulan dan masih menyusu dan tak nampak lagi tanda-tanda dia nak putus susu dan saya masih lagi merasa bengkak susu sampai sekarang. Nampak tak hebatnya rezeki Allah tu :)

Tergerak hati nak buat perkongsian ni. Saya ada seorang kawan ni dan sorang lagi sedara yang punya 1 masalah yang lebih kurang sama dan sebab masalah ni mereka decide taknak susukan anak. 1 alasan yang mungkin masuk akal tapi ada cara penyelesaiannya dan mereka malas dan taknak berusaha. Sudahnya susu formulakan je.. janji anak cukup makan sihat -dah!

Masalah mereka ni 'puting susu tenggelam/pendek' ramai sebenarnya yang ada masalah macam ni. Tapi tahu tak, punting susu pendek atau tenggelam jugak boleh susukan anak. Banyak cara sebenarnya nak selesaikan masalah ni. Susah sikit la tapi boleh usaha dan cuba. Tiada yang mustahil kan?


Apa itu puting pendek?
Puting pendek terbahagi kepada dua iaitu flat nipple dan inverted nipple. Kedua-dua keadaan puting ini adalah ianya hampir rata atau puting tertarik ke dalam hingga langsung tidak kelihatan.

Selalunya masalah macam ni cara dia kena sedut 
atau tarik puting tu keluar. Banyak alat yang dapat bantu ibu-ibu yang ada masalah seperti ni. Selain dari kerap pam untuk menarik keluar puting yang tenggelam ibu-ibu boleh beli alat yang bantu masalah ni seperti "Nipple Puller" & "Nipple Shield" tetapi anda dinasihatkan untuk mendapat nasihat dan kaunseling daripada pakar laktasi untuk penggunaan kedua alat ini.

Pengedar Sah Shaklee Sri Petaling

Nipple Puller

Pengedar Sah Shaklee Sri Petaling

Nipple Shield

Perlukah masalah ini dirawat semasa hamil?
  Menurut kajian, ibu tidak perlu melakukan apa-apa kepada puting semasa hamil. Perubahan pada puting ini berlaku kerana terdapat perubahan pada hormon dan rawatan semasa hamil akan merendahkan keyakinan ibu untuk menyusukan bayi mereka selepas dilahirkan.

Anda boleh menyusukan bayi anda seperti biasa sekiranya anda ada masalah penyusuan macam ni. Ibu perlu fahami teknik lengkapan yang betul semenjak bayi dilahirkan.
Bayi menyusu bukan melalui puting tetapi pelengkapan yang betul pada areola (lingkaran gelap sekitar payudara) jadi tiada masalah pun jika puting susu anda pendek atau tengelam

Pengedar Sah Shaklee Sri Petaling


Langkah membantu menyusukan bayi untuk ibu dengan puting tenggelam atau pendek :

✔ Lengkapan yang betul - Pastikan bayi anda melekap dengan cara yang betul, jika anda mempunyai masalah mendapatkan lengkapan yang betul, anda perlu mendapatkan bantuan dari mereka yang berpengalaman atau anda boleh google je atau beli buku tentang penyusuan susu ibu untuk bantu anda dapatkan lengkapan yang betul.

Bayi mungkin akan merengek dan resah sebab kesukaran yang dia hadapi. Jangan terus memaksa, pujuk sehingga mereka tenang dan mulakan sekali lagi. Jika dipaksa,seolah-olah memberi isyarat kepada bayi yang penyusuan itu menyusahkan. 

Sekiranya ibu merasa tertekan, tangguh kejap sesi penyusuan sehingga kembali tenang.

Pengedar Sah Shaklee Sri Petaling


✔ Mulakan penyusuan sejurus selepas bersalin dan lakukan secara kerap - Ini membolehkan bayi belajar melekap dengan lebih mudah dibandingkan apabila payudara sudah mula penuh.

Menimbulkan puting untuk lengkapan - Rangsang puting sebelum menyusu:

Flat nipple / Puting pendek
Rangsang puting dengan titiskan sedikit susu pada puting supaya dapat merangsang bayi lebih fokus dan membantu bayi melekap dengan betul. 

Inverted nipple / Puting tenggelam
Bagi ibu yang mengalami masalah ini, apa yang anda perlu buat ialah tarik dulu puting susu atau pam gunakan slow suction sebelum susukan bayi anda. 

Kesabaran, Ketabahan dan Minda yang Positif
Masalah puting tenggelam atau pendek sebenarnya memberi peluang kepada ibu supaya belajar cara lekapan dan penyusuan yang betul dan terbaik untuk dirinya dan bayi. Kesabaran dan ketabahan yang tinggi diperlukan bagi menangani masalah ini. Minda yang positif mampu mengubah sesuatu yang nampak mustahil menjadi satu kejayaan.

Supplement atau milkbooster hanyalah sesuatu yang membantu penghasilan susu tetapi kawalan minda dan pemahaman ibu tentang konsep penyusuan yang akan menjayakan penyusuan esklusif anda! InsyaAllah

Pengedar Sah Shaklee Sri Petaling


PENGEDAR SHAKLEE SRI PETALING, BUKIT JALIL, SUNGAI BESI, TASIK SELATAN, KUCHAI LAMA & OUG




SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya.


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...