Rezeki Hari Jumaat
Assalamualaikum
Hari Jumaat Penghulu Segala Hari | Disebabkan itu kita digalakkan Istigfar sebanyak mungkin & perbanyakan sedekah di hari Jumaat ni semoga Allah memberkati rezeki kita sentiasa dan dibawah lidungan Allah.
Selalunya, kalau bab COD (cash on delivery) fa memang akan mengharap en.suami teman. Kebanyakkan customer fa dari sg.besi. Tapi sejak kebelakangan ni suami sibuk 24/7 jadi fa doa semoga segala urusan bisness fa ni dipermudahkan.
Alhamdullilah, hari ni Allah permudahkan urusan COD fa. Semua Customer yang nak COD sangat bertolak ansur nak datang area berdekatan dengan rumah fa jadi senang la fa nak angkut Airis sekali. Suami pagi-pagi dah pergi kerja. Fa kejutkan airis, siapkan dia sebab dah janji dengan customer nak jumpa pukul 10 pagi depan apartment Endah Regal.
Dapat customer yang baik & mudah berurus niaga juga rezeki kan? Alhamdullilah. Rezeki Airis juga sebab customer baik hati beri airis upah untuk beli roti krim sebab teman mamy :)
Jadi suri rumah & berbisness online bukan sesuatu yang mudah sebenarnya walaupun ia nampak mudah dimata sesetengah orang. Fa tinggalkan gaji beribu-ribu & pilih kerjaya suri rumah sepenuh masa dengan niat untuk membesarkan anak sendiri depan mata. Bukan satu keputusan yang senang-senang nak putuskan.
TAPI YAKIN..REZEKI ITU MILIK ALLAH!
Kalau dulu setiap bulan ade gaji beribu, nak beli ape boleh takde masalah
Kalau dulu nak hangup dengan kawan-kawan selepas opis boleh je sebab anak kat rumah takde gangguan
Sekarang memang bergantung pada rezeki bisness yang bukan selalu naik adakalanya turun jugak tapi lebih banyak bersyukur sebab Allah tak pernah putuskan rezeki.Sentiasa mencukupi. Lagi penting sekarang ape-ape anak ada depan mata.
Kalau dulu balik malam-malam dari opis...
Kalau dulu balik penat harap anak tidur sebab tak larat nak melayan anak...
Kalau dulu langsung takde masa nak layan anak sebab kenkadang sabtu ahad pon kena kerja..
Kalau dulu selalu lengah solat, dhuha tahajud apetah lagi...
Kalau dulu stress kat opis dibawak sampai kerumah anak asik kena marah je...
Sekarang anak depan mata. Ape-ape anak ada depan mata. Anak membesar depan mata. Kita jaga dia sendiri. Melayan anak tu lah yang paling seronok sebab kita tak akan rasa lagi macam ni bila anak dah besar. Bahagiankan anak & suami juga punca rezeki. Alhamdulilah banyak masa kat rumah, lebih banyak masa nak bertemu Allah. Diri pon lagi tenang je :)
Bila tenang, Bila dekat dengan Allah, rezeki pun senang la nak masuk kan?? Alhamdullilahh
No comments:
Post a Comment