Nuffnang

Tuesday, August 23, 2016

Pengalaman pertama menyusukan Airis


Entri penyusuan lagi? Kenapa la fa ni selalu je nak cerita pasal penyusuan ni dalam setiap entri kan? Sesungguhnya aku rindu gile nak menyusuan baby 😂 Menang airis masih menyusu sampai sekarang cuma lain tau perasaan menyusukan baby dengan budak.. serius lain. Baby ni sebab dia taktau pape. Semua 1st time.. semua kita kena ajar. Baringkan.. susukan.. gayakan..ajarkan...  Budak ni sukahati dia nak buat ape. Nak pusing camne, gaya camne.. sampai boleh pilih nak breast yang mana.. "mamy this 1 please...." sukahati je dia nak kiri ke kanan ke. huhuhu

Itu ler sebabnya masa pergi jenguk kawan yang baru bersalinkan baby F yang korang boleh baca kat entry link serius ringan je tangan fa nak ambik si baby F tu dan sumbatkan nenen ni dalam mulut dia sebab tak tahan tengok dia merengek takpuas netek.. huhuhu tapi tahan... anak orang kot kan.. tak memasal jadi anak susuan pulak. Actually fa tak kesah pon tapi orang lain of coz kesahkan. hihihii gian punya pasal. Bukan tak teringin nak pregnant lagi tapi semua tu kan kuasa Allah. Siapa lah fa nak soal-soalkan kerja-Nya. Mungkin tak cukup usaha. mungkin belum sampai waktu. Mana kita nak tau kan :)

Airis baru lahir - 2.9kg
Bila cerita tentang pengalaman 1st time menyusukan airis memang rasa terkilan sikit la. Selepas beberapa saat airis selamat dilahirkan, Doktor Raja letak dia atas dada fa tapi fa tak buat ape, just pandang, senyum syukur semuanya dah selamat setelah hampir 7 jam dalam LR. Sepatutnya bukan ke kena susukan dia? muahahha. aku mana tahu. kawan-kawan yang dok sibuk whatsapp dari  awal masuk LR takde pon mention kena susukan sebaik baby keluar. Nampak sangat kurang ilmu kat situ. Mungkin juga tu lah penyebab susu fa lambat sikit nak keluar sebab awal-awal takde rangsangan dilakukan. Sebab itu masa pregnant bagi 1st timer mak ni silalahh rajin membaca. Sila katam segala ilmu penyusuan tu awal-awal. :)

Untuk yang tak tahu, susu awalan kita atau kita panggil Kolostrum . Kolostrum adalah tinggi karbohidrat, tinggi protein, tinggi dalam antibodi, dan rendah lemak . Sebab itu awal-awal baby lahir kita kenalah sumbatkan dia dengan susu ibu ni sebab salah satu fungsi kolostrum ni ialah memudahkan pembuangan najis pertama si baby. Kolostrum ni juga bantu membuang lebihan bilirubin dalam darah baby. Bilirubin ni yang penyebab kuning tu. Jadi fa macam terfikir-fikir maybe sebab ini lah jaundice airis macam lama sikit nak baiknya.. haissss

Ok, nanti lah kita cerita tentang kolostrum ni. Sambung tentang breastfeed si Airis.Selepas dah transfer masuk wad, nurse tanya baby nak bagi FM atau fully breastfeed. Of course la fully breastfeed kan. Dengan semangat fa cakap "breastfeed" ingat nak menyusu tu senang. Sumbat mulut baby dengan tek terus isap? hohoho tak semudah tu ye. Setiap 5 minit fa tekan loceng panggil nurse soh nurse ajar camne nak kasi airis menyusu. Pelik budak ni tak melalak pun. Macam merelakan je ape yang fa buat. Badan baby kan fragile. Nak dukung pun takut. Nak pusing-pusingkan pun takut. Itu yang 5 minit sekali panggil nurse. Kat sini lah nampak beza kalau bersalin dekat private dengan goverment. Nurse kat sini terpaksa datang sebab aku dah tekan loceng setiap 5 minit kan. Tapi ajar nya pon tak. Dia cuma cakap je. Buat camni, buat camtu. Cuba gaya "football" cuba gaya itu-ini yang fa pun tak faham & tak reti. ilmu tak cukup gitu lah.. Long story short - terpaksa topup dengan FM sebab nurse cakap anak fa dah biru kehausan =.=" Masa tu rasa nak melalak. tapi sebab bilik share, mommy kat sebelah katil dok mengerang2 kesakitan, fa menangis je dalam hati. Siap fikir..mana susu aku? huhuhu Allah... Alhamdullilah dekat hospital semalam je. Esok pagi nurse dah mandikan Airis, siap cakap dah bagi susu FM tapi fa buat muka redha.. tak kan nak cakap ape kan? Ada hikmah dia, Hikmah dia... airis menyusu sampai sekarang. 2 tahun 8 bulan dah! Alhamdullilahh rezekiiii

Sepanjang perjalanan dalam kereta, mama bising soh beli FM. saja buat stok kang kalau tak cukup susu boleh topup... Allah.. senangnya kan? Tapi fa pekak kan telinga je. malas layan. sambil2 tu cuba google, tanya kawan-kawan macam mana exactly nak menyusukan baby tu. Lekapan tu camne nak kasi betul. Semualah fa baca kasi faham. Sambil baca sambil tutorial kat Airis. Kesian dia. Mulut dah lah comel. Kena paksa ikut macam mamy suruh.. huhuhu. 

Ni susu fa masa 2 hari lepas bersalin - nak menangis ke tak?
Masa dalam pantang, ESP memang tak miss minum. niatnya nak kasi susu banyak. Nak badan cergas, Nak sihat cepat, Nak pastikan airis dapat fully breastfeed. Masa pantang fa tak pump. Pernah pump sekali masa 2 hari dalam pantang. Susu yang keluar tu setengah oz je. Terus down. Tertanya gak apesal orang lain pump dapat 5oz aku pump setengah oz je? Kalau masa kat hospital nurse cakap airis minum susu habis 5oz. Kalau susu yang keluar ni sikit macam ni, cukup ke? stress dah kat situ. Mama asik ulang-ulang cakap pasal stok FM.. menangis la dalam hati. Emosi sangat!

Rupanya aku ni over... perut baby baru lahir besar guli je. nak sumbat susu banyak-banyak buat ape kan? Bila ilmu tu dah ada sikit-sikit baru fa faham.Susu yang ada ni cukup untuk Airis. InsyaAllah cukup. Baby akan kerap menyusu sebab susu ibu ni mudah hadam. Bukan maknanya dia tak cukup susu tau! Susu ibu ni mudah hadam. sebab tu baby kerap kencing & berak. Susu ibu ni bukan macam FM tu.. perasan tak kadang-kadang FM buat anak sembelit?

Masa kat kampung, pantang airis kerap menangis. Bayangkan dari lepas maghrib sampai subuh on off menangis. Bila azan maghrib baru berhenti. Allah je lah tau macam mana stress & letihnya badan masa tu. Airis hanya nak tidur ngempeng dengan fa. Fa terpaksa tidur duduk. Sakit semua tulang temulang ni. Nak tahan - telan ostematrix shaklee. Bukan 4 biji setiap malam tapi 4 biji lagi lepas breakfast. Airis masuk 2 bulan fa dah ajar dia menyusu sambil baring. Cara ni senang supaya fa pun dapat lunjur kaki & rehat. Tapi mama marah. takbagi sebab bila bangun airis dah tersepit kat celah ketiak. Takut lemas. Biasalah orang dalam pantang kalau dapat tidur tanpa gangguan tu nikmat gila kan. Sampai tak perasan anak dah tersepit. Tapi sampai sekarang airis memang netek baring. Bila malam je nak tidur netek.. Kalau kurang kalsium memang pinggang sakit gila ni. Tapi Alhamdullilah, fa memang makan Ostematrix Shaklee. Jadi bantu juga lah sengal-sengal badan ni.

Ni hasil masa start nak pamp nak buat stock beku. Sebelah breast dapat 2oz 
Susu perahan makin banyak lepas konsistan minum ESP & buat power pumping
Kalau tengok testimoni set penyusuan Shaklee mesti tayang susu perahan penuh 1 freezer kan? Fa takdelah nak share testimoni gitu. Sebab fa tak macam tu. Susu perahan fa pun cukup-cukup untuk airis bila fa pergi kerja. Sabtu ahad atau cuti fa pump jugak untuk buat susu frozen. Selain tu nak rangsang pengeluaran susu. Sekali pump pun bukan lah sampai 20oz.. campur dedua belah dapat dalam 10oz paling banyak. Ikut mood jugak. Kadang 5oz je.. tapi bila tengok susu tu dah keluar pun alhamdullilah. Selama kerja tak pernah pulak angah call cakap tak cukup susu. Sebab dia tau stok susu beku pun ade cukup if susu dalam chiller habis.



Benda yang tak boleh lupa sepanjang penyusuan Airis ada 2. 1 masa airis jaundice 1 lagi masa bengkak susu. Masa airis jaundice fasama-sama kena tahan wad dekat Hospital Alor Gajah. Alhamdullilah dapat hospital tu sebab kita pun boleh sekali tinggal wad. Sebab ada pengalaman kawan yang anak dia jaundice, anak je yang kena tahan. Mak kena balik. Setiap hari kena datang hospital hantar susu/susukan anak. Mungkin Allah nak bagi kemudahan kat situ sebab fa pantang dekat kampung. Suami pulak kerja kat kl. jarang balik. Yang harapnya mama & angah. Jadi kalau airis je kena tahan wad, fa tak.. macam susah dah nak ulang alik. Lagi teruk gangguan emosi kang.. Lagipun kesian mama & angah kan? Tapi yang takbest nya.. bila kena sengsorang dekat hospital.. mama takde.. anak pulak melalak non-stop dekat wad.. aku stress tahap gaban. Sampai kawan sebelah katil tegur apesal muka aku stress sangat.... Lagi stress... orang sebelah katil pam susu banyak gila.. Aku? 1oz je campur dua belah baru 2 oz.. Menangis dalam hati lagi. Padahal makan shaklee. Bukan patut untuk milkbooster? 

Haaa... korang dah salah konsep kat situ.. Shaklee ni supplement. Supplement ni bantu menambah nutrisi dalam badan si ibu yang sekaligus membantu merangsang pengeluaran susu ibu. Fa perati je kawan sebelah katil ni. Dia ada 2 anak, jadi dia dah ade pengalaman. Family dia kerap datang, suami selalu ade sampai habis waktu melawat. Gelak-gelak happy-happy.. semua tu merangsang hormon susu. Lagi pun dia jap-jap pam sebab dia cakap bengkak susu. Aku? bengkak susu pun tak terasa. Stress je memanjang. Jap-jap nak melalak. Bila nurse datang cakap jaundice airis tak turun aku stress.. mengalir air mata.. Bila call suami.. suami bz. Nak pam pun bukan selalu. Sebab asal pam airis menangis .. Ilmu tak banyak masa tu. Tak tahu ape "tandem nursing" 

Airis jaundice lama.. sampai hospital suspect dia ada masalah hati. Tapi fa tak puas hati hospital cakap gitu. Fa paksa suami ambik fa checkup dekat Columbia jumpa Paed Airis. Alhamdullilah, airis hanyalah breastfeed jaundice. Badan dia masih nak serasi dengan breastfeed. Sebab itu pentingnya kolostrum tu. Airis jaundice hampir 3 bulan. Selain susukan kerap, petua mandikan dengan air rebusan inai pun mujarab turunkan jaundice airis. Jangan nak memandai bagi baby susu/air lain selaun susu ibu. Mengarut! Masa airis jaundice tu banyak laaa pulak orang kiri kanan yang bagi petua bukan-bukan. Sampai suapkan anak "supplement *&%^*" konon bantu turunkan bacaan jaundice tu.. Kalau katakanlah betul ade macam-macam petua seeloknya biar kita yang makan. bukan anak ye. Jadi bila kita menyusu, ia akan disalurkan pada bayi melalui penyusuan. Kan?

Ni hasil perahan selepas merana bengkak susu semalaman .Alhamdullilahh banyakk!!
Siapa yang tak pernah kena bengkak susu? Ibu-ibu menyusu mesti tau perasaan bengkak susu tu camne. Nauzubillah... seksa gila. Macam fa sampai demam + menggigil 1 badan. Masa tu tengah pantang. Manalah ade lecithin ke, omega guard ke nak surutkan bengkak. (Lecithin terbaik untuk masalah bengkak susu) Jadi ape yang fa buat, tuam breast dengan botol air panas. Urut-urut dari atas ke nipple. Pastu pam. Memang memula susu tu macam susah je nak keluar. Urut & tuam kerap kali insyaAllah susu tu keluar memancut. Sambil-sambil tu zikir-zikirlah moga allah mudahkan urusan susu tu keluar. Bengkak susu tandanya susu kita banyak & terlampau banyak. Alhamdullilah. Cuma bila ianya tak dikeluarkan dengan betul atau tak habis keluar . dia jadi tersumbat dan membengkak. Sekali je la fa kena bengkak susu yang teruk. Lepas tu bila dah rajin membaca ilmu penyusuan, dah tahu susukan airis dengan lekapan yang betul. pam pun dah kerap, kurang la bengkak susu tapi susu semakin rajin nak keluar. Suka si airis minum! Mamy lagi senang hati.

Airis 5 bulan - tengok lengan dia ketak-ketak :)
Airis 1 tahun
Banyak suka duka sepanjang proses penyusuan itu. Fa share kat sini nak bagitau ia bukan lah sesenang yang kita nampak. Ada orang mengeluh bila terpaksa bangun malam menyusukan anak. Terpaksa pam setiap kali dekat opis. Tapi jika kita hayati perjalanan penyusuan itu sebenarnya sangat indah untuk dikenang. Bila tengok anak menyusu dalam dakapan kita.. hilang segala penat lelah stress emosi semua tu kan? Penyusuan bukan semata ilmu yang boleh dapat melalui pembacaan je. Penyusuan perlu ade mentor. perlu ada guru. .Jika anda seorang yang nak susukan anak anda tapi tak sure mampu ke tak.. rajin-rajin cari kelas-kelas penyusuan then start your Niat dari awal. Takpun tanya pada kawan-kawan rapat yang dah berjaya sempurnakan penyusuan ini.

Set Penyusuan Shaklee betul-betul membantu & jadi best friend fa sepanjang proses penyusuan. Seronok sangat tau bila makin lama susu makin banyak. Airis yang lahir 2.9kg je sebulan berat naik dan naik. Syukur sangat! Maknanya susu fa sentiasa cukup dan mencukupi untuk dia. InsyaAllah anak ke-2 nanti ilmu dah makin banyak didada. Boleh aplikasikan..hehehhe 

Jangan lah banyak alasan.. jangan banyak komplen itu ini. Buat kerana Allah. InsyAllah Allah permudahkan segalanya. Aamin 


Airis belum ade tanda-tanda nak wean off lagi ... Biarlah dia puas menyusu dulu kan. Sampai masa insyaAllah dia sendiri yang lepaskan :)

Sharing is Caring 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...